Tuesday 27 March 2012

Nak Kurus!!


Pola penurunan berat badan secara umum
Setiap individu mempunyai tubuh badan yang berbeza. Jadinya, sangat PENTING untuk mengetahui pola penurunan berat badan supaya anda tidak mudah putus asa.

(1) Berat turun dahulu kemudian body shape on
Kebanyakan daripada mereka yang berdiet idamkan pola seperti ini di mana berat badan turun dahulu kerana sudah menjadi sebati dengan diri kita yang diet bermakna berat badan turun. Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini akan mula turun berat badan dalam kuantiti yang agak besar sebelum masuk ke peringkat stagnant period.
...
Selalunya mereka yang berbadan besar serta perlu kurangkan berat badan dalam 10-20kg akan tergolong dalam kumpulan ini

(2) Berat badan TIDAK berubah kemudian berat turun
Kumpulan ini akan mula merasakan mereka kehilangan inci tapi jarum penimbang tidak menunjukkan sebarang penurunan berat badan. Ramai yang kecundang kerana tidak sabar. Jika anda termasuk dalam kumpulan ini, anda perlu teruskan program diet seperti biasa tanpa mengubah sebarang rutin diet.

Selalunya mereka yang berbadan sederhana dan perlu kurangkan berat badan kurang daripada 10kg akan tergolong dalam kumpulan ini.

Tips untuk DIET bagi elakkan anda kecundang di awal perjuangan
(1) Pastikan anda bukan sahaja menimbang berat badan anda, tetapi pada masa yang sama mengambil ukuran badan anda..Ingat saya cerita tentang pola penurunan no 2.
(2) Letakkan satu target yang jelas seperti baju atau seluar yang saiz lebih kecil daripada sekarang. Gantung baju / seluar berkenaan di tempat yang anda boleh nampak setiap hari sebagai motivasi diri
(3) Kongsikan dengan orang disekeliling yang anda sedang berdiet. Jika mereka memperlekehkan hasrat anda itu, jangan bersedih sebaliknya jadikan kata-kata negative itu sebagai PEMANGKIN untuk anda membuktikan yang mereka bersalah.

Harapnya bagi mereka yang baru atau pernah gagal sebelum ini, teruskan tekad anda kerana hanya anda yang mampu mengubah diri anda.

No comments:

Post a Comment