Bayi songsang selalu dikaitkan dengan kedudukan bayi yang menyongsang dari yang sepatutnya iaitu kepala di atas dan kaki di bawah walaupun kandungan telah mencecah 8 bulan (32 minggu). Bayi songsanag akan menyebabkan punggung atau kaki keluar dahulu dan ini biasanya kalau boleh kita hendak elakkan kerana risiko bayi lemas boleh berlaku.
Ada juga mengaitkan songsang ini dengan kelahiran tidak cukup bulan atau pramatang. Kenapa ianya berkait? Sebab biasanya hampir 90% bayi adalah berkedudukan normal tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang songsang. Mungkin juga disebabkan pengiraan tarikh kitaran haid yang tidak betul dan semakan perlu dibuat. Jika tarikh kitaran betul, berkemungkinana ada faktor lain iaitu air ketuban berlebihan atau berkurangan. Betul atau tidak wallahua'lam.
Jika bayi songsang dan kelahiran semakin hampir biasanya doktor akan memberi 2 pilihan iaitu:
1. ECV (External Cephalic Version)- kaedah untuk pusingkan bayi ke kedudukan normal oleh pakar bertauliah.
2.Caeserian - secara pembedahan
Walau apa pun sebagai ibu kita mengharapkan yang terbaik namun jika sudah ditakdirkan terimalah dengan hati terbuka. Banyakkan info-info tentang kelahiran songsang moga kita lebih yakin dan berlapang dada.
credit to permatacintaku
No comments:
Post a Comment