Monday, 16 July 2012

Pengenalan Energy Soy Protein untuk Berpuasa


Nama Produk            : Energizing Soy Protein ( ESP)
Kandungan setin          : 850g
Cadangan Pemakanan :
2 atau 3 sudu protein sehari, boleh dicampur dengan minuman kegemaran anda. ESP boleh dinikmati sebagai minumam sejuk atau suam tetapi tidak terlalu panas kerana akan memusnahkan protein.


Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.


Tahukah Anda?
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Perbezaan Shaklee

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sumber : 
Shaklee Malaysia...cepat hubungi untuk pesanan 012 6926782

Thursday, 10 May 2012

BABY SHAKLEE Riang Bersama ESP..geramnya tengok baby ni !!

TAHUKAH ANDA??? SUSU SOYA ATAU SOYA PROTEIN BOLEH MENGURANGKAN KANDUNGAN LEMAK DALAM HATI DAN MENGATASI MASALAH OBESITI!!!

Susu soya dan protein kacang soya yang diperolehi daripada tauhu didapati dapat membantu mengurangkan kandungan lemak...
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Keistimewaan Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi 5 vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
• Menambah dan memekatkan susu ibu.

Sangat sesuai untuk:
• ibu hamil
• ibu menyusu
• anak berumur setahun dan ke atas
• pesakit yang baru menjalani pembedahan
• individu yang ingin menguruskan badan
• dan ramai lagi

Untuk maklumat lanjut, konsultasi percuma dan harga istimewa, sila pm/sms/call/whatsapp di hp no 0126926782

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

TIPS ATASI ANEMIA KETIKA HAMIL!

Masalah anemia (low Hb) ketika hamil terjadi apabila seseorang ibu itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah ketika mengandung, terutama di trimester pertama (3 bulan pertama).
*image googled*
Fenomena ini berlaku apabila jumlah sel darah merah yang sepatutnya tidak mencukupi. Kekurangan ini akan menyebabkan pengurangan hemoglobin - pembawa oksigen kepada sel. Si ibu biasanya akan kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Apabila anemia melampau berlaku (iron deficiency anemia), rawatan biasanya merangkumi dos terapi 200mg zat besi setiap hari, bergantung kepada kekerapan anemia tersebut. Rawatan yang bersesuaian akan diberikan oleh doktor sekiranya anda disahkan anemik!

Untuk mencegah kekurangan zat besi (iron deficiency), sekurang-kurangnya 30mg suplemen zat besi (iron supplement as ferrous fumarate) disarankan tatkala hamil. Suplemen ini akan diberikan oleh doktor, diperolehi dari suplemen harian atau diet harian (sumber makanan semulajadi) anda.

Maka, di Shaklee, pengambilan suplemen 2 biji Shaklee Vita-Lea Iron Formula sangat-sangat membantu menangani masalah anemia (low Hb) ketika hamil ini.

TIPS pengambilan Iron suplement:
(1) Pengambilan sumber Vitamin-C bersama-sama dengan Iron supplement akan membantu penyerapan zat besi pada tahap optimum!
(2) Elakkan mengambil sumber kalsium bersama-sama dengansumber zat besi, kerana kalsium akan mengganggu penyerapan zat besi sepenuhnya.
(3) Sumber asid folat (folic acid) juga membantu mengekalkan paras hemoglobin yang normal di dalam badan. Di Shaklee, sumber asid folat boleh di dapati dari Shaklee Vita-Lea & Shaklee B-Complex.

p/s: Buat ibu-ibu mengandung, jom cuba set Shaklee Eu-Four Packkami? Set inilah yang diamalkan oleh GenkiMomma sepanjangpregnancy ini. (^_-)
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* Berminat untuk mencuba produk Shaklee?
Hubungi  di ummusoffiya@gmail.com, atau SMS/whatsapp 012 6926782  untuk mendapatkan harga istimewa. Jom 

Tuesday, 24 April 2012

Susu Ibu dan Zat Besi

Salah satu ‘concern’ terhadap bayi yang menyusu ibu adalah kekurangan zat besi selepas usianya 6 bulan. Kenapa 6 bulan? Dan kenapa zat besi?

Saya telah berbincang dengan pakar kanak-kanak yang selalu kami kunjungi, kerana beliau seorang pro-breastfeeding.

Kata beliau, biasanya selepas 6 bulan, bayi sudah diberi makan, dan mungkin frekuensi minum susu berkurangan dari biasa. Jadi, kebanyakan ibu akan mula datang haid tatkala bayi berusia 6 bulan. Ketika kedatangan haid, wanita kehilangan sehingga 15% zat besi tubuhnya. Apabila tubuh ibu kehilangan zat besi, bekalan zat besi kepada susu ibu juga turut menyusut.

Zat besi kebanyakannya terdapat dalam sel darah merah, iaitu sebanyak 70%.

Kepentingan zat besi:
*Untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah
*Untuk pembentukan myoglobin dalam otot
*Membawa oksigen ke seluruh badan
*Penggunaan tenaga yang optimum.

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan :
*Anemia
*ADHD
*Kelesuan dan keletihan

Zat besi amat penting untuk perkembangan kanak-kanak yang sihat, sama ada dari segi fizikal atau mentalnya. Jadi, ibu yang menyusu terutamanya, patut mendapatkan zat besi secukupnya, terutama apabila sudah datang bulan selepas bersalin.


Vita-Lea Iron formula membekalkan keperluan zat besi harian. Lengkapkan pengambilan dengan Vita-C untuk memudahkan penyerapan.

AWAS!!! Zat Besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama-sama dengan (serentak) kalsium (Ostematrix) dan kacang soya (Soy Protein) kerana ia boleh mengganggu penyerapan zat besi.

So buat para wanita terutama ibu hamil dan menyusu, dapatkan sekurang-kurangnya VITALEA dan VITA-C Shaklee untuk kekal cergas dan cerdas di waktu ‘itu’.

credit
Hubungi saya dengan sms/whatsapp di 012 6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com  utuk maklumat lanjut.

bayi Perlukan Zat Besi

sumber:berita harian

Masalah anemia yang disebabkan kekurangan zat besi antara perkara yang kerap berlaku pada kanak-kanak. Lebih kurang 10 peratus remaja perempuan dan kanak-kanak mengalami masalah kurang zat besi.

Masalah kekurangan zat besi bagi kanak kanak berlainan daripada orang dewasa. Selalunya masalah ini disebabkan kekurangan zat besi dalam diet kanak kanak itu, ditambah lagi dengan keperluan zat besi yang lebih untuk tumbesaran kanak kanak. Masalah itu mungkin juga melembapkan perkembangan kanak-kanak terutama yang sedang membesar.

Disebabkan masalah perkembangan kanak kanak, adalah penting untuk mengesan dan merawat kanak kanak yang mengalami anemia kekurangan zat besi.

Siapakah yang mungkin mengalami masalah anemia kurang zat besi?

Bayi dari 0 – 6 bulan – sebab utama adalah bayi pramatang atau bayi yang beratnya rendah (kurang dari 2.5 kg)

Bayi 6 – 12 bulan – pada usia 6 hingga 9 bulan, bayi kerap mengalami anemia kurang zat besi. Ini disebabkan pertukaran pemakanan dari susu kepada makanan pejal. Berikutan itu cara pemakanan yang salah kerap berlaku dan menyebabkan kekurangan zat besi. Pada masa ini juga perkembangan psikomotor berlaku dengan cepat. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan masalah perkembangan psikomotor.

Kanak-kanak lebih dari satu tahun dan prasekolah – Masalah pemakanan yang boleh menyebabkan kekurangan zat besi adalah, penyusuan susu ibu secara eksklusif dan lambat memberi makanan pejal.

Remaja – Pada waktu ini terdapat kadar pertumbuhan tinggi. Masalah pemakanan dan permulaan haid bagi remaja perempuan adalah punca kekurangan zat besi.

Kenapa kekurangan zat besi berlaku?

Masalah utama kekurangan zat besi bagi enam bulan pertama ialah bayi pramatang. Ini kerana bayi pramatang tidak mempunyai bekalan zat besi mencukupi. Bayi yang berat badan berkurangan juga mengalami masalah sama. Oleh itu bagi kanak-kanak itu jika mereka hanya mengambil susu ibu adalah elok jika zat besi diberi sebagai zat tambahan. Jika susu formula diberikan, pastikan susu mengadungi zat besi.

Bagi bayi 6 bulan ke atas masalah utama kekurangan zat besi disebabkan pemakanan.

Sebab lain adalah penyusuan susu ibu yang lama dan eksklusif. Susu ibu mengandungi zat besi yang senang diserap tetapi kandungan zat besi hanyalah memadai. Kandungan zat besi ini tidak mencukupi bagi bayi 6 bulan ke atas jika pemakanan lain tidak diberi.

Jika susu lembu segar diberikan kepada kanak-kanak, bukan saja susu lembu segar ini mengandungi zat besi yang rendah, zat besi ini tidak boleh diserap dengan baik. Selain itu pemberian susu lembu segar boleh menyebabkan pendarahan kecil usus bayi yang tidak matang. Oleh yang demikian susu lembu segar tidak diberi kepada kanak kanak kurang dari 1 tahun, tetapi susu lembu segar dalam kuantiti kecil (dalam pemakanan) tidak menyebabkan masalah serius.

Bagi kanak-kanak setahun dan prasekolah, sebab utama kekurangan zat besi ialah pemakanan kanak-kanak itu bergantung banyak kepada susu. Ini mungkin berlaku kerana susu adalah cara pemakanan yang senang untuk kanak-kanak dan secara tidak langsung susu yang mengandungi zat besi kurang menjadi sumber pemakanan utama kanak kanak berkenaan.

Sebab lain menyebabkan kekurangan zat besi

Malabsorption (masalah penyerapan nutrient dari usus)
Infeksi parasit, cacing
Kekurangan zat besi dalam pemakanan

Tanda kekurangan zat besi berbeza bagi kanak-kanak jika dibandingkan dengan orang dewasa. Masalah anemia boleh menyebabkan kelihatan pucat kepada orang dewasa tetapi simptom lain adalah:

Perubahan kelakuan
Masalah perkembangan/ pemikiran
Kurang fungsi imun

Kurang aktif

Selain itu, kanak-kanak juga boleh mengalami masalah perkembangan fizikal, kurang selera makan dan masalah kanak-kanak suka memakan bahan bahan “ganjil” seperti tanah, kertas dan sebagainya

Cara untuk mengetahui anak anda mengalami masalah kekurangan zat besi adalah melalui analisis darah.
 
credit to permata cintaku

Hubungi saya melalui sms/whatsapp 0126926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Makanan Semulajadi Tambah Susu

thanks mommy

Menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya untuk mendapatkan susu perahan yang banyak, terutama bagi yang bekerja. Lebih2 lagi sekarang ni kita makin menghampiri Ramadhan… jadi makin giatlah aktiviti pengumpulan susu ini di kalangan ibu-ibu.

Bagi saya, set penyusuan (diambil bersama Energizing Soy Protein dan Performance Drink) amatlah membantu untuk ‘memperkasakan’ penghasilan susu ibu, tambah2 semasa berpuasa. Namun, ibu2 walaupun mengambil set penyusuan ni sebenarnya masih boleh mengambil apa saja milk booster yang ada di luar sana. Antara makanan penambah susu yang boleh didapati secara semulajadi ialah:


Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa… tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu. Belasah ajelah belalang.


Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil yang.


Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja :)


Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerlukan extra kalori.


Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu… mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.


Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya ;)


Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan malah memekatkan susu.


Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.


Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.

Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan.

KERAP MENGEPAM – setiap hari sekiurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.

Doa membanyakkan susu ibu:


Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya.

Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.

Kalau dah banyak sangat penambah susu, perlu lagi kah ambil set penyusuan? YA! Set penyusuan BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU, tapi memberi tenaga, kurangkan kelesuan, mengurangkan stress dan membahagiakan ibu… ibu gembira keluarga bahagia ;)

Hubungi saya untuk mendapatkan set penyusuan, khas untuk anda. Sms/whatapp ke 0126926782 atau email ummusoffiya@gmail.com

Budaya Penyusuan Ibu Mesti Dipertahan

 



CORAK penyusuan susu ibu di Malaysia menunjukkan cuti bersalin yang tidak mencukupi boleh menafikan hak bayi terhadap susu ibunya dan menjadi antara sebab mengapa pada 2006, hanya satu dalam tujuh bayi di negara ini mendapatkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dalam kehidupan si kecil.

Analisis data penyusuan susu ibu kebangsaan Kementerian Kesihatan menunjukkan, jumlah penyusuan secara eksklusif di negara ini tinggi pada dua bulan pertama iaitu mencatat lebih 40 peratus, tetapi menurun berterusan dua atau tiga bulan selepas itu apabila cuti bersalin habis dan ibu perlu pergi bekerja.

Peratusan itu menurun kepada 14.5 peratus iaitu di bawah paras standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Apa yang jelas, corak penyusuan itu turut memperlihatkan peratusan ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif selama enam bulan pertama di Malaysia adalah sangat rendah dan ia adalah antara kadar penyusuan paling rendah di Asia Tenggara.

Di Malaysia, secara umum wanita diberikan sehingga lapan minggu atau 60 hari cuti bersalin bergaji iaitu enam minggu kurang daripada 14 minggu yang disarankan oleh Konvensyen Perlindungan Kehamilan Persatuan Buruh 2000 (No. 183).

Melahirkan keprihatinan mengenai kadar penyusuan susu ibu yang rendah di negara ini, wakil Tabung Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) ke Malaysia, Youssouf Oomar, berkata tindakan segera diperlukan bagi mengatasi semua halangan yang tidak menggalakkan wanita bekerja daripada tidak menyusukan bayi mereka.

"Kita mesti mengukuhkan budaya penyusuan ibu sebagai sesuatu yang normal, semula jadi dan cara dikehendaki bagi penyusuan bayi mahupun kanak-kanak, di samping menyediakan tindakan khusus agar ibu bekerja berterusan dapat menyusukan anak mereka," katanya pada Forum Wanita Bekerja dan Penyusuan yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.

Youssouf berkata, memberikan cuti bersalin bergaji adalah satu cara bagi membantu halangan yang dihadapi ibu bagi memastikan penyusuan eksklusif dapat dilakukan dan pada sama, menjadi penyumbang ekonomi. Malah, wanita sememangnya layak dan berhak mendapat keistimewaan itu disebabkan sumbangan diberikan untuk menambahkan pendapatan rumah tangga serta ekonomi negara selain pengorbanan dan peranan mereka dalam pembangunan generasi.

"Pengorbanan yang dilakukan ibu bekerja menyentuh hati terutama apabila terpaksa meninggalkan bayi hanya selepas beberapa bulan melahirkannya dan kembali bekerja. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila selepas sembilan bulan mengandung, bayi itu menjadi sebahagian penting dalam hidup seorang wanita termasuklah kesakitan dilalui dan kegembiraan dibawanya," katanya.

Beliau berkata, pelaburan untuk masa depan anak mestilah bermula sebelum anak berkenaan dilahirkan dan bukannya ketika sudah mencapai tujuh tahun serta bersedia untuk menjejakkan kaki ke sekolah. Ini bermakna, adalah penting menjaga kesihatan, mendidik wanita dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan memberi keyakinan untuk menerima kehadiran bayi yang dilahirkan serta membesarkan mereka agar menjadi kanak-kanak sihat, ceria dan berkeyakinan.

Katanya, apa yang lebih penting memastikan hak wanita untuk menyusukan anak dilindungi bukan saja baik untuk perkembangan dan tumbesaran bayi serta memberi kebaikan kepada ibu berkenaan, tetapi turut membawa beberapa manfaat kepada keluarga, komuniti dan negara.

"Penyusuan dan kerja menggunakan masa dan tenaga wanita. Justeru, adalah penting penyesuaian bebanan kerja dibuat untuk wanita yang mempunyai anak kecil supaya mereka mempunyai masa dan tenaga untuk menyusukan anak. Ini tidak boleh dianggap tanggungjawab ibu sepenuhnya, tetapi tanggungjawab kolektif. Lebih-lebih lagi, Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) menyediakan asas bagi tanggungjawab kolektif bagi memenuhi hak kanak-kanak, termasuk mencapai standard kesihatan yang sempurna.

"Konvensyen mengenai peminggiran semua jenis diskriminasi terhadap wanita (CEDAW) pula menyatakan, hak wanita perlu disokong dalam melaksanakan peranan mereka sebagai ibu dan hak untuk tidak di diskriminasi di tempat kerja berdasarkan kehamilan atau pun melahirkan anak," katanya.

Pada majlis itu, sebagai tanda sokongan lebih 100 badan yang berjuang menyuarakan hak dan kepentingan penyusuan susu ibu sepakat menghantar memorandum bersama, Memorandum Perlindungan Kehamilan Yang Menyokong Wanita Bekerja kepada Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Datin Paduka Zaleha Ismail. Antara badan terbabit ialah beberapa jabatan kerajaan, hospital swasta dan umum, universiti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan sekerja dan profesional kesihatan.

Antara yang terkandung dalam memorandum itu ialah meminta agar cuti bersalin diberikan sebanyak 120 hari tidak termasuk cuti umum, manakala sepanjang cuti empat bulan, kerja boleh dibuat daripada rumah melalui internet. Memorandum berkenaan turut menggesa kemudahan disediakan di tempat kerja bagi ibu yang menyusukan anak. Ini termasuklah, menyediakan tempat atau ruang untuk memerah susu yang dilengkapi peti sejuk atau semua tempat kerja mesti menyediakan pusat asuhan kanak-kanak.

Senario penyusuan ibu di beberapa buah negara di dunia:

Sweden

Di Sweden, peratus penyusuan ibu secara eksklusif pada usia empat bulan sudah meningkat daripada kurang 20 peratus pada pertengahan 1970-an kepada 70 peratus pada 1997. Secara umum 15 peratus mendapat penyusuan ibu pada usia itu.

Perangkaan itu adalah tinggi oleh standard antarabangsa walaupun pembabitan wanita di tempat kerja adalah penting.

Fenomena itu menyumbangkan inisiatif lain seperti peruntukan 450 hari cuti berbayar keibubapaan dan gaji berbayar ketika waktu penyusuan dibuat dan kemudahan disediakan untuk penyusuan.

Perancis

Perancis pada masa kini mendapat 16 minggu cuti bersalin pada 84 peratus gaji minimum harian bagi anak pertama dan kedua. Untuk anak yang berikutnya cuti adalah 24minggu. Perancis antara negara yang mempunyai peratus penyusuan susu ibu yang rendah di Eropah.

Norway

Norway ialah negara yang mempunyai jumlah penyusuan tinggi di kalangan negara industri iaitu wanita bekerja mendapat manfaat cuti bersalin 42 minggu pada gaji penuh atau 52 minggu pada 80 peratus gaji.. Negara itu juga mempertimbangkan pilihan cuti keibubapaan anjal dan waktu kerja anjal sehingga dua tahun mengikut keperluan pekerja.

Belanda

Belanda menyediakan manfaat cuti bersalin 16 minggu dengan cuti berbayar penuh diikuti oleh cuti keibubapaan tidak berbayar sehingga enam bulan. Bagaimanapun, kakitangan kerajaan boleh mengurangkan kerja mereka 50 peratus sehingga enam bulan dengan menerima 75 peratus gaji mereka.

Amerika Syarikat (AS)

Di bawah Akta Cuti Perubatan dan Keluarga, AS menawarkan 12 minggu cuti keibubapaan tidak berbayar. Mereka mungkin mendapat perlindungan yang baik di bawah pelan manfaat kakitangan.

credit to permata cinta ku

Hubungi saya dengan sms/whatsapp ke 012 6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut