Wednesday, 21 December 2011

MINUM BANYAK AIR SEMASA PANTANG

Saya gemar minum air kosong - Maksimum tiga hingga empat liter,minimum 2liter.Bolehkah saya teruskan amalan in ketika berpantang?Apakah akan ada kesan tertentu disebabkan kata orang tidak elok minum banyak air sewaktu pantang kerana rahim akan mengembang dan sebagainya.Apakah kerap membuang air kecil bakal memberi kesan buruk kepada  jahitan luka jika saya melahirkan anak secara normal.




Jawapan:
Minum air kosong merupakan amalan yang sihat sama ada diwaktu hamil atau sewaktu berpantang.Tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa rahim akan mengembang akibat minum air berlebihan.Memang benar puan akan kerap buang air kecil jika minum air banyak,Ini tidak memberi kesan kepada luka jahitan tidak kiralah sama ada bersalin normal atau pembedahan LSCS.Diantara kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari ialah:

  1. Hidrasi badan yang sempurna.Diri akan terasa lebih segar.
  2. Membantu dalam penyusuan ibu yang berjaya!
  3. Membantu dalam proses nyahtoksin
  4. Membantu dalam usaha menurunkan berat badan(kita sering salah tafsir rasa "LAPAR".Kerap kali KELAPARAN itu adalah disebabkan oleh kurangnya air dalam badan dan bukan kurang makanan.
  5. Mengurangkan serangan sakit kepala.(Dehidrasi merupakan punca sakit kepala)
petikan PA&MA Disember 2011

No comments:

Post a Comment