Tuesday 13 December 2011

Panduan Galak susu lancar

Pelbagai cara boleh anda lakukan bagi merangsang pengaliran susu sebelum memerah atau menyusukan bayi. Salah satunya ialah dengan melakukan urutan. Pelajari teknik ringkas urutan tetapi berkesan.
 
Langkah 1

Sebelum melakukan urutan anda perlu menuam payu dara terlebih dahulu menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Tuam untuk beberapa minit. Amalan ini baik kerana dapat merangsang payu dara mengeluarkan susu badan dengan lebih lancar.

Langkah 2

Pegang hujung puting menggunakan ibu jari dan telunjuk. Kemudian, tekan puting ke dalam dan tarik semula ke atas secara perlahan-lahan.

Langkah 3

Sentuh bahagian atas aerola menggunakan ibu jari, jari-jari yang lain pula di tempatkan di bahagian bawah aerola. Gerakkan secara perlahan-lahan jari telunjuk ke atas,bawah,kanan dan kiri. Namun jangan sesekali ubah kedudukan ibu jari. Ulangi langkah 5 hingga 6 kali.

Langkah 4

Teruskan dengan membuat menggerakkan jari mengikut arah putaran jam. Gunakan empat jari kecuali ibu jari ketika melakukan gerakan ini. Lakukan antara 5 hingga 6 kali bagi setiap payu dara. Namun jika ada benjolan keras di bahagian payu dara, elak daripada menyentuh bahagian berkenaan.


Langkah 5

Gerakkan jari-jari anda dengan membuat putaran dari sisi menghala ke puting. Ulangi langkah ini 3 atau 4 kali di kedua-dua belah payu dara.


Aturan Untuk memerah susu

Perah setiap payu dara 5-7minit. Kemudian lakukan teknik urutan.
Sambung balik sesi perahan untuk 3-5 minit lagi untuk setiap payudara. Ulang lagi rutin urutan dan sambung sesi perahan untuk 2-3 minit untuk setiap payudara.
JANGAN-picit puting kerana boleh menyebabkan lebam
-tarik puting kerana boleh merosakkan tisu
-geselkan tangan dengan payudara kerana boleh melecet
 

Selain daripada urutan ada pelbagai cara lain yang boleh anda amalkan. Contohi cara-cara yang diaplikasikan oleh dua ibu ini..


Aishah Mariam..
“Saya ikut jadual pam, lazimnya kalau menyusu bayi secara terus, saya tidak menghadapi masalah kerana rangsangan daripada bayi sudah cukup untuk melancarkan susu. Tetapi sewaktu mengepam,memang terasa cabarannya. Bagi mengelakkan masalah,saya pastikan sentiasa minum air dalam jumlah yang mencukupi,makan makanan yang berkahsiat bagi nmenampung keperluan badan dan mengikut jadual mengepam payu dara.
Seisi mengepam di pejabat, saya lakukan dua kali iaitu waktu tengah hari dan petang sebelum balik kerja. Sampi di rumah saya menyusukan secara terus kepada baby. Saya suka guna teknik mengepam menggunakan pam berganda bagi merangsang pengaliran susu yang lebih lancar. Saya hanya memerlukan 15 minit untuk mengepam kedua-dua belah payu dara. Dengan cara ini ia secara tidak langsung dapat membantu saya meningkatkan kuantiti susu badan yang hendak disimpan sebagai stok.”

Marlia binti Omar..
“ Dalam usaha melancarkan pengaliran susu badan,saya mengamalkan minum air sekurang-kurang 3 liter sehari,sebaik-baiknya air suam. Setiap kali selepas menyusukan anak,saya pastikan minum air untuk mengekalkan bendlir dalam badan walaupun pada waktu malam.
Saya turut mengambil suppliment tambahan seperti alfalfa,calcium dan lecithin seperti yang disyorkan kaunselor laktasi kerana saya pernah mengalami masalah saluran susu tersumbat. Selain itu saya mengamalkan makan pucuk betik rebus. Hasilnya, ia membantu menguraikan susu yang tersumbat dan melancarkan pengaliran susu. Sekali seminggu saya cuci puting payu dara menggunakan berus gigi supaya liang susu tidak tersumbat."


Source - Pa&Ma
Jika berminat boleh menguhubungi saya di talian 0126926782(sms/call) atau email kepada ummusoffiya@gmail.com
 

No comments:

Post a Comment