Wednesday, 21 March 2012

Posisi Susukan Bayi

Kali ini saya berkongsi posisi menyusukan bayi. Ibu yang menyusu bolehlah mencuba ye :)

1. POSISI CRADLE HOLD
Posisi ini paling biasa dilakukan oleh ibu semasa menyusukan bayi mereka terutamanya untuk bayi yang baru lahir. Caranya pegang bayi dengan cara menampung/mengampu dengan tangan dan dekatkan mulut bayi kepada payudara.Boleh juga meletakkan bantal untuk menyokong lengan ibu dan juga memastikan penyusuan berjalan dengan selesa.
















2. CROSS CRADLE HOLD
Sama seperti cradle hold cuma tangan si ibu memainkan peranan dalam mengawal kepala bayi. Posisi ini sesuai bagi bayi pramatang dan ibu yang mempunyai puting bersaiz kecil.


















3. THE FOOTBALL HOLD
Posisi yang sesuai untuk ibu yang bersalin secara caesarian. Gunakan bantal untuk mengampu bayi dan kaki bayi perlulah diletakkan di bawah lengan anda.















4. LYING DOWN
Posisi yang sangat popular terutamanya sewaktu tengah malam. Ibu boleh rehat di samping susukan bayi :)



Hubungi saya dengan sms ke 012 6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com

No comments:

Post a Comment