Thursday 29 March 2012

Nak Banyakkan Susu Dalam Pantang?

Assalamualaikum…
Dah lama tak update tentang penyusuan di sini.. Semenjak saya berniaga Shaklee, banyak ragam ibu-ibu yang saya jumpa. Alhamdulillah, ia mengajar saya supaya lebih banyak menambah pengetahuan supaya dapat consult ibu-ibu dengan baik. Malah ia juga banyak mengajar saya untuk bersabar dan banyak mendidik nilai-nilai dalam diri. Mungkin kerana itulah Rasulullah mengatakan 9 daripada 10 pintu rezeki adalah dengan berniaga. Malah mengajar saya supaya lebih dekat dengan Allah, dan yakin bahawa rezeki itu sepenuhnya milik Allah. Rezeki tu bukan sahaja wang, tapi juga kesihatan, makanan dan apa sahaja yang kita dapat manfaat darinya.
Ramai ibu-ibu yang menghubungi saya untuk banyakkan susu masa dalam pantang, atau lepas bersalin terus nak banyak susu. Perkara paling asas yang perlu difahami adalah konsep asas penyusuan susu ibu iaitu demand vs supply, semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu yang akan terhasil. Bukan bila makan shaklee, lepas bersalin terus susu turun mencurah-curah ya. Penghasilan susu juga bergantung pada hormon, jadi selepas melahirkan badan akan develop keupayaan untuk menghasilkan susu. oh ya, tak lupa juga perut bayi baru lahir sangat kecil, cuma sebesar 1 biji kacang pea. Jadi kalau susu turun mencurah2 tercekik la dia. Hebatnya kuasa Allah, susu akan terhasil mengikut keperluan bayi.
Semakin besar perut bayi, dia akan minum lebih banyak lagi, maka susu pun akan terhasil dengan lebih lagi. Bila payudara kerap dikosongkan ia akan menghantar signal kepada otak bahawa lebih banyak susu perlu dihasilkan kerana sentiasa ada demand. Sebab tu kalau perasan bila kita kerap miss masa pam, atau pam lambat dari biasa, maka penghasilan akan berkurangan sedikit demi sedikit.Ambillah sebanyak mana milk booster pun, sekiranya konsep asas ini tidak difahami, ia tidak akan dapat membantu anda untuk jangkamasa panjang.
Supplemen Shaklee membantu ibu kekal sihat dan segar kerana memenuhi semua nutrient yang diperlukan. Apatah lagi masa berpantang banyak makanan yang tak boleh dimakan. Jadi, bagaimana nak dapat khasiat? Maka, bila ibu sihat dan segar, ibu pun akan lebih gembira dan positif dan susu pun akan lebih mudah terhasil. Sebab tu banyak feedback yang kami terima bahawa dengan pengambilan Shaklee, susu bertambah banyak. Sebenarnya ia bertindak tidak secara direct. Anda akan dapati banyak lagi kesan-kesan positif yang lain.   Untyakan penyusuan susu ibu, fahami dulu asas penyusuan ya..   Selamat berjaya!!
credit to metrobestmom
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya di ummusoffiya@gmail.com atau SMS ke 012 6926782 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Kenapa Ibu Mengandung dan Menyusu Perlukan Kalsium?

Bukan menidakkan pemakanan tetapi hampir 90% daripada kita tidak dapat khasiat secukupnya hanya melalui pemakanan apatah lagi jika tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Apa yang boleh ibu semua lakukan adalah menambahkan supplement atau vitamin dalam diet harian anda.

Kenapa keperluan kalsium sangat kritikal semasa mengandung dan menyusu? Jika tidak penting masakan kita digalakkan mengambil susu semasa mengandung dan juga jika menyusukan anak. Semasa mengandung kita memerlukan kalsium yang lebih untuk menyokong pertumbuhan bayo dalam kandungan terutamanya semasa ini tulang-tulangnya terbentuk. Oleh itu ibu mengandung mesti mengambil kalsium untuk mengelakkan ibu mengalami kekurangan kalsium dalam badan yang boleh beri kesan pada ibu seperti kerapuhan tulang.

Badan kita boleh menyerap tidak lebih dari 500mg kalsium pada satu-satu masa. Dan tidak boleh melebihi 2500mg sehari. Sebab itu kita disarankan mengambil 4 bijik ostematrix sehari iaitu bersamaan dengan 1000mg sehari. Dan untuk memastikan kalsium ini mudah diserap oleh badan, pengambilan kalsium mestilah bersama dengan Vitamin D. OSTEMATRIX juga mengandungi vitamin D!


Dan ibu menyusu jangan pula menganggap kalsium hanya penting semasa hamil sahaja. Ibu menyusu pun perlukan 1000mg kalsium sehari bersamaan dengan 4 biji OSTEMATRIX. OSTEOMATRIX bukan sahaja penting untuk mengekalkan kalsium dalam badan tetapi juga bagus untuk mereka yang mengalami rasa kelesuan, penat-penat badan, rasa kejang dan keletihan yang melampau. Cubalah OSTEMATRIX hari ini untuk kesihatan yang lebih baik!





credit to permatacintaku
Hubungi saya dengan sms ke 012 6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Breast Makin Tegang Dan Punggung Lagi Anjal Dengan ESP!

Banyak betul testimoni menarik hasil dari pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) ni. Terbaru ada lagi kastemer yang mengakui keterujaannya menggunakan ESP kerana bukan sahaja untuk kepuasan dirinya malah mendapat pujian dari suami. Siapa tidak suka jika dipuji suami kan. Makin bersemangat kastemer ni bila mendapat tahu hasil setelah mengambil ESP sedemikian rupa.


Rupa ESP:

Untuk mendapat hasil seperti kastemer berikut pengambilan hendaklah konsisten. Tapi kastemer ini baru mengambil sebulan secara konsisten dan hasilnya WOW! Jom tengok apa katanya:

'en suami tegur ingatkan saya preggy sbb breast makin tegang n mantop and punggung lg anjal..ehehee tak de laa mcm plywood aje katenye..ehehe..'

Kenapa ESP boleh bertindak sedemikian rupa?

Kerana ianya mengandungi protein soya yang terpilih dan diproses dengan kaedah paling selamat. Protein adalah sangat baik untuk pembentukan sel-sel baru terutamanya memperbaiki balik struktur ydah uzur. Contohnya tisu-tisu breast yang kendur boleh menjejaskan penampilan kita di mata suami. Punggung yang tidak mantap juga mungkin menimbulkan rasa rendah diri di hadapan suami. Apa kata mencuba ESP untuk kembalikan semula keremajaan anda. Kita bukanlah ingin menjadi muda selamanya tetapi menjaga aset untuk suami adalah lebih dari segalanya. Tepuk dada tanya selera..
credit to permatacintaku

Hubungi saya dengan sms ke 012 6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Tuesday 27 March 2012

Nak Kurus!!


Pola penurunan berat badan secara umum
Setiap individu mempunyai tubuh badan yang berbeza. Jadinya, sangat PENTING untuk mengetahui pola penurunan berat badan supaya anda tidak mudah putus asa.

(1) Berat turun dahulu kemudian body shape on
Kebanyakan daripada mereka yang berdiet idamkan pola seperti ini di mana berat badan turun dahulu kerana sudah menjadi sebati dengan diri kita yang diet bermakna berat badan turun. Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini akan mula turun berat badan dalam kuantiti yang agak besar sebelum masuk ke peringkat stagnant period.
...
Selalunya mereka yang berbadan besar serta perlu kurangkan berat badan dalam 10-20kg akan tergolong dalam kumpulan ini

(2) Berat badan TIDAK berubah kemudian berat turun
Kumpulan ini akan mula merasakan mereka kehilangan inci tapi jarum penimbang tidak menunjukkan sebarang penurunan berat badan. Ramai yang kecundang kerana tidak sabar. Jika anda termasuk dalam kumpulan ini, anda perlu teruskan program diet seperti biasa tanpa mengubah sebarang rutin diet.

Selalunya mereka yang berbadan sederhana dan perlu kurangkan berat badan kurang daripada 10kg akan tergolong dalam kumpulan ini.

Tips untuk DIET bagi elakkan anda kecundang di awal perjuangan
(1) Pastikan anda bukan sahaja menimbang berat badan anda, tetapi pada masa yang sama mengambil ukuran badan anda..Ingat saya cerita tentang pola penurunan no 2.
(2) Letakkan satu target yang jelas seperti baju atau seluar yang saiz lebih kecil daripada sekarang. Gantung baju / seluar berkenaan di tempat yang anda boleh nampak setiap hari sebagai motivasi diri
(3) Kongsikan dengan orang disekeliling yang anda sedang berdiet. Jika mereka memperlekehkan hasrat anda itu, jangan bersedih sebaliknya jadikan kata-kata negative itu sebagai PEMANGKIN untuk anda membuktikan yang mereka bersalah.

Harapnya bagi mereka yang baru atau pernah gagal sebelum ini, teruskan tekad anda kerana hanya anda yang mampu mengubah diri anda.

Kelebihan Wanita Mengandung yang Mual di Pagi Hari (Morning sickness)



Terdapat sebilangan wanita mengandung yang akan mengalami muntah atau mual terutamanya di waktu pagi. Ramai wanita yang mengalami keadaan seperti ini. Tapi jangan bimbang, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Berikut disenaraikan kelebihan bagi wanita-wanita mengandung yang mengalami mual atau muntah terutamanya di awal kehamilan:

1. Risiko keguguran lebih rendah dibanding dengan mereka yang tidak mengalaminya.

2. Mual merupakan mekanisme perlindungan untuk embrio yang masih muda. Kepekaan ibu terhadap pelbagai makan dapat menjauhkannya dari makanan yang berpotensi membahayakan si bayi yang belum lahir.

3. Kematian bayi selepas dilahirkan lebih rendah pada wanita yang mengalami mual-mual.

4. Mual-mual berkaitan dengan rendahnya risiko kelahiran pra-matang.

5. Lebih tingginya berat lahir.

6. Lebih rendahnya kecacatan selepas dilahirkan.

7. Ukuran plasenta bertambah - Kurang makan disebabkan mual menyebabkan kurangnya pertambahan berat badan di awal kehamilan. Kurangnya berat badan menyebabkan peningkatan ukuran plasenta yang menyalurkan darah kepada janin yang sedang tumbuh. Plasenta yang lebih besar menjamin tersedianya makan dan oksigen yang sihat.

Sumber : Deepak Chopra, MD. Panduan Holistik Kehamilan & Kelahiran.

Monday 26 March 2012

Buruknya Stretch Mark Aku!

Oh tidak! Buruknya stretch mark aku ni..tambahan lagi selepas bersalin. Itu mungkin kata-kata anda iaitu seorang ibu yang amat mementingkan penjagaan diri. Siapa tidak risau dengan stretch mark kan. Puas sapu minyak, macam-macam ubat namun tidak berhasil. Apa kata cuba yang lain? Ianya bukan hanya dalaman tetapi untuk luaran juga.



Sebelum itu amalkan juga tips-tips ini untuk mengurangkan stretch mark:
1. Jaga berat badan yang seimbang, amalkan pemakanan yang sihat. Tambahkan sayuran, buah dan protein dalam diet anda. Jangan lupa ambil omega 3 dan juga flax seed oil.

2. Guna pelembab yang mengandungi Vitamin A dan Vitamin E.

3. Minum air masak secukupnya.

Kenapa perlunya omega 3 dalam diet untuk kurangkan strech mark ni?

Ini adalah omega guard shaklee. Kaya dengan omega 3 fatty acid.
Sebabnya ada pada omega 3 ini. Ianya akan merangsang secara semulajadi pengeluaran kolagen yang memberi keanjalan kepada kulit. Secara lembut ianya akan mengurangkan kesan stretch mark.

KENAPA Vitamin E?

Ianya adalah anti aging yang mana akan merawat kedutan dan garis-garis halus yang tidak diingini.Ia juga dikenali boleh mengurangkan tanda stretch mark yang tidak disukai terutamanya para ibu.

Apa kata mencuba keduanya untuk hasil yang diingini? Kajian menunjukkan mana-mana vitamin atau krim tidak berupaya menghilangkan tanda stretch mark 100% tetapi hanya boleh mengurangkannya semaksima yang boleh. Cubalah hari ini:)


Hubungi saya dengan sms ke 0126926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.credit

Breastfeeding & Asthma dan Hubungan dengan Fish Oil

Jom baca!




Breastfeeding your newborn baby for at least the first six months can significantly reduce your child’s risk of developing childhood asthma and other allergies. Around one in nine Australian children has been diagnosed with asthma.

Factors in the rise of childhood asthma 
Australia has one of the highest asthma rates in the world. The Australian Bureau of Statistics estimates that more than 2.2 million Australians are affected by asthma. Some of the factors that may have contributed to the rise in childhood asthma over the past decade include:

^^ Increased exposure to viral infection while young
^^ Changes in lifestyle
^^ Exposure to house dust mite
^^ Not enough oily fish in the Australian diet <---- Fish Oil boleh mengurangkan risiko bayi yg dilahirkan mendapat asthma sehingga 80% ^^ Less women breastfeeding their newborn babies.

A six year research study

The rate of breastfeeding in Australia has declined, mirroring the rise in childhood asthma. Whether breastfeeding offers a child any protection against developing asthma and other allergies has long been controversial in the breast-versus-bottle debate.

Researchers in Western Australia tracked over 2,000 children from birth to six years of age and found that breastfeeding for at least six months significantly reduces a baby’s risk of later developing asthma and other allergies.

There has been further research done overseas on asthma and breastfeeding with inconsistent findings. Researchers agree that further investigation needs to be done on the relationship between cows milk allergy from bottle feeding and breastfeeding.

A skill to be learned

Breastfeeding is a learned skill and it may take time for the mother and baby to master it. Some women give up trying to breastfeed because they are worried their baby might not be getting enough milk during the learning and establishing process. If you are having trouble breastfeeding your baby, there are lactation experts available to help you.

Jadi, pastikan anda mula mengambil minyak ikan dari Trimister kedua kehamilan sehingga habis menjayakan penyusuan exclusive anda! 

Untuk mendapatkan Pati Minyak Ikan Tulen dari Shaklee, OmegaGuard pada harga yg sungguh ISTIMEWA sila hubungi saya di ummusoffiya@gmail.com atau ditalian 012 6926782 credit

Wednesday 21 March 2012

Ostematrix – Nutrien Untuk Membina Tulang Yang Unik


by Mommy Lyna


Nenek nenek si bongkok tiga… siang mengantuk malam berjaga…
Bongkok… adalah gejala bongkok ni merupakan proses semulajadi penuaan? Dalam ertikata lain, bila dah tua, automatik akan menjadi bongkok. Benarkah?
Mengikut teori terbaru, proses penuaan tidak berkaitan dengan usia tua. Maknanya usia muda pun boleh mengalami proses penuaan, dan kalau tua pun tak semestinya mengalami proses penuaan.
Bagaimana? Salah satunya ialah membekalkan tubuh dengan nutrien yang diperlukan secukupnya!
Bagi mengatasi masalah bongkok yang juga merupakan salah satu gejala osteoporosis (tulang ‘reput’).. Oh ya kalau dalam iklan TV An**** tu selalu kata yang wanita Malaysia hanya mendapat 50% kalsium harian, dan jisim tulang mula merosot bila kita mula mencedah usia 30 tahun. Mahukah cepat bongkok? Tentu tidak kan?
OK sebelum itu, apakah kalsium ni? Biasa orang kaitkan kalsium dengan tulang, kan? Sakit tulang.. kurang kalsium.. nak kuatkan tulang.. banyakkan makan kalsium.. Sebenarnya, BUKAN KALSIUM SEMATA-MATA yang terlibat dalam pembinaan tulang. Bayangkan macam ni.. kalsium adalah batu-bata dalam proses pembinaan tulang. Bolehkan kita membina bangunan yang kukuh dengan batu-bata sahaja tanpa simen atau mortar untuk melekatkannya antara satu sama lain??? Tak boleh kan? Di sinilah pentingnya mineral lain seperti magnesium, boron, zink, kuprum, mangan vitamin K dan vitamin D.
Memperkenalkan…
ostematrix shaklee
Ostematrix! Bukan sekadar kalsium…
Ostematrix mengandungi gabungan sempurnabatu bata-dan-mortar untuk membina tulang yang kuat dan sihat.
  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
  • Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang
OsteoMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS .Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.
Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?
  • Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
  • Terbukti secara klinikal
  • Mudah ditelan dan mudah diserap badan
  • VITAMIN SEMULAJADI!
Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?
  • Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
  • Wanita yang mengalami gejala PMS
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain
Dapatkanlah Ostematrix hari inin. Jangan sampai dah sakit-sakit tulang baru nak cari.. menyesal nanti ;)

Hubungi saya di 0126926782 atau email ummusoffiya@gmail.com
RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM)

Credit :
http://www.farwizahmidlove.blogspot.com/

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
...
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)

6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)

12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

» Protein merupakan asas binaan setiap sel. Oleh itu, pengambilan sumber protein yang baik TERLALU PENTING untuk tubuh kita

»» Mengekalkan kesihatan atau merawat setelah parah? Pilihan ditangan kita !

Shaklee Independent Distributor : ID 865564 »__«
PM : Norlia Bt Ahmad
Email : ummusoffiya@gmail.com
Sms.whatsapp.viber : 012 6926782

Posisi Susukan Bayi

Kali ini saya berkongsi posisi menyusukan bayi. Ibu yang menyusu bolehlah mencuba ye :)

1. POSISI CRADLE HOLD
Posisi ini paling biasa dilakukan oleh ibu semasa menyusukan bayi mereka terutamanya untuk bayi yang baru lahir. Caranya pegang bayi dengan cara menampung/mengampu dengan tangan dan dekatkan mulut bayi kepada payudara.Boleh juga meletakkan bantal untuk menyokong lengan ibu dan juga memastikan penyusuan berjalan dengan selesa.
















2. CROSS CRADLE HOLD
Sama seperti cradle hold cuma tangan si ibu memainkan peranan dalam mengawal kepala bayi. Posisi ini sesuai bagi bayi pramatang dan ibu yang mempunyai puting bersaiz kecil.


















3. THE FOOTBALL HOLD
Posisi yang sesuai untuk ibu yang bersalin secara caesarian. Gunakan bantal untuk mengampu bayi dan kaki bayi perlulah diletakkan di bawah lengan anda.















4. LYING DOWN
Posisi yang sangat popular terutamanya sewaktu tengah malam. Ibu boleh rehat di samping susukan bayi :)



Hubungi saya dengan sms ke 012 6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com

Baby Jaundis (Kuning), Penyebab Dan Cara Mencegah

Biasa kita dengar baby baru lahir kena sakit kuning kan? Kulit bayi akan berubah menjadi warna seakan pucat kekuningan. Penyebabnya adalah kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah.Semasa dalam perut ibu, hati ibu yang akan membuang bilirubin, tetapi bila bayi dilahirkan, proses tersebut diambil alih oleh hati bayi.Jaundis akan terbentuk kerana hati bayi masih belum matang untuk menyingkirkan bilirubin ini.Ia biasanya berlaku pada hari ke 2 atau 3 selepas dilahirkan.

APA SEBABKAN JAUNDIS?
Bilirubin merasal dari sel darah merah. Apabila sel darah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Bilirubin ini akan diproses oleh hati dan akan disingkirkan melalui proses perkumuhan iaitu pembuangan najis dan air kencing.
ADAKAH JAUNDIS BAHAYA
Kebanyakan jaundis adalah mild jaundis dan ianya akan hilang sendiri dan bersifat sementara. namun ianya boleh menjadi bahaya jika kandungan bilirubin terlalu tinggi boleh menjejaskan pendengaran bayi anda. Oleh itu awasi tanda-tanda jaundis dan segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

PUNCA-PUNCA JAUNDIS YANG LAIN
1. Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
2. Ketidak sesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO.
3. Terlalu banyak sel darah merah(polycythemia)
4. Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna.
5. Komplikasi semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum.
6. Jaundis juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya.
7. "Breast milk jaundice"."Breast milk jaundice" boleh terjadi di sebabkan oleh kandungan susu ibu yang luar biasa di mana ia mungkin mengandungi komponen "beta glukoronidase" yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin.


BAGAIMANA MENCEGAH JAUNDIS?
Jaundis berlaku dalam 50%-70% pada bayi yang baru lahir. Tiada cara yang khusus untuk mengelakkan tapi mungkin tips berikut boleh dijadikan panduan untuk membantu mengelakkannya menjadi lebih teruk.
1.Susukan bayi dengan susu ibu seawal jam pertama selepas kelahiran.
2.Bertanyalah pakar laktasi cara-cara menyusu dengan baik. Pastikan bayi menyusu dengan cara yang betul untuk memastikan dia mendapat susu yang cukup.
3.Susukan bayi dengan kerap. Tidak perlu jadual yang khusus semasa hari-hari dan minggu terawal.Susukan bayi bila-bila masa yang dia perlu dan jangan lupa kejutkan bayi untuk menyusu 2 jam sekali sekurang-kurangnya.Ini kerana jaundis menyebabkan bayi mengantuk.
4.Susukan bayi dengan susu ibu 8-12 kali sehari. Makin banyak bayi minum, makin banyak proses pembuangan dan secara tidak langsung dapat menyingkirkan bilirubin.

Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Kenapa DHA Penting Semasa Hamil dan Menyusukan Anak?

 
Tahukah anda berapa amount yang sepatutnya ibu perlu ambil semasa mengandung dan menyusu?
Ibu mengandung dan menyusu disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 200mg DHA setiap hari.Kenapa ianya sangat perlu?


Semasa bayi dalam kandungan,otaknya berkembang dengan sangat pesat berbanding fasa lain dalam perkembangan seorang individu.Masa inilah pentingnya asid lemak untuk menyokong pertumbuhan otak bayi.

Otak bayi, mata dan nervous system bayi berkembang semasa dalam kandungan dan tahun pertama selepas kelahiran. Keadaan ini terutamanya semasa hamil dan menyusu, ibu perlu mengambil DHA yangmencukupi untuk memastikan bayi berkembang dengan baik.

Apa kepentingan DHA untuk bayi dalam kandungan?DHA amat penting masa kehamilan tambahan lagi pada 3 bulan terakhir kerana masa inilah otak bayi berkembang paling pesat. Pengambilan DHA juga amat diperlukan pada ibu yang menyusu kerana tiga bulan pertama selepas kelahiran kandungan DHA dalam otak bayi meningkat 3 kali ganda pada masa ini.

Banyak kajian yang menyatakan kandungan DHA yang mencukupi BOLEH MEMBANTU fungsi kognitif bayi iaitu kebolehan belajar dan perkembangan mental semasa bayi membesar.

Satu kajian pada 2003 yang dijalankan untuk membuktikan hubungkait DHA dengan kepintaran, diterbitkan dalam jurnal pediatric menunjukkan kanak-kanak yang ibunya mengambil DHA sepanjang kehamilan mempunyai markah yang tinggi pada ujian kepintaran berbanding kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil supplement DHA semasa hamil.

Satu lagi kajian menunjukkan bayi yang menyusu susu ibu memperolehi IQ yg 6-10 markah lebih tinggi dari bayi yang mengambil susu formula kerana susu ibu mengandungi asid lemak penting yang dikenali sebagai DHA.

Tidak syak lagi DHA sangat penting buat ibu-ibu hamil dan menyusu. Apa ditunggu lagi. Dapatkan hari ini!



Hubungi saya dengan sms ke 012 6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com

Leg Cramps (Kejang Kaki) Waktu Hamil

Pernah tak ibu-ibu semua alami kekejangan kaki sewaktu hamil? Lebih-lebih lagi di waktu malam tiba-tiba boleh terbangun hanya kerana kejang kaki? Orang-orang lama kata simpul biawak. Walau apa pun namanya ianya tetap tidak menyelesakan bukan?

Kenapa terjadinya kejang kaki ni?
Tiada sebab yang khusus tapi mungkin kerana seharian ibu terpaksa menampung berat baby dalam kandungan. Juga ada kemungkinan bayi alam perut menekan saluran darah ibu yang menyebabkan tekanan berlebihan.

TIPS UNTUK ELAK KEJANG KAKI
1. Elakkan duduk bersilang kaki dengan jangka waktu yang lama.
2. Pakai kasut yang sesuai. Semestinya yang bertapak rata dan menyokong berat badan semasa hamil.
3. Berjalan kaki
4. Pastikan minum air yang cukup untuk elakkan dehidrasi.
5. Mandi air suam.
6. Ambil kalsium,potassium dan magnesium.


Kejang kaki tandanya anda kekurangan KALSIUM. Ini kerana jika anda kekurangan kalsium dalam badan, bayi yang dikandung akan mengambil kalsium dari anda. Ini akan memberi kesan pada anda di masa hadapan. Ibu yang hamil sepatutnya mengambil 1200mg- 1500mg kalsium setiap hari. Cuba kira apa yang anda ambil. Cukupkah?

Kenapa perlu sangat kalsium ni? Ini kerana setiap jam 13mg kalsium akan dilepaskan kepada placenta! Bayangkannya hmmm..

Antara makanan yang kaya dengan kalsium:

1. Susu
2. Keju
3. Sardin
4. Ikan salmon
5. Yogurt

Jika anda ragu-ragu adakah cukup pengambilan kalsium seharian boleh cuba OSTEMATRIX Shaklee kerana ianya mengandungi Kalsium, Vitamin D dan Magnesium yang sangat-sangat diperlukan oleh ibu mengandung. Vitamin prenatal sepatutnya mengandungi sekurang-kurangnya 150mg kalsium. OSTEMATRIX shaklee mengandungi 250mg KALSIUM! Jagalah kesihatan sewaktu mengandung kerana bukan sahaja untuk kebaikan diri kita tetapi juga anak dalam kandungan.
 
credit to permatacintaku




Hubungi saya dengan sms ke 012 6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Friday 16 March 2012

Bayi Songsang / Breech

Bayi songsang selalu dikaitkan dengan kedudukan bayi yang menyongsang dari yang sepatutnya iaitu kepala di atas dan kaki di bawah walaupun kandungan telah mencecah 8 bulan (32 minggu). Bayi songsanag akan menyebabkan punggung atau kaki keluar dahulu dan ini biasanya kalau boleh kita hendak elakkan kerana risiko bayi lemas boleh berlaku.


Ada juga mengaitkan songsang ini dengan kelahiran tidak cukup bulan atau pramatang. Kenapa ianya berkait? Sebab biasanya hampir 90% bayi adalah berkedudukan normal tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang songsang. Mungkin juga disebabkan pengiraan tarikh kitaran haid yang tidak betul dan semakan perlu dibuat. Jika tarikh kitaran betul, berkemungkinana ada faktor lain iaitu air ketuban berlebihan atau berkurangan. Betul atau tidak wallahua'lam.

Jika bayi songsang dan kelahiran semakin hampir biasanya doktor akan memberi 2 pilihan iaitu:

1. ECV (External Cephalic Version)- kaedah untuk pusingkan bayi ke kedudukan normal oleh pakar bertauliah.

2.Caeserian - secara pembedahan

Walau apa pun sebagai ibu kita mengharapkan yang terbaik namun jika sudah ditakdirkan terimalah dengan hati terbuka. Banyakkan info-info tentang kelahiran songsang moga kita lebih yakin dan berlapang dada.

credit to permatacintaku

Thursday 15 March 2012

Energy Booster – Vitamin Untuk Tambah Tenaga

by Mommy Lyna
Apa yang anda biasa lakukan untuk tambah tenaga? Dan apa yang menyebabkan seseorang kehilangan tenaga?
Umum tahu untuk mendapatkan tenaga kita perlukan makanan – sumber makronutrient. Namun tahukah anda badan kita memerlukan vitamin untuk menjana tenaga dari makanan?
Tubuh kita tidak boleh membina vitamin sendiri, justeru ia memerlukannya dari makanan. Namun sayangnya, selain dari diet yang tidak seimbang, makanan ‘berzat’ yang kita makan tu kehilangan zatnya setelah melalui pelbagai proses.
Kesan kekurangan vitamin membuatkan badan menjadi lesu, mudah diserang sakit, etc. kerana badan kita perlu bekerja keras untuk membuat kerja yang mudah2, misalnya menukarkan makanan kepada tenaga. Akhirnya sistem badan kita menjadi lesu.
Jadi, apakah vitamin yang penting untuk melakukan kerja ini? Ya, itulah vitamin B for BOOSTER! Vitamin B Complex yang terdiri dari 8 jenis vitamin B adalah amat penting untuk sintesis tenaga, dan menurunkan berat badan sebab,.. bila dah bertenaga tu mesti tak susah nak buat senaman, kan?
8 vitamin dlm B Complex bekerja bersama2 untuk menghasilkan tenaga dari makanan kita. Ia menjaga semua mekanisma penghasilan dan pengedaran tenaga ke seluruh sel. Vitamin B juga adalah vitamin penenang… Bila tak stress & penat, fikiran pun lapang ^__^
Cukupkah dengan B Complex saja?
Untuk melengkapkan lagi sebaiknya gandingkan B Complex dengan vitamin & mineral di bawah:-
–Vita-Lea
–Vita-C
–Ostematrix
–Zinc
–Energizing Soy Protein
–Performance Drink
–Cinch Energy Tea Mix
Jangan lupa menjaga pemakanan & hubungan dengan Tuhan!
Pastinya lebih tenang dan senang apabila kita memberikan tubuh & jiwa kita makanan yang sepatutnya :)


Hubungi saya untuk membuat pesanan ya ;)

Tuesday 13 March 2012

4 Set Vitamin Shaklee Terbaik Untuk Penyusuan

Kini ramai ibu menyusu badan yang memilih untuk mengambil suplemen vitamin untuk kesihatan, tenaga, menurunkan berat badan dan membantu dalam penyusuan. Namun menjadi dilema untuk ibu2 ini tentang set mana yang sesuai buat mereka.

 Jom kita tengok 4 set penyusuan Shaklee yang popular tu. Jadi, set manakan yang sesuai untuk anda ibu yang menyusu badan?

Empat set itu ialah:

Set Penyusuan
Keterangan
Range Harga
Set B (Vitamin Asas Penyusuan dengan Alfalfa)
* Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
* Sesuai untuk semua ibu (termasuk yang tidak menyusukan anak)
* Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
* Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
* Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
***tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain
Trial Pack : Bawah Rm100
Full Pack : Bawah RM280
Set Eu Four Pack (Vitamin Asas Penyusuan dengan Kalsium)
* Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
* Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid .
* Alternatif kepada set B untuk ibu yang ada masalah dengan alfalfa.
* Sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktosa.
* Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D serta mineral lain.
Trial Pack : Bawah RM150
Full Pack : Bawah RM300
Set E (Set Penyusuan dengan Alfalfa dan Kalsium)
* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
* Menambahkebaikan antara set B dengan set Eu Four Pack.
***tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain
Trial Pack : Bawah RM150
Full Pack : Bawah RM300
Set Eu Four Pack Plus (Vitamin Asas Penyusuan dengan Kalsium dan Protein)
* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium dan ESP, tanpa alfalfa.
* Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan tapi alah dengan alfalfa.
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation .
Trial Pack : Bawah RM260
Full Pack : Bawah RM400
Set Triple M (Set Penyusuan B, Lengkap dengan Kalsium dan ESP) - highly recommended!
* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
* Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation  ***tidak boleh diambil oleh ibu/ibu yang mempunyai bayi elergi alfalfa, SLE & penyakit autoimmune yang lain
Trial Pack : Bawah RM300
Full Pack : Bawah RM450

*hubungi saya untuk mendapatkan harga bagi setiap set.

**setiap set di atas adalah untuk memenuhi KEPERLUAN FISIOLOGI DALAMAN sahaja. Puan2 harus mengikuti konsep penyusuan (supply-demand) untuk penghasilan susu badan yang banyak dan mencukupi untuk di manja, dengan sokongan set-set kami.

**kami tidak menjamin keberkesanannya sekiranya Puan tidak mengepam susu badan mengikut jadual.
 
credit to Mumy
*Hubungi saya di ummusoffiya@gmail.com / 012-6926782 utk sebarang pertanyaan/pesanan/konsultasi
 

Wednesday 7 March 2012

Atasi Susu Ibu Kurang Di Awal Kelahiran

Info yang sangat berguna buat bakal ibu dan para ibu sekalian..dan juga buat mereka yang ingin consume vitamin/suppliment sahklee. Pengambilan supplement/milk booster/ ini sebenarnya perlu seiring dengan usaha yang kerap untuk mengosongkan payudara (breast) ibu kerana ia sangat perlu/penting dan menjadi kunci utama dalam konsep supply & demand yang mana sangat penting dalam proses penghasilan susu ibu. Kalau payudara tidak dikosongkan ataupun tidak kosong dengan betul, bagaimana susu yang baru nak dihasilkan, bukan?..

by Mommy Lyna

Saya sering berjumpa ibu-ibu baru yang menyatakan bahawa..
“Dah buat macam2, dah makan macam2, dah berurut.. tapi susu masih kurang”
Bila saya bertanya kembali “Berapa kerap kamu menyusukan bayi? Bagaimana kamu tahu susu ibu yang kamu hasilkan tak cukup?”
Jawapannya “Macamana nak susukan kalau susu tak ada? Dari hari pertama tak keluar apa-apa. Hari ketiga baru ada sedikit. Mana cukup”
Ini adalah kesilapan terbesar seorang ibu yang berhasrat untuk menyusukan anaknya – tidak menimba ilmu penyusuan susu ibu sebelum mula menyusukan anak.
Apabila tidak mendapat ilmu yang sebenarnya, kita lebih senang membuat anggapan.
  • Anggap penyusuan adalah proses semulajadi yang amat mudah.
  • Anggap ibu ‘yang bertuah’ saja boleh menyusukan anaknya, iaitu yang anaknya lahir saja terus susu memancut-mancut macam air paip.
  • Anggap diri tiada susu kerana tiada susu yang mengalir keluar.
  • Anggap tidak boleh menyusukan kerana tiada susu dan bayi dah menangis lapar.
  • Anggap setiap tangisan bayi adalah kerana kelaparan.
Saya tidak salahkan ibu-ibu ini.. mungkin mereka tidak mendapat akses untuk mendapatkan maklumat yang sebenarnya tentang penyusuan.

Malah, biasanya bila kita cari maklumat tentang ‘cara membanyakkan susu’, kebanyakan petua yang diberi lebih kepada pemakanan untuk membanyakkan susu, urutan dan sebagainya; dan hampir tak ada (merujuk kepada petua2 tersebut) yang menyebut tentang:
  • Menyusukan bayi seawal setengah jam pertama kelahiran.
  • Susu awal atau kolostrum adalah susu yang paling berkhasiat dan diperlukan untuk membina antibodi si manja.
  • Kerapkan menyusu bayi untuk mendapatkan stimulasi atau rangsangan yang secukupnya.
  • Banyaknya susu dipengaruhi oleh keperluan bayi, oleh itu ibu perlu kerap menyusukan bayi dan mengepam bagi menghasilkan demand ini.
Secara tak langsung ia membuahkan salahtanggapan terhadap ibu-ibu baru yang kekurangan akses kepada maklumat yang betul (biasanya website2 pejuang susu ibu dan buku2 tentang penyusuan ibu).
  • Mula mengambil makanan penambah susu ibu sejak dari kehamilan dengan harapan dapat menyusukan anak kelak.
  • Menunggu payudara bengkak/rasa ada susu baru nak mula menyusukan bayi.
  • Memulakan episod ‘penyusuan ibu’ dengan mengambil milk booster dan mengurut tapi tidak menyusukan bayi dengan susu ibu.
susu ibu
Bercakap soal rezeki, ya memang benar, setiap orang ada rezeki masing2. Mungkin ada ibu yang rezeki susu anaknya dari ibu yang lain. Mungkin ada juga ibu yang rezeki susu anaknya dari makhluk Allah yang lain… namun sebagaimana kita boleh belajar dan berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan semasa di sekolah, atau di universiti, atau di tempat kerja, pasti ada jalan penyelesaian dalam memberikan bayi kita susu ibu, susu yang terbaik.
Walau bagaimanapun, ini adalah cabaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, dan mengakui diri sebagai penggiat susu ibu, untuk menyampaikan pengetahuan tentang penyusuan susu ibu terhadap ibu2 ini. Pandanglah mereka dengan empati, bukan niat mereka untuk ‘salah anggap’ terhadap konsep penyusuan, mungkin kerana penggiat susu ibu tak cukup banyak buat kerja?



Power Pumping

As Salam buat ibu-ibu yang ingin tahu tentang power pumping boleh la baca entry di bawah.
 
Nak share something la dengan mommies out there... saya pun kekadang confuse dengan power pumping.. so saya up kan pasal power pumping... Samelah kita share..


Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha

Tuesday 6 March 2012

GLA Shaklee - Penawar Kesuburan Untuk Dapatkan Anak

Kali ini kita fokus pula pada kelebihan GLA Complex Shaklee yang menyumbang kepada kesuburan. Kenali dahulu GLA itu apa sebenarnya.




GLA adalah sejenis asid lemak omega 6. Oleh kerana omega 6 tidak boleh dihasilkan oleh badan, maka kita perlu mengambil supplement sebagai cara untuk mendapatkannya. GLA Shaklee ini terhasil dari 'borage oil' yang sememangnya kaya dengan asid lemak omega 6 yang mana antara fungsinya adalah meningkatkan kesuburan dengan memperbaiki struktur sel pembiakan. Apabila sistem pembiakan kembali subur maka peluang untuk mendapatkan anak juga lebih tinggi. Kita hanya berusaha, Dia yang menentukan,tidak salah mencuba bukan.

Dalam pada mencuba tu sudah ada pengguna yang mengambil GLA untuk kesuburan ternyata mendapat hasil positif. Tahniah kepada 2 rakan kita yang telah berjaya mengandung! Tumpang gembira dan syukur tidak terhingga!

'Slm kak.sy nk kgsi brta y sgt mgmbirakn sy n suami.sy prgnt kak..tp sy blm pg bt scn ttp cyst sy tu.mdh2n cyst sy ni smkn plh.tp sy bnr2 xmygka sy prgnt kak.ms y dh lm sy tgu.nk tny,gla tu blh sy truskn mkn k kak?msh ad 4bj lg.folid acid bgs mkn ms prgnt kan kak?

Customer ini juga mengalami cyst dan mengambil GLA Complex Shaklee untuk merawat cystnya. Tapi result untuk cyst belum lagi diketahui. Kita tunggu respon darinya bila beliau pergi scan nanti ye!Jika cyst ini juga hilang maka bertambah-tambah la syukur kerana dia mendapat 2 kebaikan dari GLA ini.

Hubungi saya dengan sms ke 012-6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Saturday 3 March 2012

Set Confinement, Bersalin/Berpantang/Pembedahan/Rambut Gugur Shaklee

Sumber Mommy Lyna

Bagi ibu yang sedang hamil pastinya sedang mencari set bersalin yang sesuai, terutama yang menyusukan bayi. Antara kriteria yang biasanya menjadi pilihan ibu ialah set bersalin yang mudah, murah dan tidak memberi kesan kepada bayi yang menyusu.
Antara set bersalin yang menjadi pilihan adalah yang berasaskan ramuan tradisional seperti herba dan sebagainya seperti jamu, dan set bersalin yang terdiri dari pil-pil.
Kini ada pilihan yang lebih mudah untuk ibu2 terutama yang mementingkan kesihatan dalaman, berpantang sendiri serta menyusukan anak.


Set C atau set confinement, kini bukan sahaja set bersalin, malah mempunyai banyak kegunaan:-
. Berpantang
. Selepas Pembedahan (apa jua pembedahan)
. Rambut Gugur
Set ini terdiri dari 4 jenis vitamin dan mineral:
- VITA-LEA
- B COMPLEX
- VITA C
- ZINC COMPLEX















Yang boleh membantu anda terutama ibu-ibu baru bersalin, mereka yang menjalani pembedahan serta masalah rambut.
Ibu lepas bersalin bukan saja memerlukan khasiat vitamin dan mineral secukupnya, malah air yang mencukupi untuk menjalankan sistem tubuh yang unggul. Set Confinement Shaklee membantu ibu relaks, membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang menyusukan.
Pengamal set Confinement Shaklee ini juga mengambil supplemen di bawah sebagai add-on:
- LECITHIN
- ALFALFA
- ENERGIZING SOY PROTEIN
- OMEGA GUARD
Dapatkan hari ini untuk bekalan sepanjang berpantang! Set bersalin Shaklee pastinya teman baru yang digemari ^___^
Untuk para suami, pilihlah set bersalin terbaik untuk isteri anda.


Happy mama, happy baby, happy daddy!
 
Hubungi saya untuk keterangan lanjut di talian 0126926782 atau email ke ummusoffiya@gmail.com
 
 
 
 
 

QUICK tips tambah susu

Tiada cara yang betul atau salah dalam usaha menambah pengeluaran susu ibu kerana sesetengah kaedah berjaya bagi ibu A mungkin tidak berkesan pada ibu B. Oleh itu, sekiranya salah satu kaedah tidak berjaya, cuba kaedah yang lain pula. Jangan berputus asa dan sentiasa dapatkan sokongan dari orang-orang yang rapat dan mempunyai pengetahuan mengenai penyusuan

(1) Tambah masa dan kekerapan - Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara asasnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand. Lebih kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu.

Menurut pakar Laktasi Farah (Sarakids Owner), memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walau pun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yg tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.


(2) Minum air yang mencukupi - Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu ;)

(3) Pemakanan seimbang - Secara peribadinya saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.

(4) Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran - Keberkesanan adalah bergantung kepada individu. Halba, Oats, alfalfa , air soya, sawi, lobak putih (resepi), longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang (resepi), betik muda dan sebagainya.

(5) Mengambil hormon/suppliment untuk menambah susu - Terdapat banyak suppliment yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu.

Bagaimana pun perlu diingat juga bahawa asas pengeluaran adalah supply & demand. Pengambilan suppliment/makanan penggalak susu hanya sebagai pemangkin bagi menggalakkan pengeluaran.

credit to ourkizuna

Ibu menyusu perlukan supplement atau tidak

As salam kepada pembaca blog ummusoffiya, saya terjumpa entry ni semasa blog walking menarik untuk dibaca, pengalaman penulis hampir sama dengan pengalaman saya sebelum menjadi pengguna shaklee. Terima kasih kepada blog Ourkizuna

 

Saya mungkin tergolong dalam kumpulan wanita (cewah~) yang bertuah kerana boleh dikatakan berjaya memberikan penyusuan susu ibu hampir sepenuhnya kepada kedua orang cahaya mata saya. Pada peringkat awal, saya beranggapan bahawa penyusuan susu ibu bagi ibu-ibu bekerja adalah mustahil kerana langsung tidak terdedah dengan kaedah memerah susu menggunakan pam dan kaedah penyimpanan susu ibu. Malah saya bercadang memilih jenama susu formula yang terbaik dipasaran untuk si manja saya apabila mula bekerja kelak. Namun, saya bernasib baik kerana secara tidak sengaja menemui komuniti susuibu.com yang memberikan banyak informasi berguna sekaligus membuka mata saya tentang kebaikan penyusuan susu ibu.

Saya semakin bersemangat untuk memberikan yang terbaik buat si manja apabila suami turut memberikan sokongan setelah saya menyatakan hasrat saya. Bagaimana pun, seperti ibu-ibu lain juga terdapat banyak cabaran yang saya hadapi sejak mula melahirkan anak sulung,  cabaran terhebat adalah apabila saya disahkan mengandung ketika anak sulung saya berumur satu tahun. Saya memperbanyakkan sesi memerah  di tempat kerja serta di rumah dan mengambil beberapa jenis makanan  dan minuman yang dikatakan dapat menambah susu. Bagaimana pun hormon  yang semakin tidak stabil ditambah dengan tekanan di tempat kerja  memaksa saya menggunakan stok yang sedia ada dan akhirnya terpaksa memberikan  susu formula kepadanya.

Saya seorang yang percayakan sumber semulajadi lebih baik dari pengambilan pemakanan tambahan. Lebih-lebih lagi apabila kebanyakan sumber rujukan saya menyatakan bahawa diet ibu tidak begitu mempengaruhi kualiti susu yang terhasil. Ketika seorang sahabat menyarankan agar saya mula mengambil supplement tambahan bagi menambah pengeluaran serta kualiti susu yang dihasilkan saya hanya mendengar bagai angin lalu. Bagaimana pun, selepas bersalin anak kedua saya tergerak untuk mencuba mengambil B complex kononnya untuk membantu menambah selera makan di samping mengurangkan masalah tekanan. Hasilnya sungguh menakjubkan kerana ketika memerah susu saya melihat susu tersebut kelihatan lebih berkrim dari susu yang biasa saya perah ketika tidak mengambil apa-apa pemakanan tambahan. Pengalaman tersebut mengajar saya bahawa pengambilan pemakanan tambahan sebenarnya sedikit sebanyak menyumbang kepada penghasilan susu yang lebih berkualiti buat si manja. (Saya mengandaikan bahawa B complex yang dimakan mengalir dalam susu dan memberikan warna kekuningan pada susu dan membuatkannya kelihatan lebih berkrim :D) Setelah itu, saya lebih bersemangat untuk meneruskan pengambilan supplement sebagaimana yang disyorkan oleh sahabat saya.

Selain dari kesan atas susu yang dihasilkan, apa yang saya dapat katakan adalah setelah mengamalkan pengambilan suppelement saya kurang mengalami masalah sukar bangun pagi, lebih bertenaga, tidak mengantuk pada waktu siang dan tidak mudah mendapat jangkitan selesema.
Bagaimana pun, saya masih lagi percaya bahawa mengamalkan pemakanan seimbang sebagaimana yang disyorkan adalah yang paling utama. Pemakanan tambahan adalah bertujuan untuk memberikan penambahan pada mana-mana diet yang terkurang kerana adakalanya saya tidak dapat mengikuti jadual pemakanan seimbang seperti yang disyorkan. Sebagai contoh; hidangan sayur dan buah yang perlu diambil adalah 3-4hidangan. Biasanya saya hanya makan hidangan buah sekali atau dua kali sehari, oleh itu pengambilan supplement tambahan sedikit sebanyak dapat mencukupkan keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh saya bagi hari tersebut.

Kesimpulannya sama ada individu itu tidak kira lelaki atau wanita, tidak kira menyusukan anak atau tidak perlu melihat kepada pemakanan mereka sendiri untuk menentukan sama ada mereka memerlukan pemakanan tambahan (supplement) atau sebaliknya. Bagi ibu yang menyusukan anak, pengambilan vitamin tambahan adalah lebih kepada bagi keperluan kesihatan diri sendiri. Tidak ada jawapan betul atau salah bagi persoalan ini. Badan kita adalah doktor terbaik yang dapat memberitahu apa yang diperlukan :)
Untuk dapatkan suppliment shaklee sila hubungi saya di 0126926782 atau email ke ummusoffiya@gmail.com

Friday 2 March 2012

Kenali Jenis-Jenis Susu Badan Dan Jenis-Jenis Pam

As Salam semua. Hari ni rasa terpanggil untuk memberikan info sedikit bagi mommy-mommy yang berhasrat untuk susukan anak dengan susu badan.

Bagi ibu yang menyusukan anak mungkin telah faham term-term yang digunakan atau istilah yang merujuk kepada susu badan. Antaranya adalah:

EBM: Express Breast Milk
CHILLED EBM
- susu yang disejukkan di dalam peti ais di tempat sejuk yang biasa, bukan tempat beku.
FROZEN EBM
- susu yang disejukkan dalam tempat sejuk beku.
FRESH EBM
- susu badan yang baru diperah

Untuk memerah susu sudah pastila mesti ada PAM. Boleh juga memerah dengan tangan dan ada tekniknya tersendiri. Tapi topik ni kita kupas kemudian, sekarang kenali jenis-jenis pam dahulu.

Pam terbahagi kepada 2 iaitu pam manual dan pam elektrik/bateri.

PAM MANUAL
Ada banyak jenis di pasaran contohnya pureen, medela, avent, MAM dan banyak lagi. Kebiasaannya pam jenis manual lagi murah dari yang elektrik/bateri.
Cara menggunakannya sudah tentulah secara manual yang memerlukan ketangkasan tangan seorang ibu untuk menekannya hehe. Pendek kata guna tenaga sikitlah. Contohnya boleh lihat gambar:


















PAM ELEKTRIK/BATERI
Terdapat banyak jenis juga pam elektrik seperti avent, medela, ameda dan banyak lagi.Sudah tentu pam elektrik/bateri aga sedikit mahal berbanding dengan pam manual. Contoh pam elektrik/bateri adalah seperti berikut:




Tidak semestinya yang mahal atau yang murah lebih berkualiti. Yang penting keselesaan ibu-ibu dalam mengepam. Happy Breastfeeding!

credit to permatacintaku