Tuesday 28 February 2012

Omega Untuk Ibu Menyusu Kekal Slim

Inilah dia rupa omega guard shaklee.


Ibu-ibu yang menyusu badan tidak perlu risau lagi jika merasakan badan anda semakin membesar bagai johan :)
Kebenarannya bila kita menyusu secara tidak langsung akan membakar lemak-lemak dalam badan dengan lebih cepat tapi ada sesetengah ibu yang proses tersebut memakan masa seiring dengan pertambahan umur dan proses metabolisma badan yang semakin menurun.

Pengambilan omega guard shaklee adalah selamat untuk ibu mengandung malah dengan kandungan DHA di dalamnya dapat membantu ibu dan juga bayi. Kebaikan pada bayi adalah DHA dapat disalurkan melalui susu dengan lebih berkesan. Ibu yang mengmbil DHA didapati susunya mengandungi kadar DHA yang lebih banyak berbanding ibu yang tidak mengambil DHA.Ibu juga mendapat kebaikan dari DHA ini dengan meingkatkan daya ingatan dan fokus para ibu. Maklumlah kata orang tua bila bersalin ni banyak urut yang terputus, daya ingatan juga semakin tumpul. Tajamkan balik dengan pembilan omega guard shaklee ini.

Omega Guard Shaklee boleh meningkatkan kadar HDL dalam darah.HDL ini dalam ertikata lain adalah kolesterol baik yang dapat membuang kolesterol jahat dalam badan.Kolesterol jahat boleh menempel pada pembuluh darah dan lama kelamaan boleh sebabkan ianya tersumbat.Maka terjadilah kes sakit jantung dan sebagainya yang melibatkan sumbangan dari kolesterol jahat. Jadi bila HDl tinggi (disumbangkan oleh omega), maka kurangla lemak tidak baik dalam badan ibu. Dengan kata mudah cepatlah si ibu boleh slim.

Namun harus diingat pengambilan omega perlulah bersama-sama dengan pengambilan serat dan air yang banyak untuk melancarkan lagi proses penyingkiran lemak. Contoh serat adalah alfalfa.

















Jadi ibu-ibu yang ingin endapat khasiat 2 dalam 1 melalui omega bolehla bertindak sekarang. Semoga bermanfaat :)
credit to permatacintaku

Hubungi saya dengan sms ke 012 6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.

GLA Lagi Power Dari EPO

GLA adalah Gamma Linolenic Asid manakala EPO adalah Evening Primrose Oil. GLA adalah sejenis asid lemak omega 6.



Dalam EPO terdapat GLA yang mana bahan inilah yang utama dalam membuatkan EPO dikenali.Gla boleh didapati dari 'vegetable oil' seperti safflower oil, evening primrose oil,blackcurrent seed oil,borage oil dan hemp seed oil.Kandungan GLA dalam bahan-bahan berikut adalah berbeza iaitu dalam evening primrose hanya ada 8% - 10% sahaja. GLA dari borage oil adalah 15% - 20%.

GLA shaklee diperbuat dari borage oil. Sudah tentu ianya lagi power dari EPO kerana kandungan GLA dalamnya adalah lebih tinggi.


Apa kebaikan GLA ini?

1. Membantu mengurangkan kesakitan semasa PMS.(mengurangkan/menghilangkan) period pain.
2. Membantu pesakit arthritis (mengurangkan kesakitan/keradangan pada sendi-sendi)
3. Membantu merawat otopik ekzema.
4. Membantu dalam mendapatkan kulit yang cantik.Kerana di dalamnya juga mengandungi vitamin e yang bagus untuk kulit. Kulit yang berseri memang idaman semua wanita kan.
Cuba dulu baru tau!
credit

Hubungi saya dengan sms ke 0126926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut

Dengan GLA Shaklee, Tidak perlu berbedak lagi!

Inilah kisah benar yang baru dikongsikan oleh rakan-rakan pagi tadi. Sebelum ni beliau hanya mendengar dari rakan-rakan kisah keberkesanan GLA Shaklee tapi belum mencubanya sendiri. Bila dah cuba sendiri, lihat apa katanya.




'Betul la kann..GLA dan Vit E shaklee sgt bagus! Baru ambik dlm 3 mgu, tp best! Selalu xleh mkn belacan,seafood,ayam...skrg alhamdulillah! Jerawat nk naik kat muka pun takut..dari dulu mkn EPO xde plak mcm ni..smpaikn muka dh nk jd permukaan bulan..tp sejak dgn GLA n Vit E ni..alhamdulillah!!!:)'

Seorang lagi rakan menambah:
'fara amik seminggu lebih baru ada kesan...2nd week baru nampak ketara..kulit lebih halus gebu, cerah, bibir dah merah2 gitu..hahahaha..time basuh muka pon bole siap terpk, licin dan halus gilaaa kulit aku..sy dah lama tak rasa kulit mcm ni semenjak pegi kursus diploma pengurusan awam (yg ada modul tentera, outward bound school, bomba dan polis yg dok main dgn selut,api,hutan,panas dan segalanya yg mmg musuh ketat kulit)
pastu time mlm bila lampu malap2, kulit mcm glowing.ala2 mcm edward cullen kah kah kah..tetiba nak samakan dgn twilight plak kan..hehe
tp fara combine skali dgn esp..'.
ohh and, fara tak pakai makeup or even compact powder ke pejabat..lipstick pun tak pakai ye.....'

Kenapa kesannya begitu pada kulit? Kerana GLA Shaklee adalah dari borage oil yang berfungsi mengekalkan kelembapan dan kemulusan kulit bermasalah atau kering. Sebab itu sesiapa yang mengamalkan GLA Shaklee boleh perasan keadaan kulit semakin cantik dan sekata.

Ini dia borage ataupun'starflower'




Tidak percaya? Cuba sendiri baru tau:)






credit
Hubungi saya dengan sms ke 012-6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk keterangan lanjut

Kenapa Set Berpantang Shaklee Jadi Pilihan

Di pasaran terdapat pelbagai set ibu berpantang yang boleh kita didapati. Tapi adakah semuanya sama?


Saya mula mengenali set berpantang shaklee semasa berpantang anak kedua. Perbezaan yang ketara adalah susu badan sangat banyak dan pembuangan menjadi lawas dan lancar. Bukan apa, pembuangan yang lancar sangat perlu bagi ibu dalam pantang kerana minggu pertama semasa biasanya kita agak sedikit ngeri untuk membuang disebabkan luka kesan dari proses bersalin masih lagi belum pulih.

Apa keistimewaan set berpantang Shaklee?

1. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka kerana adanya zink dalam set ini. Selain mempercepatkan proses penyembuhan luka, ia membantu mengurangkan rambut gugur yang lazimnya dialami oleh ibu dalam pantang.

2. Adanya alfalfa sebagai medium pelawasan semulajadi kerana ianya kaya dengan fiber. Bukan sahaja membantu pembuangan yang lebih mudah malah ianya adalah sebagai galagtague iaitu sebagai penggalak susu. Secara tidak langsung boleh membantu penghasilan susu badan yang lebih lancar.

3. Adanya Vitamin C yang berfungsi memulihkan sel-sel badan, memberikan seri pada wajah si ibu (bukan susuk tau heehe) yang pucat dan kurang berseri semasa dalam pantang.Kandungan Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen yang dikenali boleh menganjalkan kulit.

4. Adanya B Complex yang membantu menghindarkan stress pada ibu dalam pantang. Jangan sampai kita mengalami gila meroyan pulak dalam masa berpantang ini.

5. Adanya Vitalea yang berfungsi sebagai multivitamin kepada ibu. Ibu berpantang akan rasa lebih bertenaga dalam menguruskan anak. Faham-faham sahaja lah cabaran berpantang memerlukan ibu cergas dan sihat.

Kita tengok apa kata mereka yang telah mengambil set berpantang Shaklee dan berpuas hati dengannya:
















credit

Hubungi saya dengan sms ke 012 69267823 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.
 

Thursday 23 February 2012

Vitamin B Complex Bagus Untuk Kurus

Antara vitamin Shaklee yang tarawal saya makan ialah Kalsium Magnesium, Instant Protien [ nama lama bagi Energizing Soy Protien ESP],  B complex, Lecithin dan Vitalea. Produk ini masih saya amalkan sehingga hari ini. Namun ada sesuatu yang ingin saya share kan, apakah sebenarnya manfaat pengambilan B complex?

B complex Shaklee terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu  

1. Thiamin (B-1), 
2. Riboflavin (B-2), 
3. Niacin (B-3), 
4. Pantothenic acid (B-5), 
5. Pyridoxine (B-6), 
6. Folic acid (B-9)
7. Cobalamin (B-12) dan 
8. Biotin.

Setiap kumpulan B ini mempunyai fungsi yang tertentu. Bila diambil lengkap 8 kumpulan ini, akan saling melengkapkan  keperluan B dalam tubuh kita.


Minda kita telah diterapkan kononnya B complex adalah punca kegemukkan. Namun setelah saya kenali Shaklee dan amalkan vitamin ini dah masuk 13 tahun, saya dapati ianya tidak seperti yang digembar gemburkan.

Mengapa sebenarnya orang kata vitamin B itu menggemukkan ya? Saya rasa ini kerana vitamin B akan membuatkan individu itu cepat lapar. Bila cepat lapar kita intend to eat more and more. Maka lama kelamaan akan menyebabkan kegemukkan. Namun mengapa ada sesetengah orang walau kuat makan, tapi dia tak mudah gemuk? Keadaan ini akan dikaitkan pula dengan kadar metabolisme yang tinggi dalam badan akan membantu mencernakan lemak dan karbohaidrat kepada tenaga dan tidak disimpan di dalam badan.

Saya telah amalkan B complex selama hampir 13 tahun, jika benar ia menggemukkan...saya pasti mereka yang dah amalkan 20 tahun pasti mempunyai badan yang sangat besar sehingga tidak mampu menyokong tubuh badan mereka. Namun ada sesuatu yang tidak kita sedari....fungsi setiap vitamin B di dalam vitamin itu tadi....

Saya beri contoh :

B12 adalah ko faktor dalam metabolisme karbohaidrat

B1 penting untuk pecahan karbohaidrat dan membantu menukarkan glukos[ gula ringkas] dan karbohaidrat kepada tenaga.
Kekurangan vitamin B1 untuk akan menyebabkan glukos dan karbohaidrat hanya tersimpan dalam badan. Apabila ia berterusan, ia akan menjadi salah satu punca berat badan bertambah, kegemukkan dan hilang bentuk tubuh badan yang asal.

B6 sangat penting dan diperlukan untuk penukaran glikogen[ tenaga yang tersimpan ] kepada glukos[ gula dalam darah].


Maka pada saya secara peribadi vitamin B complex memang membantu dalam pembakaran glukos dan karbohaidrat menjadi tenaga. Pengambilan air sangat penting dalam membantu proses berjalan dengan lebih lancar.

Memang benar kita akan mudah terasa lapar, namun tak salah jika makan sedikit yang makanan  berkhasiat tetapi BUKAN kudapan ringan yang kaya dengan msg, bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

Saya sendiri amalkan makan pagi [ jika sibuk sangat baru saya breakfast dengan ESP, MS dan PD], lunch dan dinner. In between meal kalau lapar makan biskut dengan air, makan buah dan paling banyak saya amalkan minum air kosong aje. Pada saya nafsu makan ini hanya boleh dikawal oleh minda yang rasional. Kalau ikutkan nafsu lapar memang takkan buat kerja lain selain makan dan makan sepanjang hari.

Saya memang suka B complex Shaklee kerana saya yakin dengan pengambilan vitamin b ini membantu menukarkan segala [tenaga yang tersimpan @ stored energy ] kepada tenaga sepanjang saya aktif.

Hakikat nya berat badan kita meningkat/ bertambah apabila banyak karbohaidrat , lemak dan gula yang diambil hanya disimpan di dalam badan dan tidak digunakan.

Ia berpunca kurangnya B complex dalam badan yang berfungsi sebagai spark plug untuk membakar glukos/ karbohaidrat kepada tenaga.

Bagi saya jika cukup vitamin B complex dalam badan, insyaALLAH penukaran glukos kepada tenaga dapat berjalan dengan lancar dan tidak hanya disimpan di dalam tubuh semata-mata.

Maka jika anda ibu yang menyusu dan risau berat akan naik tidak turun2, amalkan makan vitamin B complex dengan konsisten selain pengambilan Lecithin dan Omega yang memang bagus untuk membakar lemak.
B complex sangat membantu kepada ibu menyusu aktif sepanjang hari, mood yang baik, dapat mengawal stress dan ia jua perlu dan penting untuk keperluan bayi yang membesar 

credit to anakkuwira

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui Email ummusoffiya@gmail.com atau sms/Call/Whatsapp : 012-6926782

4 Set Penyusuan yang Sangat Popular

Alhamdulillah 2012 adalah lembaran baru bagi semua insan dan ibu khususnya....terutama bagi mereka yang baru mengenali dunia penyusuan.
Ingin saya kongsikan 4 set penyusuan yang benar-benar mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Empat set itu ialah

1. Set B
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
     
2. Set Eu Four Pack
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.

3. Set E
  • Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.


4. Set 3M
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha. 
Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Buat renungan bersama....

” Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”. 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

credit to anankkuwira

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya, boleh hubungi saya di 012 6926782 atau email ke ummusoffiya@gmail.com 

Wednesday 22 February 2012

Mana Satu Bagus Untuk Ibu Menyusu: Lecithin atau Omega?

 Ramai yang bertanya tentang perbezaan antara kedua ini terutama bagi ibu yang menyusu dan mahu turunkan berat badan. Soalannya bolehkan ibu menyusu ambil omega? Jawapan saya, ya boleh amik dan ia antarayang paling bagus diambil kerana membantu si ibu membekalkan DHA dalam susuibu.
FAKTA OMEGA:


OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA. EPA menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak.*


OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega-3 yang bermanfaat & semulajadi, di samping menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
Cerita saya lagi.....

Masa saya belum kawin berat saya cuma 46kg sahaja. Semasa mengandung berat naik 20 kg, dua2 pregnancy berat saya naik 20kg. Semasa menyusu, berat saya max pun 48kg tak pernah lebih. Tapi lepas berhenti, berat naik mendadak....56kg. Ramai yang tegur termasuk mak mertua dan mak sendiri bila perubahan badan saya nampak sangat ketara. Aduhai, sape tak susah hati kan?

Selepas tu saya nekad nak kurus. Saya makan Lecithin pagi, petang dan malam selama seminggu dengan banyak....saya makan banyak buah. Alhamdulillah nampak sedikit perubahan. Turun 3kg permulaan. Namun saya teruskan juga cuma memang kena makan on time. Kalau lambat aje terus lapar macam nak pengsan.


Saya masih amalkan Lecithin dengan berat terkini 51kg. Tapi saya nak cuba dapatkan berat asal iaitu 46kg. Kini saya fokus on Omega pula selepas teruja dengan hasil customer saya. Kenapa sebelum ni saya fokus ngan Lecithin? Sebab kos Omega sedikit mahal berbanding Lecithin. Tapi bak kata customer saya, mahalnya tak la semahal treatment dengan pusat2 kecantikan kurus seperti LWM....balik-balik fikir, betul juga. Duit boleh usaha, so tak salah mencuba.

Apa yang saya amalkan selain makan Omega? Saya pastikan makan buah 2-3 potong sehari. Rumah dekat dengan kedai buah.Kami beli dalam 10 potong untuk satu family 2-3 jenis buah. Senang.
 Kalau anda tak boleh makan buah, minum jus buah 2-3 cawan sehari sebab nak serat dalam air tu. Pastikan air jus tu kurang ais sebab ais boleh buat perut kita buncit.
Pagi amalkan minum ESP, Meal shake dan Performance drink. Tapi bagi ibu menyusu, kena breakfast ya, sebab ibu menyusu perlu lebih kalori.
Sedikit senaman ringan sangat perlu, terutama menggerakan tangan, berlari anak dan sedikit sit up.

Bagi ibu menyusu, sebenarnya proses penghasilan susu sendiri membantu membakar lemak dari badan dan ini membantu si ibu mendapat berat dan bentuk badan yang asal. Tetapi mengapa ada ibu yang berat badan makin bertambah walaupun menyusu badan?

Pada saya lah sebagai seorang yang pernah menyusu anak secara lengkap 2 tahun lebih setiap seorang, pemakanan kita memainkan peranan penting selain cara hidup kita.

Antara yang bagus diamalkan bagi ibu menyusu untuk dapatkan bentuk asal :

1. Kurangkan minum minuman manis. Rata-rata ibu sangat galak minum air kurma tin yang kononnya banyakkan susu. Air manis ini apabila diambil dengan banyak tetapi output kita sedikit, ia akan tersimpan di dalam badan dan akhirnya buat badan kita membesar.

2.  Banyakkan minum air kosong....ia bagus untuk membantu mengimbangkan kepekatan darah dalam badan. Sangat bagus minum air masak 3-4 liter sehari.

3. Badan kita perlukan spark plug untuk membakar glukos menjadi tenaga...so penting sebenarnya b complex bagi ibu menyusu.

4. Pastikan makan on time....jangan skip meal. Bila kita skip meal, kita akan makan lebih banyak pada meal berikutnya dan ini sangat tidak sihat. Makan makanan yang berkhasiat setiap waktu santapan utama.

5. Biasakan makan malam awal dan elakkan makan malam berat melebihi jam 9 malam. Ini kerana apabila kita lewat makan, ia akan lambat dicernakan ditambah kita tidur awal, maka ianya akan disimpan dalam tubuh dan lama kelamaan membentuk lemak.

6. Amalkan makan banyak serat. Jika antara waktu makan tengahari hingga malam kita lapar, amalkan makan biskut oat dengan air atau buah-buahan.  Serat membantu mengangkut keluar lemak dari badan. Juga bagus jika amalkan minum jus segar buah sebab kaya dengan serat.

So untuk ibu menyusu :

Antara Lecithin dan Omega , fungsinya sama. Iaitu bagus untuk bakar lemak. Membantu meningkatkan HDL [ high density lipid] dan ini membantu kita atasi masalah kolestrol.
Beza: Lecithin murah berbanding Omega.
Anologi : Omega ibarat naik kapal terbang. Lecithin ibarat naik kereta.
Mana bagus ? Ikut budget anda bukan ikut budget penulis.....

Saranan saya, bagi ibu menyusu : banyakkan minum air masak, makan banyak buah , sedikit senaman....insyaALLAH sama ada Lecithin atau Omega sangat membantu.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
credit to anakkuwira

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui email ummusoffiya@gmail.com atau sms ke 0126926782

Lecithin dan Omega : Bantu bakar lemak untuk kurus?

 Hari ini ramai yang buat pesanan Lecithin terutama dikalangan ibu-ibu yang mula menghadapi masalah kehilangan bentuk badan yang asal. Ditambah selepas melahirkan dan menyusukan anak, ada segelintir ibu yang menghadapi masalah berat badan yang berlebihan selain bentuk yang mengembang.


Selain Lecithin, satu lagi yang bagus diambil dan sesuai untuk penyusuan ialah Omega.
Namun tahukah ibu2 terutama yang mengambil Omega dalam memastikan DHA susuibu dapat dibekalkan dengan baik, ia juga membantu meningkatkat kolestrol baik HDL dalam badan? Maka dengan ini ia juga secara tidak langsung membantu membakar lemak! Maka ianya baik untuk ibu dan juga bayi!

Antara lecithin dan omega apa bezanya? Jika dua-dua ini bagus untuk bakar lemak, mana satu patut saya pilih? Saya bagi anologi yang sangat mudah. Jika anda hendak ke Penang dari Kuala Lumpur, ada dua cara yang kita tahu, sama guna cara darat iaitu kereta  atau udara, iaitu kapal terbang. Jika naik kapal terbang memang jimat masa dan kita pun tak penat, namun kos dia memang besar. Berbanding naik kereta, mungkin kita perlukan masa lebih lama namun kos dia juga sedikit ringan.



Maka balik pada individu, kemampuan setiap orang berbeza. Even kita tahu, mereka yang ada lebihan rezeki sanggup bayar kat Pusat Kecantikan untuk dapatkan bentuk badan yang menawan. Balik pada kita, mana yang kita mampu dan sanggup usahakan.

Apa kata seorang customer saya ?

"Alhamdulillah, saya dah dapat bentuk badan spt before. Sangat happy la kak! Omega tu rasanya lagi bagus dari Lecithin. Berbaloi la walau mahal tapi result dia superb! Lecithin slow pada saya. Nasib akak suggest omega dan herblax...memang cepat la slim! Suka!!!! Saya kurangkan lecitin cuma maintan alfalfa mcm akak ajarkan. Anyway! Thank you so much akak! Saya na order lg dua botol omega tau! Suami pulak nak!"

 Alhamdulillah, beliau dah cuba Lecithin dan merasakan kesannya lambat dan tidak seperti yang diharapkan dan saya sarankan beliau menambah Omega dan Herb Lax dan selepas 4 minggu, selain dari terus amalkan Lecithin dan Alfalfa. Saya juga pesan agar beliau terus bersenam, minum banyakkkkkkkkkkk [ nak menunjukkan banyak] air masak, makan banyak buah potong setiap hari. Alhamdulillah, beliau telah berjaya.

Jika ada yang tanya saya macam mana nak kurus? Saya memang sarankan kawal makan, bersenam, makan banyak serat seperti buah dan sayur, kurangkan minum ais nanti perut buncit, dan banyakkan minum air masak. Antara punca kegemukkan ialah banyak minum air manis. Pengambilan supplement sekadar membantu mempercepatkan lagi proses pengurangan berat badan.


Personally saya memang makan dua-dua ni, antara sebabnya ialah 

Lecithin : membantu elakkan kembung perut, mudah untuk membuang, kilatkan rambut dan kuku, bakar lemak.

Omega : Untuk elakkan masalah pelupa, bagus untuk jantung, tingkatkan HDL dalam darah dan bagus untuk chest agar tak mudah diserang selsema.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini, boleh email saya.
credit to anakkuwira

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui email ummusoffiya@gmail.com atau sms ke 0126926782

Alfalfa dan Herbalax

Saya yakin ramai yang amalkan makan Alfalfa terutama golongan ibu menyusu. Namun jangan terkejut, saya suami isteri pun amalkan sebab alfalfa bagus untuk buah pinggang. Pengambilan Alfalfa memerlukan kita minum air secukupnya mengikut keperluan berat badan kita. Normally 20kg berat memerlukan 1 liter air kosong maka jika berat kita 50kg kita memerlukan minima 2 liter sehari. tetapi bagi ibu menyusu adalah sangat bagus mengambil lebih demi memastikan badan tidak dehydrate.

Saya suka makan alfalfa setiap hari sebab banyak faedahnya antaranya ialah untuk kecantikan kulit. Selain itu ia bagus untuk para isteri dan wanita yang mengalami masalah kekeringan bila bersama atau kering di bahagian sulit. Ia juga sangat membantu mengurangkan keradangan bagi mereka yang ada alami masalah penyakit 5 serangkai iaitu Asma, Allergi, Resdung, Gegata dan Ekzema. Namun pengambilan air sangat penting untuk membantu mengurangkan keradangan sakit ini dengan pengambilan alfalfa tadi.
 Selain itu bagi yang alami masalah keputihan yang serius, alfalfa sangat membantu.

 Alfalfa tidak hanya sesuai untuk wanita, ia juga bagus untuk para suami dan golongan tua mahupun muda. Ia bagus untuk buah pinggang, membuang dengan lebih lawas dan bagus untuk kulit.

Jarang sekali saya menyebut tentang herb lax...ianya bukanlah julap seperti yang biasa dalam pasaran. Saya amalkan sekali sekala, pada hujung minggu. Ia membuat pembersihan usus dengan sangat lancar dengan syarat banyak makan buah dan minum air masak. Kita takkan lalui cirit birit dengan herb lax cuma memang rasa sangat selesa perut selepas membuang.


Kita tahu setiap organ mempunyai fungsi yang tersendiri ....setiap organ berfungsi untuk sistem perkumuhan tersendiri.....kolon adalah untuk pepejal, buah pinggang untuk cecair,paru-paru untuk karbon dioksida, hati untuk detoks manakala kulit untuk peluh.

Rata-rata penyakit kita berpunca dari sistem perkumuhan kolon yang tidak sempurna. Di sanalah tempat membiaknya bakteria2 dan memang dikatakan perut adalah rumah sakit. Ia memang membantu membersihkan kolon dan memang rasa selesa perut selepas itu. Maka pembersihan usus seminggu sekali melalui Herb Lax sangat membantu mendapatkan kesihatan yang baik.

Pengambilan herb lax saya cadangkan pastikan 6 jam selepas makan, kita berada di rumah supaya selesa untuk membuang. Biasanya bagus makan 4-5 biji sebelum tidur. Pastikan minum banyak air sebelum itu supaya proses membuang lebih lancar dan selesa. Saya tak amalkan setiap hari kecuali hujung minggu atau tengah minggu jika makan mewah di hotel :)

Sekarang saya sedang fokus dengan pengambilan 3 biji Omega sehari...pengambilan alfalfa serta herb lax sekali sekala sangat membantu dan meyakinkan saya! Pada saya, Omega berfungsi untuk membakar lemak, manakala Alfalfa untuk memudahkan proses pembuangan manakala Herb Lax memastikan kolon kita bersih dari lemak yang telah terurai sebelum ini.

Jika nak dapatkan produk ini dan panduan makan yang sempurna, sila hubungi saya.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

credit to anakkuwira
Untuk maklumat lanjut sila berhubung saya di 0126926782 atau email kan ke ummusoffiya@gmail.com

Atasi Masalah Keletihan

Anda mahupun pasangan anda sering keletihan? Sering sakit belakang, susah tidur malah sukar bangun tidur? Keletihan yang melampau secara berterusan begini akan menjejaskan keintiman suami isteri. Tidakkah anda mahu mendapatkan pemakanan tambahan yang membantu anda atasi masalah ini?


Ramai isteri yang bertanya apakah supplement yang sesuai untuk suami yang sering keletihan malah selalu mengadu sakit belakang....jom dapatkan dua vitamin ini untuk anda dan pasangan.

Jangan lupa dapatkan nasihat dan cara pengambilan dari pengedar apabila telah membuat pesanan.

Dua produk ini sangat laris bulan ini kerana ada tawaran menarik. Jom dapatkannya hari ini!

credit anakkuwira

Boleh email kepada saya di ummusoffiya@gmail.com atau sms 0126926782

Tuesday 21 February 2012

Energizing Soy Protein - Vanila

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.




Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.
Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

info dipetik dari shaklee malaysia


Hubungi saya dengan sms ke 012 6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Jatuh Cinta Dengan Energizing Soy Protein Shaklee (ESP)

Wow!Wow!Wow! Rasanya tak lengkap sehari tanpa Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) ni. Ini adalah minuman wajib saya setiap hari. Apatah lagi dicampurkan bersama-sama minuman kegemaran, sungguh lazat.




Anda nak tau apa rahsia Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) ini? Sebab ianya istimewalah saya tidak pernah merasa ragu-ragu untuk mengamalkannya. Antara rahsianya adalah:

1. Oleh kerana saya seorang ibu yang menyusu badan, protein amatlah penting untuk mempercepatkan lagi proses penghasilan susu badan. Bila minum Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) ni cepat je breast rasa penuh. Kalau minum sebelum tidur alamatnya bayi akan lena kekenyangan :)

2. Selain untuk membantu penghasilan susu badan, ianya juga membantu mencantikkan kulit si ibu. Siapa tidak mahukan kulit yang cantik kan? Oleh kerana ia mengandungi proteion soya yang memeng dikenali sangat bagus untuk kulit, maka tidak ragu lagilah kesannya pada kulit sungguh mengagumkan.

3. Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) ini membantu untuk menganjalkan payudara. Oleh kerana protein disifatkan sebagai makanan kepada sel, maka sudah tentu protein adalah bahan yang paling penting untuk pembinaan sel-sel baru. Pembentukan sel-sel baru inilah yang akan menghasilkan keanjalan pada diri seseorang terutamanya ibu yang menyusu. Usah risau lagi dengan mitos menyatakan menyusukan anak boleh menyebabkan payudara 'jatuh' tetapi ibu boleh berbangga dengan mengamalkan Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) hari ini!

4. Cara pengambilannya juga sangat mudah. Hanya bancuhkan sesudu besar ke dalam minuman kegemaran bersama dengan air suam-suam kuku (jangan gunakan air panas kerana akan merosakkan protein di dalamnya). Sangat mudah dan juga ringkas kan. Ibu semua apa ditunggu lagi..

credit

Hubungi saya dengan sms ke 0126926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Friday 17 February 2012

Fahami Vitamin Sintetik, Vitamin Organik & Vitamin Semulajadi

sumber  Mommy Lyna

“Alah, vitamin mana2 pun sama aje. Mahal ke, murah ke, yang free lagi baik!”
“Vitamin sintetik ke, semulajadi ke, sama je jenis vitaminnya..”
“Yang vitamin semulajadi tu sama je buatnya dengan vitamin biasa”
“Makan je vitamin apa2..”
“Kalau vitamin sintetik tu tak bagus, mesti lah diorang tak jual”
Sebenarnya, tanggapan di atas adalah tidak betul samasekali. Tak bagus maka tak jual? Saya nak tanya, rokok tu bagus ke? Kenapa merata2 kedai jual rokok?
Ramai antara kita tak dapat appreciate kepentingan vitamin semulajadi dan bahaya vitamin sintetik, mungkin sebab kita tak tahu pun vitamin tu ada yang sintetik, ada yang semulajadi.
Macamana nak faham perbezaannya?
Sebelum tu, vitamin ni boleh dibahagikan kepada 3 kategori: sintetik, organik & semulajadi.
Analoginya seperti di bawah:
(1) Vitamin Sintetik umpama buah plastik


(2) Vitamin Organik umpama jus buah dalam pek


(3) Vitamin Semulajadi umpama buah sebenar


Nampak kan bezanya? Vitamin sintetik umpama buah plastik, sama rupanya macam buah sebenar, dan namanya pun ikut buah sebenar tu. Kalau rupa macam epal, kita akan panggil epal bukan limau.
Vitamin organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi menjalani pelbagai proses dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang telah hilang. Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli? Tak lain tak bukan cuma penipuan label je…
Jadi, pilihlah vitamin anda dengan bijak. Ingat, buah plastik lebih murah dari buah sebenar, dan mungkin kita boleh dapat free. Tergamak ke nak makan buah plastik?

Dapatkan vitamin semulajadi, konsultasi percuma sila hubungi di 0126926782 atau email ummusoffiya@gmail.com

Sebab-Sebab Susu Badan Kurang/Kering/Tiada

Lumrah bila tak semua ibu dapat menyusukan anaknya. Ramai ibu yang niat awal nak menyusukan anak, tapi bila anak lahir, tak dapat… Dan paling mudah untuk menerangkan keadaan ni adalah – TAK ADA SUSU. Paling menyedihkan bila ibu tu tak tahu apa sebabnya dia boleh tak ada susu… Jadi ini mungkin memberikan sedikit tekanan bila orang lain mampu menyusu badan. Sebenarnya, mudah kalau kita tahu sebab2nya, jadi kita boleh cari cara nak atasinya.
Antara penyebab ibu-ibu mengalami kekurangan/kekeringan/ketiadaan susu badan (tanpa mengabaikan rangsangan dari hisapan bayi & pam) semasa awal kelahiran:
  • Anemia
  • Ketidakseimbangan hormon tiroid
  • Hypopituitarism
  • Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
  • Gestational ovarian theca lutein cyst (keadaan ni sangat jarang berlaku)
  • Menghidap kencing manis & bergantung pada insulin
  • Tak cukup tisu glandular (IGT)
  • Pernah jalani pembedahan payudara
  • Plasenta tak keluar lagi/tak keluar habis
  • Sindrom Sheehan, apabila pituitari kekurangan darah disebabkan oleh pendarahan semasa melahirkan, so ia tidak menghasilkan hormon mencukupi utk laktasi.
  • Obesiti.
  • Tekanan semasa melahirkan, kehilangan darah etc. 
  • Pengambilan drug Pitocin semasa proses kelahiran
  • Penggunaan pil perancang yang mengandungi estrogen dan progestron.
  • Edema disebabkan oleh IV.
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu.
  • Pengambilan herba/jamu yang mengandungi sifat anti-laktogenik.
Jadi, ibu2 terutama yang baru bersalin kena tengok balik.. apakah mereka mengalami perkara2 di atas. Dan yang paling penting ialah SUSUKAN BAYI SEAWAL MUNGKIN.
Jangan terlalu taksub dengan term MILK BOOSTER sampai mengamalkannya dari awal2 kehamilan lagi. Milk booster yang sebenarnya ialah hisapan bayi, jadi lepas2 je bersalin, teruslah menyusukan bayi supaya terus dapat MILK BOOSTER anda 




Adakah Set Penyusuan Shaklee sejenis milk booster? Tidak, ia lebih dari itu. Set Shaklee memenuhi keperluan nutrisi seorang ibu, lantas membantu proses penyusuan berjalan lancar.
Tapi ia masih berbalik kepada kes2 di atas, dan praktek amali ibu seperti pam dengan kerap…
Jadi kesimpulannya, kalau ‘susu tak ada lepas bersalin’, mungkin sebabnya yang tersenarai di atas. Rezeki adalah rezeki, tapi untuk dapatkan ‘rezeki’ kena berusaha, bukan semata2 menunggu bulan jatuh ke riba.
Selamat menyusukan permata hati!

credit to mysuperkid



Thursday 16 February 2012

Bagaimana Ingin Berjaya Dalam Penyusuan Bagi Ibu Yang Bekerjaya

Rasanya ramai ibu menyusu yang mula risau bila sudah hampir hendak masuk kerja. Masa tu mulalah kelam kabut hendak buat stok susu, masa tu juga baru hendak mengajar anak minum dari botol, masa tu juga baru belajar hendak pam. Untuk menjayakan penyusuan walau telah kembali bekerja ada tips yang berguna untuk para ibu:




1. Belajar gunakan pam seawalnya untuk mengelakkan anda merasa stress jika hasil yang didapati tidak memuaskan hati. Guna pam yang paling selesa bagi anda. Ingat, pam yang selesa bagi kita mungkin tidak sama dengan jenis pam yang selesa pada orang lain.

2. Buat stok susu sekurang-kurangnya 2 atau 3 minggu sebelum bermulanya kerja. Bagaimana hendak buat stok kalau bayi asyik berkepit je? Mudah saja, pam selepas bayi berhenti menyusu ataupun semasa bayi anda tidur. Walaupun susu yang dipam tidak banyak, kumpulkan sikit demi sedikit lama-lama jadi banyak juga.

3. Ajar bayi gunakan botol sekurang-kurangnya 1,2 minggu sebelum masuk kerja. Seeloknya minta bantuan orang lain untuk susukan bayi dengan menggunakan botol untuk memberi ruang bayi anda mengenali orang lain selain ibunya dan merasa selamat dengannya. Jika tidak diajar dari awal bimbang nanti bayi akan menolak botol dan sudah semestinya akan membuat anda bertambah stress.


Hubungi saya dengan sms ke 0126926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.
credit

Tuesday 14 February 2012

Sejarah Susu Formula


Saya tertarik dengan artikel ni..bagaimana kewujudan susu formula, mesti ramai yang tak tau kan (hehe.. ntah2 aku sorang je yang tak tau) tak pe la jom kita sama-sama baca..credit to mumy lyna

Tahukah korang bahawa sebelum susu formula dicipta, ibu-ibu di seluruh dunia menyusukan bayi mereka dengan susu ibu, dan kalaupun mereka tak boleh menyusu, atau tak mahu menyusu, akan dicari (diupah) ibu susuan bagi menyusukan bayi itu? Di negara Barat ia dipanggil wet-nurse. Dan seterusnya bayi tersebut akan diberi makanan mengikut peringkat usia, daripada sumber2 yang boleh didapati di sekeliling mereka. Tapi pada tahun 1867, seorang pakcik yang sangat pakar dalam bidang kimia telah mencipta makanan bayi ‘dari kilang’. Namanya Justus Von Liebig. Bermula dari itu, banyak syarikat2 dan kilang2 yang mula berebut2 mencipta makanan untuk bayi sehinggalah menghasilkan satu produk yang terdiri dari susu lembu, krim, gula dan air = susu formula.

Henri Nestle pula telah mencipta makanan bayi (susu) yang berbentuk tepung yang mendapat sambutan menggalakkan.Mungkin ia memudahkan mereka pada masa tu (yang mana orang2 kaya biasanya tak menyusukan anak).

Namun demikian, bayi-bayi yang diberi susu formula pada masa tu selalu sakit, disebabkan kekurangan nutrisi (walaupun katanya susu formula tu untuk ‘menggantikan’ susu ibu), dan kadar kematian bayi yang tinggi disebabkan pemberian susu formula. Namun para pengilang tetap jugak mengeluarkannya secara besar-besaran sebab keuntungan berlipat ganda yang mereka perolehi. Sampai satu tahap baby semua tu terpaksa diberi jus oren (campur dalam susu) untuk mendapatkan khasiat vitamin C. Tapi mereka tetap claim susu formula adalah yang paling bagus untuk baby.
Kemungkinan revolusi penyusuan pada masa itu telah ‘memberi idea’ kepada ibu bapa zaman tu untuk memberi bayi mereka apa saja jenis susu. Termasuk susu cair yang kita buat kuih tu.

Bagi meninggikan ‘class’ susu formula, syarikat2 pembuat susu telah mengiklankan susu2 buatan mereka dengan tagline “susu pilihan orang kaya” dan susu ibu hanya untuk golongan miskin sebab ia adalah PERCUMA.
Istilah ‘susu formula’ diperolehi dari Encik Thomas Morgan Botch, yang cuba mencari fraction terbaik untuk susu tersebut. Pada masa tu mereka menggunakan konsep 2% lemak, 6% karbohidrat dan 2% protein.
Susu formula mula diterima dengan meluas di seluruh dunia dalam tahun-tahun di pertengahan abad ke -20. Hinggalah ke hari ni susu formula masih menjadi pilihan sebahagian ibu bapa. Mungkin kerana iklan yang begitu meriah tentang susu formula berbanding susu ibu. Tambahan pula susu formula hari ini jauh lebih baik dari susu formula di awal penciptaannya, dengan diperkaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dewasa ini kebanyakan masyarakat dunia sudah kembali kepada yang asas, kepada natural living di mana penyusuan susu ibu kembali mengambil tempat. Malah, konsep wet-nursing atau ibu susuan kini mula diterima ramai. Namun masih ada mereka yang mempunyai pemikiran seperti 100 tahun yang lampau yang mana menganggap susu ibu hanya untuk orang miskin kerana ia percuma. Akan tetapi dengan promosi yang diadakan terhadap penyusuan ibu, kebanyakan ibu bapa muda sudah menyedari hakikat kebaikan susu ibu, mungkin ibu-ibu di peringkat ‘nenek’ sekarang masih mengagungkan susu formula.

Di negara-negara dunia ketiga, penyusuan ibu sangat-sangatlah penting, malah ibu yang menghidap AIDS juga digalakkan menyusukan anak mereka. Kerana pemberian susu formula lebih memudaratkan… di sana kadar kematian bayi yang tinggi disebabkan pemberian susu formula yang dicairkan, ataupun yang tercemar kerana persekitaran dan air yang kotor. Maklumlah dalam keadaan sebegitu mungkin mereka terpaksa mencatu pemberian susu formula kepada bayi mereka.

Memang, mana2 ibu mahu memberikan yang terbaik kepada anaknya. Yang beri susu formula, adalah kerana maklumat yang mereka perolehi “susu terbaik untuk bayi”. Bukan sebab tak sayang anak atau ‘nak seksa baby’ dan sebagainya. Mungkin ada segelintir ibu yang tahu kebaikan susu ibu tapi saja nak kasi susu formula sebab mungkin ‘malas’ nak menguruskan hal2 susu ibu yang leceh. Tapi kebanyakan yang beri susu formula mempunyai sebab2 tersendiri yang kukuh yang tak membolehkan mereka menyusukan anaknya sendiri.
Tapi berdasarkan sejarah, ayuhlah kita kembali kepada breastfeeding dan wet-nursing ;)

Monday 13 February 2012

Mencari Vitamin untuk Lelaki?

Siapa kata vitamin hanya perlu untuk wanita hamil atau ibu menyusu sahaja? Sebenarnya mereka yang hidup dalam tekanan, pemakanan dan cara hidup yang tidak sembang, mereka yang tidak sihat malah mereka yang ingin kekal sihat perlukan vitamin demi memastikan tubuh mendapat semua zat dan nutrisi yang diperlukan untuk atasi kekangan yang dihadapi termasuklah untuk mereka yang ingin terus sihat.

Ada yang bertanya dengan saya, adakah Shaklee hanya untuk para isteri? Adakah apa2 vitamin yang sesuai untuk para suami?

Jawapannya ialah semua vitamin Shaklee sesuai untuk para wanita mahupun lelaki. Namun saya tahu encik yang bernama lelaki ini biasanya tidak suka dengan pengambilan vitamin yang banyak....maka saya sarankan hanya dua ini sahaja dan ia sangat bagus untuk insan bernama lelaki....iaitu Ostematrix dan Vitamin E.

Jika anda mampu untuk membeli set penuh dan mengamalkan secara istiqamah...alhamdulillah. Namun pada saya 2 vitamin ini sebagai permulaan sudah memadai.

Apa kebaikan Ostematrix?
Ostematrix adalah kalsium, magnesium yang lengkap dengan vitamin D. Ia diperlukan oleh tubuh untuk membina darah, saraf serta pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Apabila badan cukup kalsium, kita akan mudah bangun dari tidur malah tidur kita juga lebih nyenyak dan berkualiti. Suami saya sangat menyukai ostematrix....masih ingat lagi apabila beliau mudah mengalami jetlag yang berpanjangan apabila pulang dari outstation....tetapi kini dengan ostematrix, suami saya mudah rasa cergas walaupun pulang dari perjalanan yang jauh.


Apa pula kepentingan Vitamin E?
Kita biasa dengar Vitamin E sebagai anti penuaan. Ianya juga dikenali sebagai vitamin awet muda kerana vitamin E dikatakan membantu melambatkan proses penuaan. Namun vitamin E yang bagus adalah vitamin E asli yang boleh dilihat pada botolnya tertulis d-alpha tocopherol. Ia juga akan lebih berkesan apabila ianya dilengkapi dengan selenium yang bertindak senergi apabila diambil bersama. Pengambilan vitamin E dikatakan dapat membantu kesihatan prostat*, Membantu mengekalkan tekanan darah* , membantu menurunkan trigliceride, serta membantu mendapatkan kulit yang cantik dan muda*.
Pada saya, vitamin E ini ibarat tonik untuk para lelaki. Ada juga pendapat yang mengatakan suami mereka lebih bertenaga selepas pengambilan vitamin ini....ianya balik pada diri masing-masing ....selepas mengambilnya baru dapat tahu kesannya :)



Memang ada yang menyarankan 3 ini ...iaitu Omega - bagus untuk kesihatan jantung, Zinc- kesuburan dan kestabilan hormon, serta Vitamin E- seperti yang ditulis di atas....namun pada saya balik kepada budget individu.

Bagi para isteri yang ingin mencari supplement untuk suami tercinta, sebagai permulaan boleh mencuba Ostematrix dan Vitamin E. Boleh hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui  sms 012 6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com

Bengkak Kaki Semasa Hamil

TIPS MENANGANI BENGKAK KAKI SEMASA HAMIL

Masalah bengkak kaki sewaktu hamil sebenarnya adalah antara masalah biasa yang dihadapi oleh mereka yang sedang mengandung. Kaki biasanya akan lebih membengkak apabila kandungan telah memasuki trimester ketiga fasa kehamilan. He..he… teringat kata-kata kawan saya semasa kaki dia tengah bengkak dulu “rasa macam kaki gajah plak kaki aku ni!”

Kaki bengkak ni sebenarnya disebabkan oleh lebihan air didalam badan sewaktu mengandung. Tapi biasanya masalah ni akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin. Tapi sementara nak beranak tu, sempat jugalah upgrade saiz kasut dulu :)

Tips berikut boleh membantu mengurangkan masalah bengkak di kaki sewaktu mengandung :

1. Elakkan dari berdiri terlalu lama

2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki… he..he..he…

3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.

4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki

5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki

6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.

7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar

8. Amalkan suppliment ostematrix shaklee..memang berkesan....

Okey, diharap tips diatas membantu ibu2 yg mengalaminya....


untuk pesanan hubungi 012 6926782 atau email ke ummusoffiya@gmail.com

Berpantang dengan Shaklee sangat mudah dan pulih lebih cepat







Pasti ramai ibu-ibu baru yang sedang mengandung perlukan pendapat rakan-rakan, set berpantang mana yang sesuai untuk mereka. Di sini kami kongsikan pengalaman, Shima yang telah mencuba set berpantang Shaklee.

"Badan sangat cergas. Lepas operation dah cergas. Susu sangat meriah."

Bestkan? Alhamdulillah, khasiat dari vitamin Shaklee memang boleh dirasai dan sangat berkesan kerana ia mudah diserap tubah kerana dari sumber semulajadi bukan sintetik.

Pasti ramai yang takut juga untuk cuba dengan set-set bersalin di luar sana kerana tak tahu keberkesanan, sumbernya dan kajian disebaliknya. Dengan Shaklee, kajian telah dilakukan lebih 50 tahun oleh pakar. Ianya selamat bukan sahaja untuk ibu yang baru bersalin, menyusu malah untuk orang ramai, kanak-kanak dan orang yang dalam proses pemulihan dan baru lepas operation.

Set C Euphoria khas untuk ibu berpantang atau baru menjalani pembedahan.









Set Percubaan C Euphoria a.k.a set berpantang adalah untuk penggunaan 40 hari. Terdiri dari

Vitamin C: untuk menguatkan sistem imun melawan penyakit dan memelihara sel

B complex: melancarkan saraf, memberi kesegaran dan kecerdasan

Vitalea: menampung kekurangan nutrien dari menu harian, meningkatkan penyerapan zat dari makanan

Zink: membantu baik pulih badan, mengurangkan rambut gugur, mempercepatkan proses pemulihan

Bukan saja Shima, ramai lagi pengguna Set C memberi feedback yang sama iaitu pulih lebih cepat berbanding kelahiran bayi sebelumnya. Jadi, anda memang patut mencubanya.

Kalau ibu ketandusan idea untuk minuman berkhasiat sepanjang berpantang ini, Energizing Soy Protein adalah yang terbaik. Selamat dan memberi khasiat soya yang tinggi protein untuk membina kembali sel tubuh yang sihat. Baik untuk kesihatan kulit, rambut dan kesihatan dalaman juga.


Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau order di 012 6926782  - email ummusoffiya@gmail.com
credit

Omega Guard? Omega 3 Fatty Asid

 

Biasa dengar perkataan omega? Kalau tidak pernah, rasanya pernah dengar tak minyak ikan? Itulah dia omega. Kenapa penting sangat omega ni? Antara fungsi omega fatty asid adalah untuk:






















1. Meredakan kesakitan dan keradangan.Contoh paling senang bagi yang mengalami sakit gout, kaki yang membengkak tu mengalami keradangan, bengkak merah dan nampak pun sakit kan. Sebab itu pengambilan omega dikatakan mampu mengurangkan keradangan dan kesakitan akibat gout ini.

2. Ibu menyusu dan mengandung amat perlukan omega. Kenapa? Sebab ianya mempengaruhi kepintaran bayi. Ibu-ibu, apa lagi. Mesti inginkan anak yang pintar bukan?Bukan itu sahaja ianya memperbaiki memory yang sudah semakin merosot lebih-lebih lagi orang kata jika sudah melahirkan anak. Setiap kali melahirkan akan putus beberapa urat. Wallahua'lam..

3. Bagus untuk kesihatan kardiovaskular. Sesiapa yang ada petanda sakit jantung cepat ambil omega untuk menyelamatkan diri anda!Dengan itu anda selamat dari serangan jantung dan juga strok. Bagaimana ia bertindak? Ia menghalang 'clot' dari tersumbat. Jika tersumbat pada otak akan sebabkan stroke, jika tersumbat pada arteri, akan sebabkan serangan jantung.

4. Mengurangkan period pain dan sakit menstrual serta seangkatan dengannya.

credit

Hubungi saya dengan sms 012 6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Elak Digigit Ketika Penyusuan

Bayi terutamanya yang baru mendapat gigi pertama cenderung untuk menggigit puting payu dara sama ada secara sengaja mahupun tidak. Lebih-lebih lagi ketika dia mengalami masalah gatal gusi. Bayi pastinya akan menggigit dan menjadikan puting anda seumpama teether.
Kesannya boleh mengakibatkan puting kesakitan dan lama-kelamaan menimbulkan masalah untuk anda meneruskan penyusuan eksklusif.
1. Alihkan Bayi
Antara langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan gigitan bayi ialah dengan mengalihkannya daripada payu dara secara perlahan-lahan. Sambil itu, anda digalakkan untuk menyatakan perasaan anda akibat perbuatannya. Berkatalah seperti, “Sayang, jangan gigit mama” atau “Mama sakit” Biarpun ketika itu anda mungkin mempunyai sekelumit rasa marah kerana sakit, namun sebaik-baiknya luahkanlah perasaan anda secara berhemah dan lemah lembut.
Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini, ia dapat mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu.
2. Tekapkan Muka
Ketika bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah dalam payu dara. Ini secara tidak langsung akan menyebabkannya sesak nafas lalu mendorong dia untuk menghentikan gigitan supaya dapat bernafas semula.
Sekiranya anda kerap melakukan panduan ini, lama-kelamaan bayi akan mula faham bahawa jika dia menggigit, dia akan mengalami masalah kesukaran bernafas. Dengan yang demikian, diharap bayi akan mengelakkan diri daripada terus menggigit di sesi penyusuan seterusnya.
3. Ketahui Punca
Sepatutnya di awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit! Hal ini dapat anda lakukan dengan mengenal pasti punca yang mungkin menjadi penyebab mengapa anda sering digigit.
Berkemungkinan, ia berlaku kesan daripada perasaan kecewa bayi kerana tidak berjaya memperoleh susu seperti yang diingininya. Jika itulah yang menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. Antaranya, anda boleh menekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu.
4. Amati Corak Penyusuan
Di akhir sesi penyusuan pun, anda dapat mengelakkan gigitan bayi. Ini dilakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk akibat kenyang mahupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.
5. Posisi Selesa
Anda seharusnya sentiasa memastikan bayi dan anda sendiri berada dalam posisi yang cukup selesa ketika sesi penyusuan berlangsung. Sekiranya bayi mahupun anda kelihatan tidak selesa dengan posisi penyusuan tertentu, segeralah membetulkan posisi berkenaan agar lebih selesa.
6. Leraikan Dengan Jari
Apabila anda dapat rasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia daripada payu dara. Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari anda terlebih dahulu. Hal sebegini boleh mencederakan puting dan tentunya ia lebih menyakitkan.
7. Gigit Alat Lain
Berikan bayi alat-alat lain untuk digigitnya seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan di dalam peti sejuk beku. Alat bantuan seperti ini amat bagus kerana membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu agar dapat menghilangkan rasa gatal gusi.
Oleh yang demikian, jadikan alat-alat sebegini sebagai alternatif untuk mengelakkan diri sendiri digigit!
8. Elak Jeritan
Cuba hindari diri daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih akan menjadi teruk lagi, ia mungkin penyebab untuk bayi enggan lagi menyusu.
 

Ibu Menyusu Perlu Vitamin

Hakikatnya ibu menyusu sama juga dengan ibu yang hamil. Kenapa semasa hamil kita berlumba-lumba untuk menjaga pemakanan, telan vitamin yang diberikan oleh doktor, minum susu dan sebagainya. Bila sudah bersalin, semua itu dilupakan apatah lagi semasa susukan anak.














Bukanlah bermakna vitamin adalah benda wajib yang perlu diambil, tetapi apa yang paling utama ibu-ibu perlu menjaga pemakanan semasa menyusu. Tetapi ramai juga yang mengeluh bagaimana hendak menjaga pemakanan sedangkan persekitaran dan waktu bekerja sudah membuatkan seseorang tidak dapat 100% menjaga pemakanannya.

Bagi yang menjaga pemakanan dan yakin dengan kesihatan diri, maka mungkin tidak perlukan vitamin. Tapi bagi ibu menyusu dan bekerja, vitamin adalah sesuatu yang amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dulu saya juga menganggap makan vitamin buat membazir duit sahaja tetapi saya akui setelah mengamalkan vitamin, perubahan yang besar berlaku.

Saya surirumah sepenuh masa, orang kata surirumah boleh duduk bersenang lenang di rumah..hakikatnya tugas housewife ni tak pernah habis dari bangun je tidur hingga la lewat malam ada je kerja yang perlu dibereskan. Sebelum ambil vitamin saya rasa sangat-sangat penat, hendak buat kerja rumah rasa penat yang amat. Bila badan penat mula mood tak berapa nak ok, asyik nak marah je..Sampai satu tahap rasa nak menangis pun ada. Tapi sekarang alhamdulillah setelah mengamalkan vitamin badan rasa segar, sihat, bertenaga..dapat la menguruskan rumah tangga dengan jaya nya..hehe... jom tengok Vitamin apa yang membuatkan saya bertenaga?

1. VITALEA - yang ni mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral lengkap. Agak-agak dalam makanan seharian kita dapat semua ini tak? Saya rasa tak cukup sebab tu saya amik vitalea.

2. B Complex - Mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan.
- Folik Asid
- Biotin
- Thiamin
- Riboflavin
- Niacin
- B6
- B12
- Panthotenic Acid
Semua vitamin B ni diperlukan oleh badan untuk melancarkan fungsi otak, saraf, pertumbuhan dan kecantikan kulit.

3. Vitamin C
Kepentingan Vitamin C pada manusia:
-antioksidan yang sangat bagus.
-Adalah salah satu komponen penting sistem imun,dan juga komponen penting kolagen yang sangat perlu untuk tisu yang sihat.
-Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi, otot dan salur darah.
-Bagus untuk menghindarkan katarak, sakit batu karang,karies gigi, asma, sakit belakang.
-Mengurangkan kedutan kulit yang disebabkan pendedahan kepada matahari.
-Pengambilan Vitamin C bersama dengan Vitamin E dapat menghalang 'sun burn'. Vitamin C sahaja tidak berupaya menghalang dari 'sun burn'.
-Mengurangkan protein dalam urin sesorang yang menhidap diabetes. Secara tidak langsung menghalang dari sakit buah pinggang.

4. Alfalfa
Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:

1.Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2.Melegakan sakit sendi dan belakang.
3.Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4.Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5.Memberi kelegaan semasa haid.
-Merawat arthitis
-Bagus untuk elergi dan ekzema
-Merawat asma
-Mencuci usus bagi membuang toksik
-mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
-Meneutralkan asid dalam badan
-Merawat masalah keputihan pada wanita
-Membesar dan menegangkan payudara
-Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
-Memulihkan urat selepas bersalin
-Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
-Meningkatkan stamina seorang suami
-Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
-Dan banyak lagi untuk disenaraikan…

So ibu-ibu yang inginkan kesihatan yang optimum, bolehlah mencuba apa yang saya amalkan.

Credit

Hubungi saya dengan sms ke 012 6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut