Thursday 29 December 2011

SET J-PREGNANCY SET

1.Selalunya doktor akan bagi vitamin Obimin atau kata lain multivitamin. Secara peribadi pada pendapat saya ia lebih mengandungi pewarna..., cuba genggam di dalam tapak tangan sebiji obimin, kita akan dapati ianya menjadi melekit di tapak tangan kita dan warnanya akan turun di dalam tapak tangan kita. Multivitamin Shaklee (Vita-Lea) mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah nak pitam atau pengsan , hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

2. B complex ... Shaklee mempunyai B complex yang lengkap dengan 8 B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. B complex Shaklee mengandungi Folic acid, Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukkan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

3. Vitamin C Shaklee sangat unik. Ianya tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vit C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ianya adalah sustained release dan akan digunakan secara beransur2 mengikut keperluan oleh badan kita.

4. Kalsium Shaklee atau nama lainnya Ostematrix Shaklee sangat perlu bagi mereka yang sering mengalami sakit tulang belakang, kaki cramp, sendi2 yang bisa. Ianya juga penting agar keperluan tubuh badan si ibu dipenuhi dan tidak lupa juga bagi bayi yang dalam kandungan, kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang bayi yang kuat. Kalsium Shaklee tidak hanya diperbuat dari kalsium Karbonat semata2 yang boleh membuatkan seseorang sembelit dengan teruk tetapi Kalsium Shaklee dihasilkan oleh campuran kalsium karbonat dan kalsium sitrat 

Selain dari vitamin ini, bagi ibu yang berkemampuan bolehlah menambah pengambilan minyak ikan seperti Omega untuk meningkat sistem imun baby dan DHA otak bayi dan juga ESP (Soy Protein-Protein diperlukan untuk membina sel. Dari sel akan terbentuk organ. Dari organ akan terhasilnya sistem. Betapa pentingnya protien untuk pembentukan janin kepada bayi) 

Sebab tu sepanjang mengandung, saya simpan je pil2 yang doktor berikan..hehe..…bukan anti pada doktor tapi terserah pada setiap indvidvidu…. Hanya kita yang berhak menilai dan memilih yang terbaik…. Seperti yang saya tulis sebelum ini “raya setiap tahun ada..setiap tahun kita jumpe,boleh beli yang best2 untuk si kecik.....tp breastfeeding dan pregnancy ni bukannya setiap tahun terbuka peluang untuk kita memberi yang terbaik untuk si kecil..dimana kesannya bukannya sekelip mata..”..(Ya Allah..moga saya diberi peluang dan rezeki untuk mengandung lagi)... Credit to Cery!





Set J1 (Trimester 1)


30 tabs VitaLea ,
30 tabs B complex, 
 30 tabs vitamin C


1 bottle Ostematrix







Set J2 (Trimester 2&3)
30 tabs VitaLea ,
30 tabs B complex, 
30 tabs vitamin C, 
1 bottle Ostematrix 
& 30 caps Omega Guard



Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 012 6926782 @ email ke ummusoffiya@gmail.com untuk konsultansi percuma
credit

Wednesday 21 December 2011

SALURAN SUSU TERSUMBAT

Masalah penyusuan - Saluran susu tersumbat

Banyak faktor masalah susu tersumbat boleh dielak.

Simpton 
· Payu dara sihat cuma rasa berketul di bahagian tertentu.
· Rasa sakit di bahagian berkenaan.
· Nampak kemerahan
· Tidak demam, mungkin selsema - seperti simpton di peringkat awal masalah bengkak susu

Punca
· Trauma/tekanan luaran - bra yang ketat, kerap tidur, tekan dengan jari semasa menyusukan anak.
· Lebih bekalan susu
· Bintik putih di atas puting/susu di bawah kulit ( milk blisters)

Pengurusan 
Perkara yang perlu diambil kira ketika mencatat latar belakang
· tanya bagaimana perasaan ibu ketika menyusu
· kekerapan dan tempoh menyusu
· sakit puting
· situasi dalam keluarga - tekanan, letih, sokongan emosi
· pemakanan si ibu dan kesihatannya.

Penilaian penyusuan 
· posisi dan dakapan
· tekanan daripada pemakaian, jari ketika menyusu yang boleh meransang pengaliran susu
· bintik putih di atas puting atau perkara tidak normal yang lain

Rawatan relevan 
· meningkatkan posisi dan dakapan untuk memastikan pengaliran susu yang lebih efektif dan pengaliran susu ibu.
· Menggelakan tekanan
· Bintik putih di atas puting mungkin perlu dibuang, jika tidak selesaikan secara spontan dengan hisapan bayi.

Cadangan Yang Praktikal 
Sama seperti bengkak susu, begitu juga cara ini.
· urut perlahan-lahan di sekeliling payu dara hingga ke puting sebelum dan semasa penyusuan atau memerah.
· Jika perlu sokong payu dara dengan telapak tangan.
· Elak - tidur meniarap baju dalam ketat, tali penyokong mendukong bayi yang menekan payu dara dan putting yang kena payu dara, menekan puting, tekanan jari keatas payu dara.
· Rehat bersama bayi di atas katil dan kerap memberi bayi menyusu - setiap 2 hingga 2 ½ jam sekurang-kurangnya, makan dengan sempurna, minum air secukupnya.

CREDIT: http://susu-terbaik.blogspot.com/

MINUM BANYAK AIR SEMASA PANTANG

Saya gemar minum air kosong - Maksimum tiga hingga empat liter,minimum 2liter.Bolehkah saya teruskan amalan in ketika berpantang?Apakah akan ada kesan tertentu disebabkan kata orang tidak elok minum banyak air sewaktu pantang kerana rahim akan mengembang dan sebagainya.Apakah kerap membuang air kecil bakal memberi kesan buruk kepada  jahitan luka jika saya melahirkan anak secara normal.




Jawapan:
Minum air kosong merupakan amalan yang sihat sama ada diwaktu hamil atau sewaktu berpantang.Tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa rahim akan mengembang akibat minum air berlebihan.Memang benar puan akan kerap buang air kecil jika minum air banyak,Ini tidak memberi kesan kepada luka jahitan tidak kiralah sama ada bersalin normal atau pembedahan LSCS.Diantara kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari ialah:

  1. Hidrasi badan yang sempurna.Diri akan terasa lebih segar.
  2. Membantu dalam penyusuan ibu yang berjaya!
  3. Membantu dalam proses nyahtoksin
  4. Membantu dalam usaha menurunkan berat badan(kita sering salah tafsir rasa "LAPAR".Kerap kali KELAPARAN itu adalah disebabkan oleh kurangnya air dalam badan dan bukan kurang makanan.
  5. Mengurangkan serangan sakit kepala.(Dehidrasi merupakan punca sakit kepala)
petikan PA&MA Disember 2011

SAYA JENIS TAK CUKUP SUSU?? SEMAK SEMULA

Adakah Saya mempunyai susu yang cukup
Kebanyakan wanita yang pertama kali melahirkan anak pasti akan berasa bimbang sama ada bayi akan mendapat susu yang cukup. Lebih-lebih lagi wanita yang mempunyai saiz buah dada yang kecil. Jangan panik kerana saiz buah dada tidak mempengaruhi banyak atau sedikit susu yang dihasilkan.

Ramai wanita yang pertama kali melahirkan anak akan merasakan yang bayi mereka tidak mendapat susu yang cukup. Ini berdasarkan mereka tidak berasa bengkak pada buah dada yang menandakan badan mereka telah menghasilkan susu pada hari pertama kelahiran. Pastikan anda tidak memberikan bayi anda susu Formula sama sekali, kerana walau pun buah dada tidak bengkak, badan akan menghasilkan susu yang dipanggil kolostrum pada hari-hari pertama anda melahirkan bayi.

Susu ini berwarna sedikit kekuningan dan dihasilkan pada jumlah yang sedikit. Ia mengandungi khasiat yang sangat tinggi serta mempunyai antibodi yang boleh membantu bayi melawan penyakit. Walau pun ia dihasilkan pada jumlah yang sedikit, ia mencukupi keperluan bayi kerana pada ketika ini perut bayi adalah sangat kecil.

Apabila bayi sering menangis, ramai ibu bapa yang bimbang bayi mereka tidak mendapat keperluan susu yang cukup. Bagaimana pun kelaparan hanyalah salah satu dari banyak punca mereka menangis. Selain dari lapar, bayi juga akan menangis sekiranya lampin mereka basah, kembung perut dan juga keperluan kasih sayang.

Sebenarnya hampir kesemua ibu dapat mengeluarkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka. Manusia tidak akan berkembang jika ini tidak berlaku. Terdapat sebilangan kecil wanita yang tidak mempunyai susu yang cukup, tetapi ini jarang berlaku. Biasanya ini ada kaitan dengan masalah kesihatan (seperti pembedahan buah dada, pil perancang). Kebanyakan masalah ini dapat diperbetulkan.

Wanita mempunyai 2 buah payudara, bermakna mereka juga dapat menyusukan kembar. Jadi ini adalah alasan menunjukkan ibu yang mempunyai 2 payudara dapat mengeluarkan susu yang cukup untuk 1 bayi.

Susu badan tidak dapat diukur menggunakan alat-alat yang saintifik, jadi adalah penting untuk anda mengetahui samada bayi anda mendapat susu yang cukup atau tidak.

Di bawah disertakan panduan-panduan yang dapat membantu ibu-ibu memastikan keperluan susu bayi adalah mencukupi :

* Susu anda akan 'ada' selepas 2-5 hari bayi dilahirkan. Bayi anda dilahirkan dengan lebihan cecair di dalam tisu-tisunya dan akan dibuang dalam masa 48 jam selepas lahir. Berat akan berkurang 7 - 8 auns. Buah pinggang bayi yang belum matang tidak akan mampu mengawal sejumlah besar cecair ketika ini. Amaun kolostrum yang kecil (cecair kuning pekat yang keluar dari payudara sebelum susu 'keluar') adalah sesuai untuk sistem penghadaman bayi baru lahir dan menyediakan antibodi yang penting. Dalam masa 24 jam pertama, anda akan mengeluarkan 37 ml kolostrum. Bayi akan mendapat 7 - 14 ml setiap penyusuan.

Biasanya pada hari kedua atau ketiga, payudara anda akan mula berasa 'lain', lebih panas, penuh dan berat. anda akan mula mengeluarkan susu transitional (gabungan kolostrum dan susu matang, berwarna kekuningan). Jika tiada berlaku perubahan pada payudara anda dan bayi anda kelihatan lapar selepas setiap penyusuan, hubungi doktor anda dan timbang bayi.

* Bayi anda sepatutnya melekat dan menghisap (secara berganti-ganti laju dan perlahan) selama 10-15 minit pada setaip payudara. Selepas menyusu dia akan kelihatan puas dan tertidur ketika di payudara kedua. Jika dia tertidur dan tidak mengambil susu di payudara kedua, cuba bagi dua masa menyusu di antara kedua-dua payudara. Jika dia tertidur, dia akan mendapat susu selama 5 minit bagi kedua payudara dari 10 minit untuk sebelah sahaja. Anda patut mendengar bayi anda sentiasa menelan ketika menyusu

* Bayi yan baru lahir perlu menyusu 8 kali dalam masa 24 jam. kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu 10-12 kali atau lebih. Ini termasuk penyusuan yang panjang dan penyusuan yang pendek. Menyusu setiap 1 1/2 - 3 jam sepanjang siang dan setiap 4 jam pada waktu malam. Tetapi jangan sangka bayi anda akan menyusu mengikut jadual 4 jam - bayi anda tidak akan bertambah berat badan. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda untuk menyusu.

* Apabila susu anda telah ada. payudara akan terasa penuh sebelum penyusuan dan lembut selepas penyusuan. Anda mungkin melihat susu menitis daripada payudara sebelah ketika bayi menyusu di payudara lain. Ini adalah tanda susu anda 'keluar'. Badan anda tidak tahu anda tidak menyusukan kembar, jadi susu akan keluar serentak. Sesetengah ibu akan berasa ketegangan, pengerasan atau seperti dicucuk jarum ketika susu keluar. Sesetengahnya tidak berasa sedemikian sehingga beberapa minggu.

* Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis bayi. Selain pertambahan berat badan, ini juga pertunjuk yang baik menunjukkan berapa banyak bayi anda menyusu.

Untuk beberapa hari selepas lahir, bayi akan membuang najis berwarna gelap. ini adalah najis yang disimpan sejak sebelum kelahiran. Dalam 1 ke 2 hari susu anda mula ada, najisnya akan bertukar warna dan kekerapan. ketika peralihan ini, najis akan berwarna keperangan atau kehijauan dan dalam bentuk cair dan tidak terbentuk. Apabila berumur 4 ke 5 hari, dia akan mula mengeluarkan 'najis susu' berwarna kekuningan dan berbiji. Dia patut membuang air besar 2-5 kali sehari dalam masa 24 jam dan mungkin akan membuang air besar selepas setiap penyusuan untuk beberapa minggu pertama. Jika najisnya berkurangan ini bermakna dia tidak mendapat susu yang mencukupi.

Semasa beberapa hari pertama, bayi anda hanya akan kencing 1 atau 2 kali sehari kerana dia hanya menerima kolostrum. Selepas susu telah ada, dia patut kencing 6-8 kali dalam masa 24 jam. Agak sukar untuk mengetahui berapa kerap bayi anda kencing kerana lampin pakai buang biasanya mempunyai gel yang menyerap air kencing agar sentiasa kering. Jadi anda boleh meletakkan tisu tandas didalam lampin itu utntuk menolong anda. Air kencing itu sepatutnya pucat, tiada berwarna and kurang berbau. Air kencing yang gelap menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.

* Kebanyakan ibu-ibu mengalami ketegangan pada puting pada peringkat awal penyusuan. Ketidakselesaan ini akan bertambah buruk apabila bayi menghisap buat kali pertama. Jika sakit berterusan ketika penyusuan, puting pecah atau berdarah, atau sakit melebihi 1 minggu ini bermakna bayi anda tidak menghisap dengan betul. Ini bukan sahaja menyebabkan anda tidak selesa tetapi juga menyebabkan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.Periksa berat bayi anda dan hubungi mereka yang arif mengenai penyusuan badan yang dapat menilai teknik penyusuan anda. Cara menghisap yang salah mudah untuk diperbetulkan.

* Satu cara mudah untuk memastikan bayi anda mendapat susu yang cukup ialah dengan memeriksa berat secara kerap. Adalah biasa untuk bayi kurang berat badan 5-7 % dari berat asal dalam beberapa hari pertama (tetapi jika melebihi 10% perlu pemerhatian). Anda perlu menanya berat bayi anda ketika keluar dari hospital kerana ini adalah berat yang perlu anda perhatikan untuk mengira pertambahan berat badannya bukan berat ketika lahir. Contohnya jika berat bayi anda ketika lahir adalah 7 lbs 8 oz. 48 jam kemudian ketika meninggalkan hospital berat bayi anda adalah 7 lbs 1 oz. Apabila susu mula keluar, berat bayi patut bertambah 1 auns setiap hari untuk beberapa bulan pertama. Kebanyakan bayi akan kembali ke berat ketika lahir dalam masa 2-3 minggu. Untuk melihat peningkatan berat, boleh membuat pemeriksaan selepas 2 minggu. Sepatutnya bayi juga akan mempunyai air kencing dan najis yang elok. Masalah penyusuan lebih mudah diperbaiki jika dikenalpasti dan dirawat awal.
CREDIT: http://susu-terbaik.blogspot.com

Jika Anda Ibu yang Menyusukan Anak

Jika anda ibu yang menyusukan anak...pastikan personaliti anda masih terjaga, kelihatan anggun di mata suami, mampu menjalankan tanggungjawab dan memberi keutamaan pada encik suami, bertenaga, cergas dan mempunyai bentuk badan yang baik.

Ramai ibu yang menyusukan anak, hanya mementingkan kisah perjalanan penyusuan susuibu tanpa menitikberatkan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Banyak yang mengadu masalah kedinginan namun tidak usaha untuk menyelesaikannya...banyak yang merungut berat badan naik tanpa usaha yang konsisten mengawalnya...banyak yang ada masalah kulit kusam tanpa usaha mengatasinya.

Jika anda ibu yang menyusu dan mendapati

  • ada masalah kedinginan
  • ada masalah berat badan naik mendadak atau turun mendadak
  • kulit wajah yang kusam
  • sering keletihan sehingga tiada mood melayan suami
  • sering moody 
  • sering rasa tertekan
  • personaliti diri tidak terurus

Usahakan sesuatu...jangan pandang remeh. Never take for granted dalam hal rumahtangga. Sebagai isteri perlu jaga 4 perkara :

  1. mata
  2. hidung
  3. telinga
  4. hati
Perlu cantik dan bentuk badan yang menarik untuk tatapan mata suami. Perlu wangi dan terurus untuk memberi bauan kepada suami. Perlu berkata-kata yang baik-baik untuk pendengan si suami . Menjaga hati suami dengan keperluan sebagai pasangan, cukup makannya dan nyenyak tidurnya.

Hanya kita sahaja yang tahu kekuatan dan kelemahan diri kita. Maka kita harus usahakan sesuatu demi menjaga keharmonian yang sedia ada. Sama-sama kita berusaha menjadi supermak dan superwife. Jika rasa ada masalah kedinginan, mood yang tak tentu, ,masalah berat badan, kulit wajah yang kusam maka amalkan vitamin yang membantu atasinya.

Ada orang hebat dalam penyusuan, namun keadaan diri tak terusus dan suami diketepikan...hakikatnya hanya berjaya menjadi Supermak sahaja. Perlu seimbang supaya mampu menjadi Superwife.
Boleh email kepada saya di ummusoffiya@gmail.com atau sms kan kepada saya 0126926782 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

Monday 19 December 2011

Apa Tujuan Ambil Booster

Ada segelintir ibu bangga kerana dapat menyusukan anaknya tanpa pengambilan apa2 vitamin atau supplement yang kini dipanggil booster.
Secara peribadi saya berpendapat, sekiranya si ibu itu punya kehidupan yang sihat, cara hidup yang sihat ditambah pengambilan makanan yang sangat sempurna dan mengikut piramid makanan, memang tak perlu amik vitamin malah booster sekalipun.
Namun perlu kita ketahui juga, ibu-ibu yang mengambil vitamin atau booster hakikatnya bukanlah nak banyakkan susu semata-mata. Setiap orang ada kekangan masing-masing. Hanya kita yang tahu menilai keadaan diri kita.
Bagi ibu yang menyusu perlu tahu perkara asas ini :

Supply susu insyaALLAH sustained jika si ibu :
Konsisten mengepam atau menyusukan anak dengan kerap,
Badan ibu sentiasa bertenaga,
Ibu bebas dari stress dan mood swing
Ibu jaga pemakanan dan pastikan pengambilan makanan membantu menghasilkan nutrisi untuk si kecil. Anak membesar sihat, ibu lebih bersemangat!
.
Ibu yang perlukan booster ialah ibu yang sering keletihan, mood swing, makanan tak teratur...
Bila letih, sifat malas melanda,
Bila stress, mood swing...emosi tak stabil...hidup pun jadi tak keruan, jadual pam entah ke mana.
Makan tak teratur, sedikit sebanyak menjejaskan nutrisi dalam susuibu, paling ketara apabila doktor tegur berat anak tak mencapai tahap ideal....ibu mudah down....

Hakikatnya, ada ibu yang amik booster bukan lah nak banyakkan susupun, tetapi untuk kesihatan diri di kemudian hari.

Bila ibu sihat dan sejahtera, semua urusan keluarga dapat dilakukan dengan jaya sekali. Bukan kuantiti yang kita harus kejarkan, tapi kandungan nutrisi perlu diutamakan.

Susu formula hari ni berebut2 buat formula hebat, letak mcm2 vitamin dan keperluan bayi...bukan sekadar untuk imuniti tubuh si kecil tetapi pembesaran dan perkembangan otak anak. Maka bagi ibu yang menyusu, jagalah pemakanan supaya apa yang kita salurkan adalah yang terbaik! InsyaALLAH.
So tanya diri kita, adakah kita hanya nak cukupkan syarat dengan menyusukan anak dengan susuibu tetapi dalam realiti sebenar keadaan kita sering penat, senang marah-marah, dingin dengan suami , muka nampak lebih tua dari usia?

Saya ada  kawan ....ibu ini menyusukan anaknya tetapi mudah mengamuk, marah suami sebab diri sendiri penat yang melampau, sering sakit belakang dan sakit gigi....so adakah ini sihat? Alangkah baik jika amik booster atau nama lainnya vitamin?



Sekadar renungan bersama :-

Hati anak dan jiwanya sangat bersih. Apa yang kita beri akan mencorakkan hati dan jiwanya. Jika hati dan jiwa si ibu yang menyusukan  itu bergolak dan tidak sejahtera, adakah jiwa dan hati anak yang terbentuk tadi akan tenang? Hakikatnya jiwa dan hati itu lah yang akan terhasil apabila anak membesar kelak iaitu sering marah, mengeluh dan memberontak. Oleh kerana itu, ibu yang menyusu perlu tenang, sabar, ceria dan bertenaga supaya hati dan jiwa anak susuan tadi juga terbentuk dengan baik. Renung-renungkan.

Boleh email kepada saya di ummusoffiya@gmail.com atau sms kan kepada saya 0126926782 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini. credit to anakkuwira

Beberapa Faktor Kenapa Vitamin Tidak Berkesan

Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah...berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.
Namun ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.


2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak  tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.


4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.



TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!


Dan akan saya update lagi nanti insyaALLAH.....apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Sila call pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susuibu.


Boleh email kepada saya di ummusoffiya@gmail.com atau sms kan kepada saya 0126926782 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

Thursday 15 December 2011

Set Vitamin Yang Sesuai Untuk Anda

Sebagai ‘newcomer’ dalam era pemakanan nutrisi, ramai yang tidak mengetahui tentang vitamin dan mineral yang sesuai dengan dirinya. Ramai yang mungkin ‘tersalah’ ambil vitamin, yang mana tidak mengambil jenis yang tubuhnya benar-benar perlukan. Misalnya seorang yang stress tapi tak ambil b complex. Malah, ramai yang tidak tahu vitamin dan mineral yang sesuai untuk mereka.
Oleh kerana itu kami telah menyediakan set-set yang mudah untuk dipilih mengikut kesesuaian, malah lebih mudah lagi kerana ia disediakan dalam bentuk trial pack yang memudahkan pengguna. Ia bukan saja lebih mudah dibawa, malah lebih mudah untuk digunakan oleh mereka yang tidak pernah mengambil supplement secara konsisten kerana semua vitamin dan mineral di-pek dalam bentuk yang mudah dibawa.
Jadi, set vitamin yang mana satukah untuk anda?

Set A (Optimum) – set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.

Set B (Breastfeeding) – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu). Baca tentang kebaikan alfalfa di link ini. Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.

Set B1 – set B1 adalah trial pack set penyusuan namun ia mengandungi 330 biji alfalfa (biasa ialah 60 biji sahaja).

Set C (confinement) – set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.

Set C+Milk Booster – set bersalin dan berpantang sama seperti set C dengan tambahan alfalfa untuk penyusuan.

Set D (skincare) – set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set D terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.

Set E (breastfeeding & bones) – set E terdiri dari set penyusuan bersama tambahan kalsium. Sesuai juga untuk para wanita bagi mengelakkan osteoperosis. Ostematrix (kalsium) adalah mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium.

Set F (feminin) – lumrah bagi wanita mengalami pelbagai masalah kewanitaan. Set feminin ini boleh membantu anda mengatasi masalah seperti keputihan, sakit urat dan sendi, keradangan dan sebagainya. Set F terdiri dari Vita E dan Alfalfa.

Set G (5 serangkai) - set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa.

Set H (immune booster) – khas buat mereka yang mengalami masalah imuniti tubuh, misalnya kerap sakit, mereka yang menghidap asma, sering demam dan sebagainya. Nutriferon menguatkan imuniti tubuh. Set ini terdiri dari Nutriferon.

Set J1 – set ini adalah untuk mereka yang hamil trimester pertama (bulan 1-3). Terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix.

Set J2 – set kehamilan trimester kedua dan ketiga, mengandungi vitamin dan mineral seperti di atas dengan tambahan Omega Guard.

Buddy Pack – set jimat untuk pasangan suami isteri, kandungan vitamin dan mineral yang sama dengan set B.

Lover’s Pack – khas untuk pasangan suami isteri bagi menghangatkan lagi hubungan anda. set yang sama dengan Buddy pack, tambahan vita E.

Set di atas adalah set yang telah kami pakejkan untuk kemudahan pengguna.  Anda berminat boleh hubungi saya di talian 0126926782 atau email ummusoffiya@gmail.com

Ibu Menyusu Tapi Nak Diet


Berita baik utk ibu-ibu sekelian. Jgn risau walaupun menyusu kita tetap boleh maintain slim dan gorgeous. Bagi yg dah amalkan Set B, pasti boleh merasai perubahannya. Buat ibu yg nak menjaga kesihatan di samping nak jaga body, dapatkan tambahan LECITIN dalam diet anda. Lecitin akan menyingkirkan kolesterol dan lemak dalam badan. Ianya selamat kepada bayi yang menyusu. Jom dapatkan sekarang dgn harga runtuh:

Trial Pack Set B (RM80)+ Lecitin (RM52) = RM132 shj!
Untuk mendapatkannya hubungi saya utk maklumat lanjut norlia ahmad di 0126926782 atau email ke
[email]ummusoffiya@gmail.com[/email] 

Masalah Bayi Tak Mahu Direct Feeding

Assalamualaikum

Memastikan bekalan susu mencukupi untuk ditinggalkan kepada baby sitter ketika keluar bekerja sudah cukup memeningkan kepala. Apatah lagi sekiranya bayi langsung tidak mahu minum secara direct feeding walau pun ketika berada di samping ibunya. Tidak sedikit ibu-ibu yang menghadapi masalah ini. Ada di antara mereka yang meneruskan penyusuan dengan mengepam susu bagi keperluan bayi setiap 3-4 jam sekali. Sepanjang hari! Ada juga yang patah semangat lalu memilih susu formula. Bagi meneruskan penyusuan dengan exclusive pumping juga bukan laluan mudah.

Ini kerana, tiada pam yang lebih baik dari mulut bayi itu sendiri. Oleh itu, dari masa ke semasa, ibu-ibu yang melakukan exclusive pumping akan sentiasa berisiko mengalami masalah kekurangan pengeluaran susu. Kerana kekurangan stimulasi secara terus dari bayi.

Masalah ini juga dihadapi apabila bayi beralih bulan dan kurang berminat menyusu secara direct feeding berbanding biasa. Saya melalui fasa ini selepas kelahiran anak perempuan saya. Alhamdulillah masalah ini dapat diatasi dan kini masih lagi memberikan penyusuan susu ibu kepadanya.

Persoalannya. Apakah punca keadaan ini berlaku?
Bagaimanakah mengembalikan minat bayi bagi menyusu secara terus?

Terdapat dua kemungkinan utama bayi tidak mahu menyusu secara terus dari ibunya.
(1) Susu terlalu banyak
Keadaan ini biasanya berlaku diperingkat awal kelahiran bayi. Pada ketika ini, sistem badan ibu masih belum dapat mengenalpasti jumlah pengeluaran susu yang diperlukan oleh bayi. Manakala bayi pula masih dalam peringkat mempelajari teknik menyusu. Pada peringkat ini biasanya bayi sukar mengawal kadar susu yang dihisap. Sekiranya susu ibu terlalu banyak, kemungkinan besar mereka akan menghadapi masalah sering tersedak. Sekiranya keadaan ini sering berlaku, sedikit sebanyak bayi akan mengalami trauma dan mengelak untuk minum susu secara terus dari ibunya.

(2) Bayi lebih suka minum melalui botol berbanding secara terus (direcy feeding)
Ada ibu-ibu yang keliru dengan keadaan ini. Ada yang beranggapan bayi mereka menolak susu mereka dan lebih sukakan susu formula. Saya pulak keliru kerana mereka keliru. Ini kerana biasanya keadaan ini disebabkan oleh lubang pada puting susu yang besar dan bayi tidak perlu bersusah payah menggerakkan rahang mereka untuk menyusu. Jika dibandingkan dengan menyusu secara terus, bayi perlu menggerakkan rahang bagi mendapatkan susu. Oleh itu, mereka lebih suka susu botol sebab tak perlu berusaha terlalu gigih.

Bagaimana mengatasinya
- Susukan bayi secara kerap. Bagi bayi yang baru dilahirkan, sebaiknya susukan setiap 2 jam sekali. Kejutkan bayi dari tidur sekiranya perlu. Selain dari untuk mengelakkan payudara menjadi bengkak, ia juga mengelakkan masalah demam kuning bagi bayi yang baru dilahirkan
- Sekiranya payudara membengkak, perah dahulu susu sebelum mula menyusukan bayi. Ini akan mengurangkan jumlah susu dalam payudara dan sekaligus mengelakkan flow susu menjadi terlalu laju ketika proses penyusuan
- Selepas menyusukan bayi, sebaiknya perah susu hingga ke titisan terakhir. Selain dari membantu menggalakkan pengeluaran susu, ia juga mengelakkan payudara menjadi cepat bengkak sebelum sesi penyusuan yang seterusnya
- Gunakan pam yang elok dan sesuaikan diri dengan pam tersebut. Terutamanya sekiranya menggunakan pam manual.
- Susukan bayi mengikut keperluan mereka. Sama seperti masa nak mengajar mereka minum dengan susu botol, jangan bagi option. Pastikan mereka menyusu secara terus walau pun sedikit, tapi jangan paksa secara keterlaluan. Berhenti sekiranya mereka menolak. Suakan kembali ketika mereka kelihatan haus. Anak perempuan saya kurang menyusu berbanding abangnya, bagi mengelakkan dari dia kekurangan susu, saya perlu sentiasa bersedia bagi menyusukannya. Kalau tengah malam pun, dia "ek" sikit je terus sumbat dengan susu. Biasanya menyusukan bayi ketika mereka agak mamai lebih mudah.
- Jangan susukan bayi ketika mereka terlalu lapar. Offer susu secara berkala. Eg: sejam sekali, atau setengah jam sekali.
- Susukan bayi dalam suasana yang tenang. Jauhkan diri dari kebisingan dan distraction lain
- Banyakkan sentuhan dengan bayi dan luangkan lebih banyak masa dengan bayi.
- Elakkan penggunaan puting kosong
- Pada hujung minggu, haramkan langsung penggunaan botol walau pun ketika berada diluar. Pelajari teknik penyusuan
di tempat-tempat awam.
- Jangan marah dan jangan paksa. Sabar. Takkan buat sekali terus berjaya. Ambil cuti panjang sekiranya perlu untuk
luangkan lebih banyak masa dengan bayi.

Selamat berjaya dan jangan putus asa.
Credit to ourkizuna
 

Bayi menyusu taknak lepas - Kurang susu bukan punca utama

Assalamualaikum
Saya yakin setiap ibu yang menyusukan anak akan mengalami situasi di mana bayi tidak mahu lepas dari menyusu. Walau pun bayi telah melelapkan mata, apabila puting dicabut dari mulut mereka, bayi mula menangis dan tercari-cari semula. Apabila mengalami situasi seperti ini, ada ibu yang mula berpendapat bahawa mereka tidak dapat menghasilkan susu yang cukup bagi bayi mereka. Lebih memburukkan keadaan apabila orang disekeliling juga memberikan pendapat yang serupa. Malah, ada yang tertewas dan memberikan susu formula sebagai jalan keluar kepada permasalahan itu. Sedangkan pendapat ini biasanya adalah kurang tepat.

Apabila bayi tidak mahu lepas dari menyusu. Periksa keadaan bayi. Paling biasa. Keadaan ini adalah disebabkan oleh masalah perut kembung. Sapukan minyak bayi di perut, dada, belakang dan betis bayi. Urut perlahan perut bayi. Sekiranya keadaan berlanjutan. Dapatkan daun sirih, kemudian panaskan dengan menggunakan api lilin. Tekap pada perut bayi. Alaskan perut dengan kain nipis. Pastikan suhu daun tidak terlalu panas bagi mengelakkan dari kulit bayi melecur. Selain dari daun sirih, pasir kasar yang dibalut dengan kain juga boleh digunakan. Caranya adalah dengan memanaskan pasir di dalam kuali. Kemudian balut pasir panas dengan kain dan ikat. Tuam di perut, belakang, betis dan tapak kaki bayi. Ini akan memberikan kelegaan kepada bayi dan membolehkannya tidur dengan lebih selesa.

Setiap bayi adalah berbeza. Biasanya pemakanan ibu tidak menyebabkan masalah kepada bayi. Saya sendiri tidak berpantang apa-apa makanan sepanjang tempoh penyusuan. Setakat ini, ia tidak mendatangkan apa-apa ketidakselesaan dan masalah kepada bayi. Bagaimana pun, ada sesetengah bayi sangat sensitif kepada corak pemakanan dan makanan yang diambil oleh ibunya. Teliti makanan yang diambil, sekiranya berlaku sebarang masalah pada bayi setiap kali anda mengambil makanan yang sama, cuba elakkan makanan tersebut.
Selain dari itu, lenguh mungkin boleh menyebabkan seorang bayi tidak mahu lepas dari ibunya. Oleh kerana tubuh bayi adalah sangat lembut, kita mungkin secara tidak sengaja mengangkat atau memegang bayi dengan cara yang salah. Ini boleh menyebabkan kesakitan kepada mereka. Oleh itu, sebaiknya lakukan urutan lembut menggunakan minyak bayi setiap kali selepas mandi. Ini boleh membantu mengurangkan masalah ketidakselesaan mereka. Selain itu, sentuhan dan urutan juga dapat membantu menjalin hubungan yang lebih baik antara ibu dan bayi. Ransangan melalui urutan ini juga membantu perkembangan otot dan minda bayi dalam jangka masa panjang.

Faktor kelaparan biasanya bukan faktor utama seorang bayi itu menangis. Sebaiknya, periksa kesihatan dan keselesaan bayi dengan teliti. Pastikan suhu bilik dan persekitaran tidak terlalu sejuk atau terlalu panas. Periksa lampin bayi dari semasa ke semasa bagi memastikan ia tidak terlalu basah. Sentiasa dapatkan nasihat dari mereka yang faham mengenai penyusuan susu ibu. Jangan takut untuk meminta pandangan kedua dari orang lain kerana tidak semestinya setiap orang akan memberikan jawapan yang tepat dan sama.
 
Credit to ourkizuna’s

Kenapa Saya Gagal Susukan anak?


Betapa ramai ibu yang ada salah tanggapan perihal ini. Sama-sama kita tengok adakah anda tergolong dalam orang yang sedemikian?




HARI PERTAMA BERSALIN,SUSU TIADA,CAMANA NAK BAGI DEKAT BABY

Memang betul susu matang belum lagi keluar tapi pada masa ini susu yang lebih tepat dipanggil kolostrum telah pun ada. Dalam masa 24 jam selepas bersalin ibu digalakkan mmenyusukan bayi untuk mendapat kebaikan kolostrum ini. Iainya berbentuk cecair pekat berwarna kekuningan yang kaya dengan protein. Protein yang terkandung adalah 3x ganda lebih dari susu matang biasa. Ia juga mengandungi antibodi yang sangat penting untuk kesihatan bayi. Selain itu antibodi ini juga bertindak sebagai ejen pelawasan yang membantu bayi membuang air besar pertamanya yang dipanggil meconium.Selepas 2,3 hari susu pertenagan seterusnya matang akan terhasil dengan rangsangan dari hisapan bayi dan akan meningkat berdasarkan konsep demand & supply. Makin kerap kita suskan bayi, makin banyak susu yang akan terhasil.Jadi ibu-ibu jangan kata susu tiada, susu ada cuma perlukan rangsangan hisapan dari bayi sahaja.

SUSU SAYA SIKIT, TAK CUKUP UNTUK BAYI

Tahukah ibu-ibu bahawa susu badan kita sentiasa cukup untuk bayi malah kandungan zat-zat di dalamnya sangat menepati seiring dengan perkembangan bayi. Kandungan dalam susu ibu akan berubah mengikut masa, cuaca dan keadaan bayi. Menariknya ibu yang melahirkan bayi pramatang didapati kandungan susunya adalah unik sesuai dengan keadaan bayi. Susu ini mengandungi nitrogen, protein, lactose, sodium, chloride, mineral, vitamin A, and lipase (a lipid-degradation enzyme) yang mana dalam paras yang lebih tinggi dari ibu yang melahirkan bayi normal. Sungguh menakjubkan ciptaanNya!Tiada istilah susu sikit sebenarnya. Pelajari teknik dan ilmu penyusuan sebaiknya.

MAK SAYA DULU PUN TIADA SUSU, SAYA MESTI TIADA JUGA

Susu ibu bukan boleh diukur semacam itu. Tiada istilah keturunan yang menyebabkan susu tiada. Bahkan banyak atau sikit pengeluaran susu badan seseorang bukan bergantung pada saiz payudaranya. Tidak sama sekali. Tidak semestinya seseorang yang berpayudara besar mempunyai banyak susu dan ibu yang berpayudara kecil tidak banyak susu. Konsepnya adalah berdasarkan storage kapasiti maksudnya berapa banyak susu dapat disimpan.Ibu yang ada kapasiti penyimpanan yang kecil perlu lebih kerap untuk mengosongkan payudaranya untuk menghasilkan susu seterusnya manakala ibu yang mempunyai payudara berkapasiti besar tidak sekerap itu untuk kekalkan pengeluaran susu.

Oleh itu, ibu-ibu yang berhasrat menyusukan anak mesti memahami perjalanan proses penyusuan itu sendiri untuk memudahkan proses tersebut nanti. Selamat BERJAYA!





Hubungi saya dengan sms ke 0126926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Keunikan Susu Ibu

by MOMMY LYNA
“Susu badan saya cair”
“Susu badan  saya pekat”
“Susu badan saya kuning”
“Susu badan saya kehijauan”
Situasi di atas adalah NORMAL.
Susu ibu sangatlah unik dan ‘personalized’. Susu yang dihasilkan oleh si ibu dipengaruhi oleh pemakanan ibu (namun, semua vitamin, mineral dan segala khasiat dalam susu ibu tetap ada walaupun ibu mengalami masalah kurang nutrisi), cuaca, suhu dan keperluan anak.
Tambahan pula jika ibu mengambil makanan tambahan yang lengkap, contohnya set Breastfeeding Shaklee. Ibu yang mengambil vitamin B Complex yang lengkap mendapati susu badan mereka lebih kuning dan kelihatan lebih ‘pekat’ berbanding dengan mereka yang tidak mengambil vitamin langsung atau cuma ambil asid folik saja. Ini kerana Riboflavin (salah satu elemen dalam B Complex) memberi warna kepada susu ibu dan juga urin. Tidak hairan jika lepas ambil mana-mana set Shaklee yang mengandungi B Complex, kita akan mendapati urin menjadi kuning.
Justeru, ibu akan mendapati susu badannya lebih pekat pada waktu-waktu tertentu terutama ketika cuaca panas, semasa berpuasa… dan kelihatan lebih cair ketika cuaca sejuk, atau sekiranya ibu tidak mengepam dalam jangkamasa yang lama menyebabkan berlaku proses osmosis yang menjadikan susu yang diperah kelihatan cair. Susu yang keluar pada awal sesi pemerahan lebih cair dari susu yang keluar pada sesi akhir.
Di Shaklee, kami menyediakan 3 set untuk ibu menyusu:
*dipetik dari Anakku Wiraku:
Set B
untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.
Set E
lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.
Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
Usah gusar jika rupa susu yang diperah berbeza dengan susu perahan rakan yang lain. Hakikatnya kita adalah unik!
Dapatkan set-set di atas dengan menghubungi saya 0126926782 atau email ummusoffiya@gmail.com

SUSU IBU vs SUSU FORMULA


Tahukah puan bahawa susu ibu selain daripada kaya dengan kandungan nutrien,komposisi bahan dalam susu ibu sunggu unik jika dibandingkan dengan susu formula.

Antara komponen utama dalam susu ibu adalah lemak,protein,karnbohidrat,vitamin,mineral,enzim untuk penghadaman dan hormon untuk lain lain.Ia turut mengandungi faktor pelindung seperti antibodi dan lymphoctes yang membantu bayi untuk melawan penyakit dengan lebih baik.Apabila susu perahan dibiarkan untuk seketika,puan akan dapat melihat dua lapisan terbentuk.Lapisan bawah sedikt cair manakala lapisan atasnya lebih lemak berkrim.Keadaan ini adalah normal kerana lemak di dalam susu perahan puan akan naik di ats.

Sementara itu,faktor yang menyebabkan keadaan ini tidak berlaku kepada susu lembu atau kambing adalah kerana kedua duanya telah melalui proses homogen.Kandungan nutrien dan lemak susu homogen masih sama dengan susu biasa.Ia hanya melalui proses yang dikenali homogenisation bagi memecahkan globule lemak di dalam susu.Proses inilah yang nmenyebarkan lemak secara rata keseluruh susu dan menghalang lapisan terbentuk dibahagian atas.Sila rujuk rajah untuk melihat perbezaaanya...susu ibu amat berkhasiat dan amazingggg!untuk memperbanyakkan susu dan kelihatan lebih sihat,mari lah ibu ibu membuat pesanan SET B(Breastfeed)dengan saya...jangan tunggu lagi ...rasailah nikmatnya-cepat sms di 0126926782 /email ke ummusoffiya@gmail.com

Tuesday 13 December 2011

Panduan Galak susu lancar

Pelbagai cara boleh anda lakukan bagi merangsang pengaliran susu sebelum memerah atau menyusukan bayi. Salah satunya ialah dengan melakukan urutan. Pelajari teknik ringkas urutan tetapi berkesan.
 
Langkah 1

Sebelum melakukan urutan anda perlu menuam payu dara terlebih dahulu menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Tuam untuk beberapa minit. Amalan ini baik kerana dapat merangsang payu dara mengeluarkan susu badan dengan lebih lancar.

Langkah 2

Pegang hujung puting menggunakan ibu jari dan telunjuk. Kemudian, tekan puting ke dalam dan tarik semula ke atas secara perlahan-lahan.

Langkah 3

Sentuh bahagian atas aerola menggunakan ibu jari, jari-jari yang lain pula di tempatkan di bahagian bawah aerola. Gerakkan secara perlahan-lahan jari telunjuk ke atas,bawah,kanan dan kiri. Namun jangan sesekali ubah kedudukan ibu jari. Ulangi langkah 5 hingga 6 kali.

Langkah 4

Teruskan dengan membuat menggerakkan jari mengikut arah putaran jam. Gunakan empat jari kecuali ibu jari ketika melakukan gerakan ini. Lakukan antara 5 hingga 6 kali bagi setiap payu dara. Namun jika ada benjolan keras di bahagian payu dara, elak daripada menyentuh bahagian berkenaan.


Langkah 5

Gerakkan jari-jari anda dengan membuat putaran dari sisi menghala ke puting. Ulangi langkah ini 3 atau 4 kali di kedua-dua belah payu dara.


Aturan Untuk memerah susu

Perah setiap payu dara 5-7minit. Kemudian lakukan teknik urutan.
Sambung balik sesi perahan untuk 3-5 minit lagi untuk setiap payudara. Ulang lagi rutin urutan dan sambung sesi perahan untuk 2-3 minit untuk setiap payudara.
JANGAN-picit puting kerana boleh menyebabkan lebam
-tarik puting kerana boleh merosakkan tisu
-geselkan tangan dengan payudara kerana boleh melecet
 

Selain daripada urutan ada pelbagai cara lain yang boleh anda amalkan. Contohi cara-cara yang diaplikasikan oleh dua ibu ini..


Aishah Mariam..
“Saya ikut jadual pam, lazimnya kalau menyusu bayi secara terus, saya tidak menghadapi masalah kerana rangsangan daripada bayi sudah cukup untuk melancarkan susu. Tetapi sewaktu mengepam,memang terasa cabarannya. Bagi mengelakkan masalah,saya pastikan sentiasa minum air dalam jumlah yang mencukupi,makan makanan yang berkahsiat bagi nmenampung keperluan badan dan mengikut jadual mengepam payu dara.
Seisi mengepam di pejabat, saya lakukan dua kali iaitu waktu tengah hari dan petang sebelum balik kerja. Sampi di rumah saya menyusukan secara terus kepada baby. Saya suka guna teknik mengepam menggunakan pam berganda bagi merangsang pengaliran susu yang lebih lancar. Saya hanya memerlukan 15 minit untuk mengepam kedua-dua belah payu dara. Dengan cara ini ia secara tidak langsung dapat membantu saya meningkatkan kuantiti susu badan yang hendak disimpan sebagai stok.”

Marlia binti Omar..
“ Dalam usaha melancarkan pengaliran susu badan,saya mengamalkan minum air sekurang-kurang 3 liter sehari,sebaik-baiknya air suam. Setiap kali selepas menyusukan anak,saya pastikan minum air untuk mengekalkan bendlir dalam badan walaupun pada waktu malam.
Saya turut mengambil suppliment tambahan seperti alfalfa,calcium dan lecithin seperti yang disyorkan kaunselor laktasi kerana saya pernah mengalami masalah saluran susu tersumbat. Selain itu saya mengamalkan makan pucuk betik rebus. Hasilnya, ia membantu menguraikan susu yang tersumbat dan melancarkan pengaliran susu. Sekali seminggu saya cuci puting payu dara menggunakan berus gigi supaya liang susu tidak tersumbat."


Source - Pa&Ma
Jika berminat boleh menguhubungi saya di talian 0126926782(sms/call) atau email kepada ummusoffiya@gmail.com
 

Sunday 11 December 2011

PERSEDIAAN PENYUSUAN KETIKA HAMIL


Penyusuan Susu Ibu : Persediaan ketika hamil
Bagi wanita yang menunggu kelahiran pertama, mereka takkan 100% bersedia sehinggalah saat bayi dilahirkan. Mungkin ramai yang merasakan bahawa mereka telah bersedia untuk menyusukan bayi mereka tetapi apabila tiba saatnya pelbagai cabaran terpaksa ditempuh untuk menjayakannya. Antara persediaan mental yang boleh dilakukan sebelum kelahiran si manja anda.

(1) Ikuti kelas penyusuan susu ibu.

(2) Warwarkan kepada keluarga terdekat bahawa anda ingin menyusukan bayi yang bakal lahir

(3) Pilih hospital yang breastfeeding friendly. Bercakap dengan doktor anda mengenai keinginan anda menyusukan bayi sebaik kelahirannya.

(4) Sertai forum dan komuniti susu ibu seperti susuibu.com

(5) Baca sebanyak mungkin informasi mengenai penyusuan susu ibu
- Kellymom
- Website rasmi LLL

(6) Dapatkan nombor telefon Lactation Counselor yang berdekatan supaya mudah untuk membuat rujukan apabila mengalami sebarang masalah di awal kelahiran.

(7) Ketahui masalah-masalah penyusuan pada awal kelahiran dan cara mengatasinya.
- Masalah puting pendek - Sama ada pendek atau panjang puting sepatutnya tidak menjadi masalah kerana puting serta bahagian areola perlu masuk dalam mulut bayi ketika proses penyusuan. Ini adalah sama seperti masalah puting tenggelam.

- Susu tidak keluar - Sentiasa yakin dan percaya bahawa susu itu ada, satu jam pertama kelahiran bayi adalah paling penting. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk memastikan susu keluar. Jangan risau susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana pada awal kelahiran perut bayi adalah dikatakan hanya sebesar kacang, ia tidak memerlukan susu yang banyak untuk mengenyangkannya.

- Ketahui posisi yang sesuai untuk menyusukan sekiranya terpaksa bersalin dengan kaedah csect. Dapatkan bantal khas untuk menyusukan bayi sekiranya mempunyai lebihan budget. Bagaimana pun, bantal yang biasa juga sudah memadai.

- Puting sakit ketika menyusukan bayi - Sekiranya anda terasa sakit ketika menyusukan bayi, ia bermakna posisi penyusuan dan teknik pelekapan adalah salah kerana proses menyusukan bayi bukan satu proses yang menyakitkan.

(8) Yakin dan percaya bahawa anda boleh menyusukan bayi sebaik kelahirannya. Seorang wanita yang normal seharusnya boleh menyusukan bayi mereka. Pengeluaran susu ibu adalah berasaskan konsep supply & demand. Oleh itu, susukan bayi sekerap mungkin sebaik kelahiran mereka.

CREDIT: metrobestmom.blogspot.com

Terbukti-dipercayai...insyaAllah, hubungi saya utk maklumat lanjut

 
di 0126926782 atau email ke ummusoffiya@gmail.com[/email]

Friday 9 December 2011

Set Breastfeeding Shaklee


Set Breastfeeding Shaklee dengan Alfalfa disediakan dalam bentuk Trial Pack B Shaklee (Breastfeeding Set) untuk kegunaan 30hari, sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Apa yang terdapat dalam Set ini
trial pack breastfeeding shaklee

B Complex
B Complex mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik. Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu. Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik. Membantu meninggikan sistem pertahanan badan,membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang.

Vitamin C (Sustained Realesed Vita C)
Mencegah kelenjar daripada rosak & berdarah, penting untuk pembentukkan kolagen, bertindak sebagai anti-oksidan, bertindak mengikut pelepasan masa. Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.

Vitalea (Multivitamin)
Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

Alfalfa (Milk Booster)
Raja Segala Tumbuhan, sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai milk booster-bagi ibu-ibu yang menyusukan, membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.
*Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan mereka yang alergi terhadap alfalfa.


Dalam Trial Pack B Shaklee (Breastfeeding Set) saya menyedikan : 

  • 30 tablet of Vitalea@Multivitamin 
  • 30 tablet of B Complex 
  • 30 tablet of Vitamin C  
  • 90 tablet of Alfalfa


Lengkap untuk kegunaan 30 hari dengan harga hanya RM80 (postage free)
Jika anda inginkan dalam bentuk Full Set (botol) dengan harga RM241 termasuk postage.
  • 120 tablet Vitalea@Multivitamin
  • 120 tablet B Complex
  • 180 tablet Vitamin C
  • 330 tablet Alfalfa 
Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman harian anda dan Ostematrix (Kalsium Magnesium with vitamin D), kedua-dua supplement ini boleh memberi tenaga dan melancarkan air susu ibu. Bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah berat badan bolehlah mengambil Lecithin kerana ianya tidak mengganggu perut bayi, ianya melancarkan pembungan dengan cara yang lembut. Tetapi harus diingatkan bahawa pengambilan Vitamin ini perlu diikuti dengan pengambilan air masak yang cukup sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.

Walau bagaimanapun, haruslah diketahui oleh para ibu yang sedang mencari bantuan untuk menambah susu badan. Cara yang paling berkesan untuk membanyakkan susu badan ialah membanyakkan stimulasi (pam dan direct feeding). Sekiranya anda mengambil Set Breastfeeding ini, anda harus melakukan langkah-langkah tersebut untuk menggalakkan dan merangsang susu anda. Walau anda makan milk booster terbaik di dunia pun, jika anda tak pam dan jarang direct, tiada maknanya. Memang membazir dan tiada kesan seperti yang ibu-ibu inginkan.

credit to anakkuwira
Jika berminat boleh menguhubungi saya di talian 0126926782(sms/call) atau email kepada ummusoffiya@gmail.com

Serba sedikit tentang Shaklee sebelum consume

1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Halal. Boleh rujuk sijil halal dalam label Sijil Halal di blog ini.

2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.Di samping itu, alfalfa mengandungi klorofil.

4. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba?
Jawapan: Ianya sentiasa ada , di sediakan dengan harga yang berpatutan. Bagi pertama kali mencuba, adalah digalakkan membeli trial pack terlebih dahulu.

5. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui trial pack. Boleh saya beli full pack dengan best price?
Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.

7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

9. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk2 dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan: Ibu2 yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap(tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sdikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

10. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

11. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, b complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar.

12. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?
Jawapan: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah2an atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.


Credit

Boleh email kepada saya ummusoffiya@gmail.com atau sms ke no 012-6926782 untuk keterangan lanjut.

Perlukah Supplement Tambah Susu?

 

Terdapat banyak jenis penggalak susu contohnya alfalfa dan fenugreek. Adakah anda ibu-ibu yang tergolong dalam mereka yang memerlukan penggalak susu atau disebut juga galagtagogue?

Golongan ibu yang memerlukan supplement tambah susu biasanya terdiri dari:
1. Mereka yang mengalami kemeruduman susu. Di samping membuat sesi pengepaman yang kerap, mereka memerlukan penggalak susu untuk membantu meningkatkan hasil susu.
2. Ibu yang mengalami stress, kepenatan dan risau jika pemakanan yang diambil tidak seimbang.Dengan mengambil supplement, boleh membantu ibu lebih cergas dan tidak perlu risau dengan vitamin-vitamin yang mungkin tidak mencukupi.

Tiada salahnya mengambil penggalak susu jika anda benar-benar mahukan hasil susu yang memuaskan jika ibu-ibu mengetahui dan memahami asas penyusuan. Tiada istilah susu datang sendiri dengan banyaknya tanpa usaha. Salah satu usaha kita adalah dengan mengepam dan makan makanan seimbang. Dan juga kita boleh berusaha dengan mengambil bahan penggalak susu seperti pil alfalfa.

credit

Hubungi saya dengan sms ke 0126926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Rahsia Terbesar Banyakkan Susu!!!

Ada seorang teman terkejut bila mendapat tahu saya dapat menyusukan Addin sehingga 3 tahun lebih....walhal saya ada teman yang menyusukan anaknya sehingga 4 tahun setengah. Sebenarnya ada rahsia terbesar untuk memastikan susu ibu itu banyak dan berterusan....
Saya sendiri baru menyedari hakikat rahsia ini. Memang nampak pelik tetapi saya melaluinya dan ramai sahabat2 saya juga melaluinya....

Rahsia #1 ( Rahsia Utama)
Pastikan pengambilan makanan waktu utama ( sarapan, makan tengah hari dan dinner) adalah lengkap dan seimbang.
- makanan inilah yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan susu.
Ada ibu2 yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana dikhuatiri gemuk maka golongan ini akan makan sekadar memastikan perut tidak lapar. Mereka ini hanya melengkapkan makanan harian tanpa memikirkan keseimbangan zat yang diambil...dan kemudian golongan ini akan mula bertanya mengapa berat anak saya tidak naik ye????

Rahsia #2
Banyakkan minum air- sebanyak mana hanya diri anda yang mengetahuinya. Namun ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti!

Rahsia #3
Pengambilan supplement adalah sangat-sangat penting. Saya tekankan sekali sangat penting. Mengapa? Kerana ianya banyak membantu agar tubuh menjalankan sistemnya dengan baik. Pengambilan supplement banyak membantu agar metabolisme badan seimbang ... sebagai contoh pengambilan b complex membantu sistem tubuh berada di dalam keadaan tenang dan rehat. Susuibu akan lebih mudah terhasil dengan keadaan si ibu gembira dan tenang berbanding runsing dan keletihan. B Complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ianya sangat penting bagi memastikan seseorang tidak gemuk atau mudah menghidap penyakit seperti kencing manis.
Pengambilan Omega sangat membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Ianya membantu memecahkan lemak di dalam tubuh si ibu dan secara langsung akan meningkatkan kadar DHA dalam susuibu. Selain itu contoh lain yang boleh saya beri ialah pengambilan alfalfa sebagai peransang kepada tubuh untuk menghasilkan susu dan ternyata ianya sangat berkesan! Sebenarnya banyak lagi kebaikan vitamin namun saya akan mudah terangkan bagi mereka yang memerlukan khidmat consultation secara intensif.

Credit to Ibu Addinnasa
 

Kejayaan menyusu mereka satu kepuasan


Memberikan susuibu bukan hanya kepentingan khasiat susuibu itu semata-mata tetapi 'hubungan' ibu dan anak yang terjalin sangat erat. Sebabkan saya menyusukan anak2 saya lebih dua tahun setiap seorang mereka sangat rapat dengan saya. Aisha sekarang umur 5 tahun,saya menyusukan Aisha hingga umur 2 tahun 3 bulan..masa tu dah mengandung anak ke dua 3 bulan. Anak-anak memang rapat dengan saya, kalau bershopping, pantang saya jauh sikit...mula kedengaran budak kecil menjerit, ibu oh ibu. Takut ibu hilang. Buka mata dari tidur, mana ibu?

Bagi anda yang bakal melahirkan anak, cubalah gali sebanyak mungkin ilmu penyusuan....sungguh nikmat apabila menjayakan penyusuan susuibu. Satu kepuasan pada kita sebagai ibu memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita. Hasilnya kita lihat bila mereka besar ...mudah2an lahirlah hati yang tawaduk pada ALLAH terutama apabila kita rajin berzikir semasa menyusukan mereka, insyaALLAH.

Anak adalah anugerah terindah!


Alisha selepas 4 jam dilahirkan.. Masa ni kali kedua aku menyusukan dia..



Alisha umur 6 bulan..pipi tembam.. Ada yang tanya dah bagi makan ke semangat mcm
ni…sebenarnya Alisha menyusu badan sepenuhnya,sampai umur 6 bulan memang tak bagi makan apa2 lagi. Puas hati dapat menyusukan anak-anak J




Alisha umur 2 tahun…hingga ke hari ini Alisha masih lagi menyusu badan..umur dah 2 tahun setengah..rezeki Alisha susu badan masih ada lagi J
Alisha melalui pembesaran "over shoot" masa umur 6 bulan per tama. Alisha tak dikira obessiti memandangkan Alisha minum susuibu sahaja. Selepas umur Alisha lebih 6 bulan, berat badan menjadi paras normal disebabkan mereka dah mula aktif. Alhamdulillah tak melalui masalah berat anak kurang atau rendah dari paras sepatutnya kerana mereka telah membesar dengan baik sejak peringkat 6 bulan terawal.
Pada pendapat saya secara peribadi, pengambilan vitamin sangat membantu dalam penyususan bayi. Kesannya sangat hebat apabila susuibu yang mengalir untuk mereka turut mengandungi vitamin yang ibu makan. Bagi yang pernah datang rumah tengok album Alisha pasti terkejut melihat Alisha seawal 6 bulan yang pertama. Memang satu kenangan paling manis menyusukan anak dengan susuibu. Alhamdulillah.

Maka, jika anda akan melahirkan bayi anda tidak lama lagi....apakata cuba makan vitamin Shaklee dan dapatkan konsultasi yang lengkap cara pengambilan vitamin demi pembesaran si comel anda.

untuk pesanan sila email ke ummusoffiya@gmail.com atau sms 0126926782