Tuesday, 6 December 2011


SHAKLEE : HASILNYA?

Assalamualaikum…
Sejak semalam dah cuba ambil shaklee set B. Awal-awal beli trial dulu. tapi memang dah teruja, rasa nak beli terus full-pack+ESP tapi tunggu fulus masuk dulu la. tongue
Semalam, tak perasan sangat perubahan, mungkin sebab cuti dan 
sibuk bercinta
 dengan suami. tapi still sempat pam dua kali di rumah. petang tu kami ke midvalley beli barang baby. sekarang ni memang tengah obses dengan barangan baby. beli first toy untuk muadz tapi lupa ambil gambar. lain kali la ye.


ok, berbalik kepada topik. saya ambil vitamin B dan vitamin C selepas sarapan. tak lama kemudian terasa macam B membengkak sedikit. tak makan pun lagi alfalfa. mungkin sebab mind-set kot. dah ada dalam mind-set shaklee ni buat susu banyak. by 9.30 dah terasa sakit sikit. biasa pam jam 10.45 pagi. itupun takde rasa sakit.
hasil pamnya, alhamdulillah sama seperti masa baru mula-mula masuk kerja. minggu lepas hasil dah macam berkurangan sedikit. biasa boleh dapat full botol 5oz tu. maknanya dapat lebih sket la dari 5 oz. minggu lepas, tiap kali pam kadang-kadang ada yang dapat 4 oz untuk sebelah. tapi alhamdulillah still supply melebihi dari demand.
tadi lepas lunch baru ambil alfalfa 2 biji dan multivitamin. hasilnya tak tau lagi. biasanya sesi pukul 2.30 petang ni hasil kurang dari sesi pagi. tapi tak tau la hari ni. ada baca yang bila kita ambil semua sekali gus kepekatan darah akan meningkat dan lebih banyak air yang diperlukan. jadi saya bahagikan kepada 2 bahagian untuk mudah larut dalam darah.
Sekarang ni sangatlah supply melebihi demand. baby minum kadang-kadang 3ozx3. paling banyak pun 3ozx4. biasa mesti akan ada lebih 5oz untuk dijadikan stok. Alhamdulillah. Cuma, yang menjadi kerisauan adalah peti ais dah tak muat! hubby pun tanya bila nak guna dalam peti ni. tapi sebab still cukup nak bagi yang fresh, buat apa nak bagi yang frozen.
stok susu ibu
Stok susu pada 19 july 2010
berapa banyak? tak tau la. sebab tu dari belum masuk kerja punya. dari akhir bulan 5. so ada yang 2oz, 2.5oz, 3oz dan 5 oz. dan sebab ni first time nak buat stok susu sangatlah tak reti. hmm…guna plastik lagi jimat ruang rupanya. lepas ni semua masuk plastik je la. maybe boleh jimat ruang dan jimat wang. kalau tengok tak fully penuh pun lagi sebab kat bahagian pintu tu tak penuh. tapi ada yang kata tak berapa elok letak kat situ. dan kesian pula hubby takde space nak letak aiskrim dia. 
tak boleh bayangkan macam mana nak pindah rumah nanti. dan tak boleh bayangkan macam mana kalau peti ais satu pintu tu dah tak boleh pakai. takpelah, pikir kemudian. tongue


credit

No comments:

Post a Comment