Monday 19 December 2011

Apa Tujuan Ambil Booster

Ada segelintir ibu bangga kerana dapat menyusukan anaknya tanpa pengambilan apa2 vitamin atau supplement yang kini dipanggil booster.
Secara peribadi saya berpendapat, sekiranya si ibu itu punya kehidupan yang sihat, cara hidup yang sihat ditambah pengambilan makanan yang sangat sempurna dan mengikut piramid makanan, memang tak perlu amik vitamin malah booster sekalipun.
Namun perlu kita ketahui juga, ibu-ibu yang mengambil vitamin atau booster hakikatnya bukanlah nak banyakkan susu semata-mata. Setiap orang ada kekangan masing-masing. Hanya kita yang tahu menilai keadaan diri kita.
Bagi ibu yang menyusu perlu tahu perkara asas ini :

Supply susu insyaALLAH sustained jika si ibu :
Konsisten mengepam atau menyusukan anak dengan kerap,
Badan ibu sentiasa bertenaga,
Ibu bebas dari stress dan mood swing
Ibu jaga pemakanan dan pastikan pengambilan makanan membantu menghasilkan nutrisi untuk si kecil. Anak membesar sihat, ibu lebih bersemangat!
.
Ibu yang perlukan booster ialah ibu yang sering keletihan, mood swing, makanan tak teratur...
Bila letih, sifat malas melanda,
Bila stress, mood swing...emosi tak stabil...hidup pun jadi tak keruan, jadual pam entah ke mana.
Makan tak teratur, sedikit sebanyak menjejaskan nutrisi dalam susuibu, paling ketara apabila doktor tegur berat anak tak mencapai tahap ideal....ibu mudah down....

Hakikatnya, ada ibu yang amik booster bukan lah nak banyakkan susupun, tetapi untuk kesihatan diri di kemudian hari.

Bila ibu sihat dan sejahtera, semua urusan keluarga dapat dilakukan dengan jaya sekali. Bukan kuantiti yang kita harus kejarkan, tapi kandungan nutrisi perlu diutamakan.

Susu formula hari ni berebut2 buat formula hebat, letak mcm2 vitamin dan keperluan bayi...bukan sekadar untuk imuniti tubuh si kecil tetapi pembesaran dan perkembangan otak anak. Maka bagi ibu yang menyusu, jagalah pemakanan supaya apa yang kita salurkan adalah yang terbaik! InsyaALLAH.
So tanya diri kita, adakah kita hanya nak cukupkan syarat dengan menyusukan anak dengan susuibu tetapi dalam realiti sebenar keadaan kita sering penat, senang marah-marah, dingin dengan suami , muka nampak lebih tua dari usia?

Saya ada  kawan ....ibu ini menyusukan anaknya tetapi mudah mengamuk, marah suami sebab diri sendiri penat yang melampau, sering sakit belakang dan sakit gigi....so adakah ini sihat? Alangkah baik jika amik booster atau nama lainnya vitamin?



Sekadar renungan bersama :-

Hati anak dan jiwanya sangat bersih. Apa yang kita beri akan mencorakkan hati dan jiwanya. Jika hati dan jiwa si ibu yang menyusukan  itu bergolak dan tidak sejahtera, adakah jiwa dan hati anak yang terbentuk tadi akan tenang? Hakikatnya jiwa dan hati itu lah yang akan terhasil apabila anak membesar kelak iaitu sering marah, mengeluh dan memberontak. Oleh kerana itu, ibu yang menyusu perlu tenang, sabar, ceria dan bertenaga supaya hati dan jiwa anak susuan tadi juga terbentuk dengan baik. Renung-renungkan.

Boleh email kepada saya di ummusoffiya@gmail.com atau sms kan kepada saya 0126926782 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini. credit to anakkuwira

No comments:

Post a Comment