As salam kepada pembaca blog ummusoffiya, saya terjumpa entry ni semasa blog walking menarik untuk dibaca, pengalaman penulis hampir sama dengan pengalaman saya sebelum menjadi pengguna shaklee. Terima kasih kepada blog Ourkizuna
Saya mungkin tergolong dalam kumpulan wanita (cewah~) yang bertuah kerana boleh dikatakan berjaya memberikan penyusuan susu ibu hampir sepenuhnya kepada kedua orang cahaya mata saya. Pada peringkat awal, saya beranggapan bahawa penyusuan susu ibu bagi ibu-ibu bekerja adalah mustahil kerana langsung tidak terdedah dengan kaedah memerah susu menggunakan pam dan kaedah penyimpanan susu ibu. Malah saya bercadang memilih jenama susu formula yang terbaik dipasaran untuk si manja saya apabila mula bekerja kelak. Namun, saya bernasib baik kerana secara tidak sengaja menemui komuniti susuibu.com yang memberikan banyak informasi berguna sekaligus membuka mata saya tentang kebaikan penyusuan susu ibu.
Selain dari kesan atas susu yang dihasilkan, apa yang saya dapat katakan adalah setelah mengamalkan pengambilan suppelement saya kurang mengalami masalah sukar bangun pagi, lebih bertenaga, tidak mengantuk pada waktu siang dan tidak mudah mendapat jangkitan selesema.
Kesimpulannya sama ada individu itu tidak kira lelaki atau wanita, tidak kira menyusukan anak atau tidak perlu melihat kepada pemakanan mereka sendiri untuk menentukan sama ada mereka memerlukan pemakanan tambahan (supplement) atau sebaliknya. Bagi ibu yang menyusukan anak, pengambilan vitamin tambahan adalah lebih kepada bagi keperluan kesihatan diri sendiri. Tidak ada jawapan betul atau salah bagi persoalan ini. Badan kita adalah doktor terbaik yang dapat memberitahu apa yang diperlukan :)
Untuk dapatkan suppliment shaklee sila hubungi saya di 0126926782 atau email ke ummusoffiya@gmail.com
No comments:
Post a Comment