Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

Thursday, 29 March 2012

Nak Banyakkan Susu Dalam Pantang?

Assalamualaikum…
Dah lama tak update tentang penyusuan di sini.. Semenjak saya berniaga Shaklee, banyak ragam ibu-ibu yang saya jumpa. Alhamdulillah, ia mengajar saya supaya lebih banyak menambah pengetahuan supaya dapat consult ibu-ibu dengan baik. Malah ia juga banyak mengajar saya untuk bersabar dan banyak mendidik nilai-nilai dalam diri. Mungkin kerana itulah Rasulullah mengatakan 9 daripada 10 pintu rezeki adalah dengan berniaga. Malah mengajar saya supaya lebih dekat dengan Allah, dan yakin bahawa rezeki itu sepenuhnya milik Allah. Rezeki tu bukan sahaja wang, tapi juga kesihatan, makanan dan apa sahaja yang kita dapat manfaat darinya.
Ramai ibu-ibu yang menghubungi saya untuk banyakkan susu masa dalam pantang, atau lepas bersalin terus nak banyak susu. Perkara paling asas yang perlu difahami adalah konsep asas penyusuan susu ibu iaitu demand vs supply, semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu yang akan terhasil. Bukan bila makan shaklee, lepas bersalin terus susu turun mencurah-curah ya. Penghasilan susu juga bergantung pada hormon, jadi selepas melahirkan badan akan develop keupayaan untuk menghasilkan susu. oh ya, tak lupa juga perut bayi baru lahir sangat kecil, cuma sebesar 1 biji kacang pea. Jadi kalau susu turun mencurah2 tercekik la dia. Hebatnya kuasa Allah, susu akan terhasil mengikut keperluan bayi.
Semakin besar perut bayi, dia akan minum lebih banyak lagi, maka susu pun akan terhasil dengan lebih lagi. Bila payudara kerap dikosongkan ia akan menghantar signal kepada otak bahawa lebih banyak susu perlu dihasilkan kerana sentiasa ada demand. Sebab tu kalau perasan bila kita kerap miss masa pam, atau pam lambat dari biasa, maka penghasilan akan berkurangan sedikit demi sedikit.Ambillah sebanyak mana milk booster pun, sekiranya konsep asas ini tidak difahami, ia tidak akan dapat membantu anda untuk jangkamasa panjang.
Supplemen Shaklee membantu ibu kekal sihat dan segar kerana memenuhi semua nutrient yang diperlukan. Apatah lagi masa berpantang banyak makanan yang tak boleh dimakan. Jadi, bagaimana nak dapat khasiat? Maka, bila ibu sihat dan segar, ibu pun akan lebih gembira dan positif dan susu pun akan lebih mudah terhasil. Sebab tu banyak feedback yang kami terima bahawa dengan pengambilan Shaklee, susu bertambah banyak. Sebenarnya ia bertindak tidak secara direct. Anda akan dapati banyak lagi kesan-kesan positif yang lain.   Untyakan penyusuan susu ibu, fahami dulu asas penyusuan ya..   Selamat berjaya!!
credit to metrobestmom
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya di ummusoffiya@gmail.com atau SMS ke 012 6926782 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Saturday, 3 March 2012

Set Confinement, Bersalin/Berpantang/Pembedahan/Rambut Gugur Shaklee

Sumber Mommy Lyna

Bagi ibu yang sedang hamil pastinya sedang mencari set bersalin yang sesuai, terutama yang menyusukan bayi. Antara kriteria yang biasanya menjadi pilihan ibu ialah set bersalin yang mudah, murah dan tidak memberi kesan kepada bayi yang menyusu.
Antara set bersalin yang menjadi pilihan adalah yang berasaskan ramuan tradisional seperti herba dan sebagainya seperti jamu, dan set bersalin yang terdiri dari pil-pil.
Kini ada pilihan yang lebih mudah untuk ibu2 terutama yang mementingkan kesihatan dalaman, berpantang sendiri serta menyusukan anak.


Set C atau set confinement, kini bukan sahaja set bersalin, malah mempunyai banyak kegunaan:-
. Berpantang
. Selepas Pembedahan (apa jua pembedahan)
. Rambut Gugur
Set ini terdiri dari 4 jenis vitamin dan mineral:
- VITA-LEA
- B COMPLEX
- VITA C
- ZINC COMPLEX















Yang boleh membantu anda terutama ibu-ibu baru bersalin, mereka yang menjalani pembedahan serta masalah rambut.
Ibu lepas bersalin bukan saja memerlukan khasiat vitamin dan mineral secukupnya, malah air yang mencukupi untuk menjalankan sistem tubuh yang unggul. Set Confinement Shaklee membantu ibu relaks, membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang menyusukan.
Pengamal set Confinement Shaklee ini juga mengambil supplemen di bawah sebagai add-on:
- LECITHIN
- ALFALFA
- ENERGIZING SOY PROTEIN
- OMEGA GUARD
Dapatkan hari ini untuk bekalan sepanjang berpantang! Set bersalin Shaklee pastinya teman baru yang digemari ^___^
Untuk para suami, pilihlah set bersalin terbaik untuk isteri anda.


Happy mama, happy baby, happy daddy!
 
Hubungi saya untuk keterangan lanjut di talian 0126926782 atau email ke ummusoffiya@gmail.com
 
 
 
 
 

Tuesday, 28 February 2012

Kenapa Set Berpantang Shaklee Jadi Pilihan

Di pasaran terdapat pelbagai set ibu berpantang yang boleh kita didapati. Tapi adakah semuanya sama?


Saya mula mengenali set berpantang shaklee semasa berpantang anak kedua. Perbezaan yang ketara adalah susu badan sangat banyak dan pembuangan menjadi lawas dan lancar. Bukan apa, pembuangan yang lancar sangat perlu bagi ibu dalam pantang kerana minggu pertama semasa biasanya kita agak sedikit ngeri untuk membuang disebabkan luka kesan dari proses bersalin masih lagi belum pulih.

Apa keistimewaan set berpantang Shaklee?

1. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka kerana adanya zink dalam set ini. Selain mempercepatkan proses penyembuhan luka, ia membantu mengurangkan rambut gugur yang lazimnya dialami oleh ibu dalam pantang.

2. Adanya alfalfa sebagai medium pelawasan semulajadi kerana ianya kaya dengan fiber. Bukan sahaja membantu pembuangan yang lebih mudah malah ianya adalah sebagai galagtague iaitu sebagai penggalak susu. Secara tidak langsung boleh membantu penghasilan susu badan yang lebih lancar.

3. Adanya Vitamin C yang berfungsi memulihkan sel-sel badan, memberikan seri pada wajah si ibu (bukan susuk tau heehe) yang pucat dan kurang berseri semasa dalam pantang.Kandungan Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen yang dikenali boleh menganjalkan kulit.

4. Adanya B Complex yang membantu menghindarkan stress pada ibu dalam pantang. Jangan sampai kita mengalami gila meroyan pulak dalam masa berpantang ini.

5. Adanya Vitalea yang berfungsi sebagai multivitamin kepada ibu. Ibu berpantang akan rasa lebih bertenaga dalam menguruskan anak. Faham-faham sahaja lah cabaran berpantang memerlukan ibu cergas dan sihat.

Kita tengok apa kata mereka yang telah mengambil set berpantang Shaklee dan berpuas hati dengannya:
















credit

Hubungi saya dengan sms ke 012 69267823 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.
 

Monday, 13 February 2012

Berpantang dengan Shaklee sangat mudah dan pulih lebih cepat







Pasti ramai ibu-ibu baru yang sedang mengandung perlukan pendapat rakan-rakan, set berpantang mana yang sesuai untuk mereka. Di sini kami kongsikan pengalaman, Shima yang telah mencuba set berpantang Shaklee.

"Badan sangat cergas. Lepas operation dah cergas. Susu sangat meriah."

Bestkan? Alhamdulillah, khasiat dari vitamin Shaklee memang boleh dirasai dan sangat berkesan kerana ia mudah diserap tubah kerana dari sumber semulajadi bukan sintetik.

Pasti ramai yang takut juga untuk cuba dengan set-set bersalin di luar sana kerana tak tahu keberkesanan, sumbernya dan kajian disebaliknya. Dengan Shaklee, kajian telah dilakukan lebih 50 tahun oleh pakar. Ianya selamat bukan sahaja untuk ibu yang baru bersalin, menyusu malah untuk orang ramai, kanak-kanak dan orang yang dalam proses pemulihan dan baru lepas operation.

Set C Euphoria khas untuk ibu berpantang atau baru menjalani pembedahan.









Set Percubaan C Euphoria a.k.a set berpantang adalah untuk penggunaan 40 hari. Terdiri dari

Vitamin C: untuk menguatkan sistem imun melawan penyakit dan memelihara sel

B complex: melancarkan saraf, memberi kesegaran dan kecerdasan

Vitalea: menampung kekurangan nutrien dari menu harian, meningkatkan penyerapan zat dari makanan

Zink: membantu baik pulih badan, mengurangkan rambut gugur, mempercepatkan proses pemulihan

Bukan saja Shima, ramai lagi pengguna Set C memberi feedback yang sama iaitu pulih lebih cepat berbanding kelahiran bayi sebelumnya. Jadi, anda memang patut mencubanya.

Kalau ibu ketandusan idea untuk minuman berkhasiat sepanjang berpantang ini, Energizing Soy Protein adalah yang terbaik. Selamat dan memberi khasiat soya yang tinggi protein untuk membina kembali sel tubuh yang sihat. Baik untuk kesihatan kulit, rambut dan kesihatan dalaman juga.


Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau order di 012 6926782  - email ummusoffiya@gmail.com
credit

Wednesday, 21 December 2011

MINUM BANYAK AIR SEMASA PANTANG

Saya gemar minum air kosong - Maksimum tiga hingga empat liter,minimum 2liter.Bolehkah saya teruskan amalan in ketika berpantang?Apakah akan ada kesan tertentu disebabkan kata orang tidak elok minum banyak air sewaktu pantang kerana rahim akan mengembang dan sebagainya.Apakah kerap membuang air kecil bakal memberi kesan buruk kepada  jahitan luka jika saya melahirkan anak secara normal.




Jawapan:
Minum air kosong merupakan amalan yang sihat sama ada diwaktu hamil atau sewaktu berpantang.Tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa rahim akan mengembang akibat minum air berlebihan.Memang benar puan akan kerap buang air kecil jika minum air banyak,Ini tidak memberi kesan kepada luka jahitan tidak kiralah sama ada bersalin normal atau pembedahan LSCS.Diantara kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari ialah:

  1. Hidrasi badan yang sempurna.Diri akan terasa lebih segar.
  2. Membantu dalam penyusuan ibu yang berjaya!
  3. Membantu dalam proses nyahtoksin
  4. Membantu dalam usaha menurunkan berat badan(kita sering salah tafsir rasa "LAPAR".Kerap kali KELAPARAN itu adalah disebabkan oleh kurangnya air dalam badan dan bukan kurang makanan.
  5. Mengurangkan serangan sakit kepala.(Dehidrasi merupakan punca sakit kepala)
petikan PA&MA Disember 2011