Wednesday 21 March 2012

Leg Cramps (Kejang Kaki) Waktu Hamil

Pernah tak ibu-ibu semua alami kekejangan kaki sewaktu hamil? Lebih-lebih lagi di waktu malam tiba-tiba boleh terbangun hanya kerana kejang kaki? Orang-orang lama kata simpul biawak. Walau apa pun namanya ianya tetap tidak menyelesakan bukan?

Kenapa terjadinya kejang kaki ni?
Tiada sebab yang khusus tapi mungkin kerana seharian ibu terpaksa menampung berat baby dalam kandungan. Juga ada kemungkinan bayi alam perut menekan saluran darah ibu yang menyebabkan tekanan berlebihan.

TIPS UNTUK ELAK KEJANG KAKI
1. Elakkan duduk bersilang kaki dengan jangka waktu yang lama.
2. Pakai kasut yang sesuai. Semestinya yang bertapak rata dan menyokong berat badan semasa hamil.
3. Berjalan kaki
4. Pastikan minum air yang cukup untuk elakkan dehidrasi.
5. Mandi air suam.
6. Ambil kalsium,potassium dan magnesium.


Kejang kaki tandanya anda kekurangan KALSIUM. Ini kerana jika anda kekurangan kalsium dalam badan, bayi yang dikandung akan mengambil kalsium dari anda. Ini akan memberi kesan pada anda di masa hadapan. Ibu yang hamil sepatutnya mengambil 1200mg- 1500mg kalsium setiap hari. Cuba kira apa yang anda ambil. Cukupkah?

Kenapa perlu sangat kalsium ni? Ini kerana setiap jam 13mg kalsium akan dilepaskan kepada placenta! Bayangkannya hmmm..

Antara makanan yang kaya dengan kalsium:

1. Susu
2. Keju
3. Sardin
4. Ikan salmon
5. Yogurt

Jika anda ragu-ragu adakah cukup pengambilan kalsium seharian boleh cuba OSTEMATRIX Shaklee kerana ianya mengandungi Kalsium, Vitamin D dan Magnesium yang sangat-sangat diperlukan oleh ibu mengandung. Vitamin prenatal sepatutnya mengandungi sekurang-kurangnya 150mg kalsium. OSTEMATRIX shaklee mengandungi 250mg KALSIUM! Jagalah kesihatan sewaktu mengandung kerana bukan sahaja untuk kebaikan diri kita tetapi juga anak dalam kandungan.
 
credit to permatacintaku




Hubungi saya dengan sms ke 012 6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment