Showing posts with label Alfalfa. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa. Show all posts

Wednesday, 22 February 2012

Alfalfa dan Herbalax

Saya yakin ramai yang amalkan makan Alfalfa terutama golongan ibu menyusu. Namun jangan terkejut, saya suami isteri pun amalkan sebab alfalfa bagus untuk buah pinggang. Pengambilan Alfalfa memerlukan kita minum air secukupnya mengikut keperluan berat badan kita. Normally 20kg berat memerlukan 1 liter air kosong maka jika berat kita 50kg kita memerlukan minima 2 liter sehari. tetapi bagi ibu menyusu adalah sangat bagus mengambil lebih demi memastikan badan tidak dehydrate.

Saya suka makan alfalfa setiap hari sebab banyak faedahnya antaranya ialah untuk kecantikan kulit. Selain itu ia bagus untuk para isteri dan wanita yang mengalami masalah kekeringan bila bersama atau kering di bahagian sulit. Ia juga sangat membantu mengurangkan keradangan bagi mereka yang ada alami masalah penyakit 5 serangkai iaitu Asma, Allergi, Resdung, Gegata dan Ekzema. Namun pengambilan air sangat penting untuk membantu mengurangkan keradangan sakit ini dengan pengambilan alfalfa tadi.
 Selain itu bagi yang alami masalah keputihan yang serius, alfalfa sangat membantu.

 Alfalfa tidak hanya sesuai untuk wanita, ia juga bagus untuk para suami dan golongan tua mahupun muda. Ia bagus untuk buah pinggang, membuang dengan lebih lawas dan bagus untuk kulit.

Jarang sekali saya menyebut tentang herb lax...ianya bukanlah julap seperti yang biasa dalam pasaran. Saya amalkan sekali sekala, pada hujung minggu. Ia membuat pembersihan usus dengan sangat lancar dengan syarat banyak makan buah dan minum air masak. Kita takkan lalui cirit birit dengan herb lax cuma memang rasa sangat selesa perut selepas membuang.


Kita tahu setiap organ mempunyai fungsi yang tersendiri ....setiap organ berfungsi untuk sistem perkumuhan tersendiri.....kolon adalah untuk pepejal, buah pinggang untuk cecair,paru-paru untuk karbon dioksida, hati untuk detoks manakala kulit untuk peluh.

Rata-rata penyakit kita berpunca dari sistem perkumuhan kolon yang tidak sempurna. Di sanalah tempat membiaknya bakteria2 dan memang dikatakan perut adalah rumah sakit. Ia memang membantu membersihkan kolon dan memang rasa selesa perut selepas itu. Maka pembersihan usus seminggu sekali melalui Herb Lax sangat membantu mendapatkan kesihatan yang baik.

Pengambilan herb lax saya cadangkan pastikan 6 jam selepas makan, kita berada di rumah supaya selesa untuk membuang. Biasanya bagus makan 4-5 biji sebelum tidur. Pastikan minum banyak air sebelum itu supaya proses membuang lebih lancar dan selesa. Saya tak amalkan setiap hari kecuali hujung minggu atau tengah minggu jika makan mewah di hotel :)

Sekarang saya sedang fokus dengan pengambilan 3 biji Omega sehari...pengambilan alfalfa serta herb lax sekali sekala sangat membantu dan meyakinkan saya! Pada saya, Omega berfungsi untuk membakar lemak, manakala Alfalfa untuk memudahkan proses pembuangan manakala Herb Lax memastikan kolon kita bersih dari lemak yang telah terurai sebelum ini.

Jika nak dapatkan produk ini dan panduan makan yang sempurna, sila hubungi saya.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

credit to anakkuwira
Untuk maklumat lanjut sila berhubung saya di 0126926782 atau email kan ke ummusoffiya@gmail.com

Sunday, 22 January 2012

Alfalfa raja segala Tumbuhan

 Alfalfa atau Medicago Sativa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Ia mempunyai sitem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.


Rahsia atau kebaikan Alfalfa :-

1) Galactagouge. Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana ia merangsang dan menambah pengeluaran hasil susu ibu (milk booster).

2) Membantu Perkumuhan menjadi lebih lawas.

3) Membantu membuang angin di dalam badan.

4) Termasuk kategori fiber dan mengenyangkan.

5) Bagus untuk buah pinggang.

6) Sangat sesuai dalam merawat asma, allergik dan athritis.

7) Berkhasiat untuk membantu masalah :

* Penyakit Usus (Colon disorder)

* Buah pinggang
* Kencing manis

* Melawaskan usus
* Ulcer
* Fluid retention (sembab)
* Kurang selera
8) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :

* Penghadaman
* Pencernaan


9) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah :

* Gastrik

* Penyakit kulit (Eczema)
* Kurang darah (Anemia)
* Sembelit

* Badan, nafas dan kaki berbau

10) Promotes pituitary gland function

11) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)


12) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka ia membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita dan para isteri.
credit

Menyusu hanya dengan Alfalfa, apa kesannya?

Kini ramai ibu yang menyusukan anak mereka setelah kita didedahkan dengan kebaikkan susuibu. Sudah pasti apa yang ditekankan tentang kebaikan susuibu adalah khasiatnya yang tinggi antioksidan, bagus untuk mencegah sakit dan ianya membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.

Ramai ibu yang telah sedar kepentingan "life balance"... terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian. Sudah pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susuibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.

Namun terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah? dan
Adakah ia mempunyai kesan yang berbeza dibanding jika si ibu mengambil vitamin yang disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?

Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?

Melalui pengalaman diri ibu sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.

Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap...iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada  dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.

Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B sebenarnya ?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.


Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri
Si ibu hanya concern on quantity....

ATAU

2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan  mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.


Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu our own life style.
Mungkin ada orang kata dia tak perlu sebab belakang rumahnya adalah kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam injectdan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu supplement memang betul :)

credit to anakkuwira

Shaklee Alfalfa



Alfalfa Complex

Ianya sangat membantu ibu menjayakan penyusuan....alhamdulillah , kandungan zat galian dalam alfalfa sangat bagus untuk wanita dan khasiatnya banyak. Namun ianya tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.
Bagi mereka yang tidak menyusu bayi tetap boleh ambil alfalfa sebab ia bagus untuk diet, buah pinggang dan sebagai suppliment untuk kesihatan badan.




Alfalfa sudah dikenali sejak berzaman sebagai galactagogue, di negara2 Barat. Menurut kellymom.com, daun alfalfa yang diambil bersama Lactuca Virosa (sejenis kubis liar) dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu antara 50-100%.
Walau bagaimanapun, alfalfa bukan sekadar makanan penambah susu. Ia ada 1001 kebaikan yang pastinya dapat dinikmati oleh semua golongan, termasuklah golongan bapa, wanita muda, lelaki dan warga emas.
Alfalfa cambah (alfalfa sprout) boleh didapati di pasar-pasaraya dan kadangkala dicampur dalam salad. Batangnya halus dan daunnya kecil. Boleh dimasak dan dicampur dalam sayur.
alfalfa sprout
Alfalfa sprout
Bahagian alfalfa yang digunakan untuk pil alfalfa Shaklee ialah bahagian daun.
Daun alfalfa

Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  5. Memberi kelegaan semasa haid.
  6. Merawat arthitis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat asma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita – baca testimonial DI SINI
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
  19. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…
AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE

Jadi ibu-ibu menyusu yang mengambil set Breastfeeding Shaklee, bolehlah berkongsi set itu dengan suami anda. Tengok point nombor 17 di atas :)
Apa yang perlu kita tahu tentang ALFALFA SHAKLEE?
Deeply Rooted Nutrition
Alfalfa is a storehouse of nutrients. Its tap root reaches down as deep as 6 meters, searching out nutrients and minerals from deposits in the soil, while its leaves gather large amounts of chlorophyll through the natural process of photosynthesis.

Alfalfa Complex is a Shaklee Signature Formula originally developed by Dr. Shaklee in the 1950s.

We use only the finest alfalfa grown in California, ensuring a wide range of nutrients, including calcium, phosphorous, iron, and magnesium, as well as chlorophyll, bioflavonoids, trace minerals, and vitamins.
  • Natural Source of alfalfa
  • Each serving provides 300mg of calcium, about as much as in a glass of milk
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Product Code:
10159 (330 tablets)
10162 (700 tablets)

Sumber : Shaklee.com.my

Menarik kan alfalfa ni? Sekiranya anda mengalami masalah-masalah di atas (walaupun tak menyusukan anak), anda boleh ambil set B (set yang mengandungi vitalea, b complex, vita c dan alfalfa). Trial pack 30 hari hanya RM80 dan full pack 4 bulan hanya RM241.


 Credit to anakkuwira

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 012-6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com

Tuesday, 6 December 2011

Alfalfa


KEBAIKAN ALFALFA

Alfalfa telah dikenali dalam masyarakat Amerika Latin sebagai penambah susu. Bukan itu saja, ia juga dikenal sebagai raja tumbuhan yang sangat kaya dengan mineral dan banyak kebaikannya. Antara kebaikan alfalfa:
  • Menambahkan susu badan.
  • Membanyakkan sel darah merah.
  • Membersihkan usus.
  • Mencegah pembiakan bakteria jahat.
  • Meningkatkan fungsi hati dan paru2.
  • Menstabilkan pH tubuh.
  • Meningkatkat metabolisma.
  • Meningkatkan imuniti tubuh.
  • Menghilangkan bau badan dan mencegah nafas berbau.
  • Menyingkirkan bendasing dalam darah.
  • Mengandungi kalsium yang tinggi.