Friday 27 January 2012

KESAN SET PENYUSUAN KEPADA IBU DAN ANAK

Walaupun masih ramai yang mengambil set B (breastfeeding) untuk membanyakkan susu badan, namun saya sangat gembira kerana ada ramai juga yang mengambil keputusan untuk mengambil set ini sebagai langkah penjagaan kesihatan. Banyak email feedback saya terima dari pengguna set B yang menyatakan mereka gembira walaupun hasil susu yang dipam tidaklah meningkat 4-5 kali ganda, namun perubahan ketara dirasai:
  • Semakin bertenaga untuk menguruskan anak dan rumahtangga
  • Tidak lagi mengantuk semasa memandu meskipun dalam perjalanan jauh
  • Kulit kelihatan lebih licin dan cantik
  • Berat badan
  • Kawan2 menegur kerana nampak lebih ceria dan lebih muda
  • Kurang merasai stress dan tekanan perasaan
  • Tidur yang lebih lena
  • Tidak lagi mengalami selesema yang kerap
  • Tiada lagi masalah sembelit
  • Tidak lagi mengalami sakit2 badan
  • Dapat bangun tidur lebih awal
  • dan sebagainya.
Selain kesan terhadap penyusuan:
  • Bayi menyusu sekejap, sudah kenyang
  • Bayi tidak lagi bergayut lama-lama sehingga menyebabkan ibu sakit pinggang
  • Berat bayi mengalami kenaikan yang memberangsangkan
Bagaimana? Menarik bukan?
Kerana itu saya selalu tekankan apabila seseorang pengguna set B yang tidak mengalami perubahan dalam amaun susu yang dipam agar melihatnya dalam perspektif yang lebih luas – perubahan yang dialami oleh anak, dan perubahan yang dialami oleh diri beliau sendiri.
Pengalaman penyusuan pastinya lebih manis apabila ia memberi banyak faedah kepada ibu dan semestinya kepada bayi!
credit 

Namun saya tekankan3 langkah ini sangat membantu dalam peningkatan penghasilan susuibu :

Vitamin hanya sebagai salah satu cara agar tubuh ibu sustained sihat dan bertenaga. Mempunyai mood yang baik dan boleh menangani stress dengan baik. Namun 3 perkara ini tidak boleh DIABAIKAN SAMA SEKALI iaitu :

1. Pastikan bayi disusukan sekerap mungkin dan bagi yang bekerjaya, pastikan anda membuat sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam. Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam...konsep yang salah. Teruskan pam dengan kala yang sama dan berterusan.

2. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 3 L sehari. Pastikan menyediakan botol minuman dengan indicator supaya senang mengetahui adakah keperluan 3L air dipenuhi untuk tempoh seharian.

3. Amalkan zikir dan mengaji setiap hari dan doa tanpa putus padaNYA kerana sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua. Jadikan amalan harian
 
Pengambilan vitamin pada masa yang betul membantu mempercepatkan penghasilan susuibu. Namun konsep utama penyusuan perlulah dititikberatkan iaitu    Pastikan bayi disusukan sekerap mungkin dan bagi yang bekerjaya, pastikan anda membuat sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam. Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam...konsep yang salah. Teruskan pam dengan kala yang sama dan berterusan.   

Thursday 26 January 2012

Makan Vitamin Boleh jadi Gemuk?

Baru-baru ni saya ada menerima sms dari pelanggan saya Pn Isma dari Jitra, Kedah. Beliau sedang    mengambil Trial Pack Shaklee Set E memandangkan masih menyusu anak ketiga beliau. Beliau bertanya samada vitamin Shaklee ni adakah akan menggemukkan.

Saya juga ada menerima beberapa komen lain yang mengatakan vitamin menyebabkan selera makan bertambah dan menyebabkan berat badan bertambah. Rupanya ramai juga yang risau sekiranya berat badan bertambah dengan pengambilan vitamin. Oleh itu, saya pun mencari sedikit maklumat tentang isu ini.

Terdapat 2 jenis vitamin iaitu yang larut lemak dan larut air. Vitamin larut lemak akan tersimpan di dalam badan lemak tisu dan digunakan apabila diperlukan. Antara vitamin jenis ini adalah vitamin A, D, E dan K. Manakala, vitamin larut air pula tidak disimpan di dalam badan tetapi diangkut ke seluruh badan melalui darah. Apabila ia tidak diperlukan, ia akan dikeluarkan melalui air kencing. Vitamin jenis ini juga perlu diganti sentiasa. Antara vitamin jenis ini adalah vitamin C dan vitamin B (sebab tu dicadangkan ambil vitamin C dan B setiap hari.)

Badan kita adalah mesin terbaik yang telah Allah ciptakan. Walau bagaimanapun, badan kita tidak dapat mencipta vitamin untuk kegunaannya. Sebab itu, Allah suruh kita makan. Al-Quran adalah manual kita yang paling padat dan lengkap. Jadi, perkara yang tidak penting tiada di dalamnya. Salah satu benda yang terkandung dalam Al-Quran adalah tentang makan. Jadi, makanan sebenarnya penting untuk manusia kerana dalam makanan mengandungi pelbagai vitamin dan nutrien.

Cuma mungkin makanan yang diambil sekarang ni (terutama makanan segera dan frozen food) menyebabkan vitamin dalam makanan hilang. Sebab itulah saya sendiri merasakan perlunya makan makanan tambahan(supplement) ini.

Walau bagaimanapun, ada yang menjumpai bahawa multivitamin boleh menaikkan berat badan tetapi hanya untuk mereka yang kurang berat badan (underweight). Untuk mereka yang berlebihan berat badan(overweight) atau mempunyai berat badan ideal, multivitamin tidak membantu menambahkan lagi berat badan. Sekiranya berlaku bertambahan berat badan selepas anda mengambil vitamin, kemungkinan badan anda perlukan tambahan vitamin. Pastikan juga anda mengambil vitamin yang asli bukan tiruan.

Alhamdulillah, vitamin Shaklee sangat cepat larut air. Anda boleh cuba sendiri dengan meletakkan sebiji vitamin shaklee dalam air. Selepas ambil vitamin B anda akan dapati air kencing anda berwarna kuning pekat yang agak cantik. Itu menunjukkan vitamin B shaklee mudah larut air.

Bagaimana pula dengan protein powder seperti ESP?

Kajian menunjukkan protein membina muscle dan bukannya lemak. Walaupun protein mengandungi kolesterol tetapi ia tidak mudah disimpan di dalam badan berbanding lemak. Apabila protein diambil secara berlebihan, ia akan dikeluarkan melalui air kencing.

Sekiranya anda ambil ESP dan menyusukan bayi, anda akan dapati tubuh bayi anda kental dan pejal. tembam tetapi bukan berlemak.

Apa yang menyebabkan berat badan manusia bertambah adalah pengambilan kalori. Sekiranya kalori diambil secara berlebihan ianya akan tersimpan di dalam badan dan bertukar menjadi lemak.

Jadi, selepas ini anda tidak perlu risau lagi untuk mengambil sebarang vitamin ya. Lebih-lebih lagi vitamin Shaklee yang terbukti dari sumber asli dan tiada pewarna mahupun perasa tambahan.
 
Credit to Hanis Amin

Sekiranya anda berminat untuk mencuba mana-mana set 30 days Trial Pack Shaklee atau Full Pack Shaklee, sila hubungi saya 012 6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com

Sunday 22 January 2012

Alfalfa raja segala Tumbuhan

 Alfalfa atau Medicago Sativa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Ia mempunyai sitem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.


Rahsia atau kebaikan Alfalfa :-

1) Galactagouge. Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana ia merangsang dan menambah pengeluaran hasil susu ibu (milk booster).

2) Membantu Perkumuhan menjadi lebih lawas.

3) Membantu membuang angin di dalam badan.

4) Termasuk kategori fiber dan mengenyangkan.

5) Bagus untuk buah pinggang.

6) Sangat sesuai dalam merawat asma, allergik dan athritis.

7) Berkhasiat untuk membantu masalah :

* Penyakit Usus (Colon disorder)

* Buah pinggang
* Kencing manis

* Melawaskan usus
* Ulcer
* Fluid retention (sembab)
* Kurang selera
8) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :

* Penghadaman
* Pencernaan


9) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah :

* Gastrik

* Penyakit kulit (Eczema)
* Kurang darah (Anemia)
* Sembelit

* Badan, nafas dan kaki berbau

10) Promotes pituitary gland function

11) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)


12) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka ia membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita dan para isteri.
credit

Menyusu hanya dengan Alfalfa, apa kesannya?

Kini ramai ibu yang menyusukan anak mereka setelah kita didedahkan dengan kebaikkan susuibu. Sudah pasti apa yang ditekankan tentang kebaikan susuibu adalah khasiatnya yang tinggi antioksidan, bagus untuk mencegah sakit dan ianya membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.

Ramai ibu yang telah sedar kepentingan "life balance"... terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian. Sudah pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susuibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.

Namun terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah? dan
Adakah ia mempunyai kesan yang berbeza dibanding jika si ibu mengambil vitamin yang disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?

Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?

Melalui pengalaman diri ibu sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.

Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap...iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada  dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.

Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B sebenarnya ?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.


Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri
Si ibu hanya concern on quantity....

ATAU

2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan  mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.


Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu our own life style.
Mungkin ada orang kata dia tak perlu sebab belakang rumahnya adalah kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam injectdan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu supplement memang betul :)

credit to anakkuwira

Shaklee Alfalfa



Alfalfa Complex

Ianya sangat membantu ibu menjayakan penyusuan....alhamdulillah , kandungan zat galian dalam alfalfa sangat bagus untuk wanita dan khasiatnya banyak. Namun ianya tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.
Bagi mereka yang tidak menyusu bayi tetap boleh ambil alfalfa sebab ia bagus untuk diet, buah pinggang dan sebagai suppliment untuk kesihatan badan.




Alfalfa sudah dikenali sejak berzaman sebagai galactagogue, di negara2 Barat. Menurut kellymom.com, daun alfalfa yang diambil bersama Lactuca Virosa (sejenis kubis liar) dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu antara 50-100%.
Walau bagaimanapun, alfalfa bukan sekadar makanan penambah susu. Ia ada 1001 kebaikan yang pastinya dapat dinikmati oleh semua golongan, termasuklah golongan bapa, wanita muda, lelaki dan warga emas.
Alfalfa cambah (alfalfa sprout) boleh didapati di pasar-pasaraya dan kadangkala dicampur dalam salad. Batangnya halus dan daunnya kecil. Boleh dimasak dan dicampur dalam sayur.
alfalfa sprout
Alfalfa sprout
Bahagian alfalfa yang digunakan untuk pil alfalfa Shaklee ialah bahagian daun.
Daun alfalfa

Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  5. Memberi kelegaan semasa haid.
  6. Merawat arthitis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat asma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita – baca testimonial DI SINI
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
  19. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…
AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE

Jadi ibu-ibu menyusu yang mengambil set Breastfeeding Shaklee, bolehlah berkongsi set itu dengan suami anda. Tengok point nombor 17 di atas :)
Apa yang perlu kita tahu tentang ALFALFA SHAKLEE?
Deeply Rooted Nutrition
Alfalfa is a storehouse of nutrients. Its tap root reaches down as deep as 6 meters, searching out nutrients and minerals from deposits in the soil, while its leaves gather large amounts of chlorophyll through the natural process of photosynthesis.

Alfalfa Complex is a Shaklee Signature Formula originally developed by Dr. Shaklee in the 1950s.

We use only the finest alfalfa grown in California, ensuring a wide range of nutrients, including calcium, phosphorous, iron, and magnesium, as well as chlorophyll, bioflavonoids, trace minerals, and vitamins.
  • Natural Source of alfalfa
  • Each serving provides 300mg of calcium, about as much as in a glass of milk
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Product Code:
10159 (330 tablets)
10162 (700 tablets)

Sumber : Shaklee.com.my

Menarik kan alfalfa ni? Sekiranya anda mengalami masalah-masalah di atas (walaupun tak menyusukan anak), anda boleh ambil set B (set yang mengandungi vitalea, b complex, vita c dan alfalfa). Trial pack 30 hari hanya RM80 dan full pack 4 bulan hanya RM241.


 Credit to anakkuwira

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 012-6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com

Saturday 21 January 2012

Sijil Halal

Memandangkan ada segelintir pengguna yang agak ragu-ragu dengan isu halal atau tidak gelatin yang digunakan dalam produk Shaklee, saya terpanggil nak kongsikan status HALAL Shaklee agar kita semua boleh terus amalkan Vitamin Shaklee tanpa was-was lagi selepas ini. InsyaAllah!! 
 

Semasa berada di negara yang majoriti nya ialah non-muslim (Jepun), saya sudah terbiasa untuk membelek segala ingredients setiap satu2 makanan, mahupun barangan (some products were made from pig skin). Walaupun dah pernah membeli makanan itu beratus kali, saya masih tetap akan perhatikan bahan2 nya, sebelum masukkan dalam trolley. Tapi, sebab dah terbiasa kan, tidaklah mengambil masa yang lama untuk belek ingredients tue. Mata dah seperti ala2 scan machine. Hehehe. Perkataan yang paling mata saya alert selain b4b1 ialah "gelatine".

Bila menggunakan supplements Shaklee, perkara pertama yang saya periksa pastilah status ke'halal'an nya. Bila dah ada, barulah rasa yakin untuk consume. Namun, sekali lagi hati saya terdetik, apabila terlihat yang kapsul CarotoMax (Vit-A), Vitamin E, Lecithin & Omega Guard di buat daripada Bovine Gelatine. Hampir luruh juga jantung apabila ternampak perkataan "Bovine" di situ, kerana selama ini saya sangkakan ianya kapsul tumbuh-tumbuhan.

Lantas, saya terus hubungi my upline untuk kepastian. Alhamdulillah, dia yakinkan saya yang gelatin Shaklee adalah HALAL. Ibu & bapanya sendiri pernah pergi ke Shaklee U.S. untuk melihat sendiri bagaimana supplements Shaklee di hasilkan. Menurut mereka, memang diasingkan pembuatan untuk negara Islam & bukan Islam. Memang unik dan kagum. Syukur!

Untuk makluman pengguna Shaklee yang masih ragu-ragu akan ke'HALAL'an nya (seperti saya sebelum ini), di bawah ini saya sertakan Sijil Halal Shaklee...



Ini pula bukti yang menunjukkan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM...
Lega tak? Hehehe. Yang pasti, saya sangat lega. Mudah lah untuk saya yakin kan pengguna Shaklee selepas ini. Kalau tidak, masakan Shaklee ada menganjurkan Pakej Umrah bersama Shaklee. Syukran! Syukran!

BTW, untuk rakan2 yang berada di negara selain Malaysia, sila rujuk pada Shaklee Distributor anda ya. Saya tidak pasti bagaimana pemprosesan di negara lain. Pernah juga saya buka Shaklee Japan, tapi, produk yang tersenarai juga agak berbeza dengan di Malaysia. Maka, saya tidak pasti, status halal gelatin mereka.

Yang pasti, untuk pengguna Malaysia, segala produk telah dihasilkan di US, dan di bawa masuk ke Malaysia, dan produk ini telah diktiraf halal oleh Islamic Services of America (ISA)
credit to anakkuwira

Friday 20 January 2012

Perlukah Kalsium Tambahan



Siapa yang perlu kalsium tambahan a.k.a OsteMatrix Shaklee?
  • Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
  • Wanita yang mengalami gejala PMS
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain

OSTEMATRIX kalsium Shaklee lengkap untuk pembinaan tulang yang kukuh! Terdiri calcium citrate, magnesium, vitamin D, boron dan segala macam mineral untuk pembinaan matriks tulang, bukan sekadar bina tulang.

Bongkok… adalah gejala bongkok ni merupakan proses semulajadi penuaan? Dalam ertikata lain, bila dah tua, automatik akan menjadi bongkok. Benarkah?

Mengikut teori terbaru, proses penuaan tidak berkaitan dengan usia tua. Maknanya usia muda pun boleh mengalami proses penuaan, dan kalau tua pun tak semestinya mengalami proses penuaan.
Bagaimana? Salah satunya ialah membekalkan tubuh dengan nutrien yang diperlukan secukupnya!
Bagi mengatasi masalah bongkok yang juga merupakan salah satu gejala osteoporosis (tulang ‘reput’).. Oh ya kalau dalam iklan TV An**** tu selalu kata yang wanita Malaysia hanya mendapat 50% kalsium harian, dan jisim tulang mula merosot bila kita mula mencedah usia 30 tahun. Mahukah cepat bongkok? Tentu tidak kan?
OK sebelum itu, apakah kalsium ni? Biasa orang kaitkan kalsium dengan tulang, kan? Sakit tulang.. kurang kalsium.. nak kuatkan tulang.. banyakkan makan kalsium.. Sebenarnya, BUKAN KALSIUM SEMATA-MATA yang terlibat dalam pembinaan tulang. Bayangkan macam ni.. kalsium adalah batu-bata dalam proses pembinaan tulang. Bolehkan kita membina bangunan yang kukuh dengan batu-bata sahaja tanpa simen atau mortar untuk melekatkannya antara satu sama lain??? Tak boleh kan? Di sinilah pentingnya mineral lain seperti magnesium, boron, zink, kuprum, mangan vitamin K dan vitamin D.
Sebab itu pilihan terbaik adalah Ostematrix Shaklee
Ostematrix! Bukan sekadar kalsium…
ostematrix shaklee
Ostematrix mengandungi gabungan sempurna “batu bata-dan-mortar untuk membina tulang yang kuat dan sihat.
  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulangdan membantu menguatkan tulang
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
  • Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membinajisim tulang
OsteoMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkangejala PMS .Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.
Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?
  • Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
  • Terbukti secara klinikal
  • Mudah ditelan dan mudah diserap badan
  • VITAMIN SEMULAJADI!
Credit to MySuperVitamins.com
Ingin mencuba sila hubungi saya dia 0126926782 atau email ummusoffiya@gmail.com


 

Energizing Soy Protein




ESP Shaklee adalah serbuk protein berkualiti tinggi. Kenapa ia berkualiti tinggi, boleh rujuk artikel ini. ESP Shaklee ni singkatan untuk Energizing Soy Protein. Antara kebaikkannya adalah membina sel sel tubuh yang sihat kerana anda pasti tahu, sistem badan kita, bermula dari sel dan proteinlah yang membantu pembentukan sel ini. Oleh kerana itu, ESP digalakkan untuk ibu mengandung, ibu menyusu, kanak-kanak yang sedang membesar sehinggalah ke ahli bina badan.
Saya ingin berkongsi kepelbagaian resepi ESP ini. Yang menariknya, jika anda tidak gemarkan rasa soya sebenar, anda boleh mencampurkannya ke dalam minuman kesukaan anda. Campurkan ESP sama ada dengan
  
      
1.     Air sejuk
2.     Air suam
3.     Susu segar
4.     Susu rendah lemak
5.     Kurma yang direndam dalam susu segar untuk beberapa jam, dikisar bersama susu dan dicampur ESP
6.     Susu tepung
7.     Performance Drink dan Milk Shake Shaklee
8.     Nesvita 3 in 1
9.     Jus Twister Tropicana
10. Jus buah-buahan
11. Milo atau Horlick
12. Sirap atau sirap bandung
13. Meal Shake Shakee dan ais krim
 
 
 
 
1   Protein akan rosak jika dibancuh dengan air panas. Pastikan air yang digunakan sejuk atau suam. Gunakan shaker atau bekas bertutup untuk digoncang selepas masukan ESP kedalam mana-mana campuran.

TIPS: Sepanjang saya berpuasa dan menyusukan bayi, ESP yang diambil sewaktu bersahur sangat membantu saya untuk terus bertenaga sepanjang hari.
 
 
credit to mysupervitamin
Ingin mencuba? sila hubungi saya di 012 6926782 atau email ummusoffiya@gmail.com

Merawat Ekzema

Dengan izin Allah, penyakit akan pergi. Sebagai hambanya kita perlu berusaha dan berdoa. Bagi bayi yg mengalami ekzema, cuba amalkan ESP dan ikuti pengalaman seorang ibu ini.

~~~

Yang sebenarnya saya nak cerita tentang ekzema. Sejak lahir, Aisyah dah diserang Ekzema. Apa yang pasti, pasti dia akan menangis sambil menggaru kepala, leher dan bahagian lampin. Saya notice kawasan yang kerap jadi merah-merah ialah di kawasan leher, sekitar bahu dan bahagian lampin. Yang paling teruk ialah 2-3 minggu lepas, setiap malam dia bangun, mengamuk2..atai!atai!. Heran, hari tak panas, badan tak berpeluh pun apsal jadi jugak. Apa nak buat ek. Aisyah jenis yang tidak suka telan ubat.

Sebenarnya, saya dah beberapa kali bawa Aisyah berjumpa doktor. Tapi kali ini saya tidak berbuat demikian kerana, saya tahu, masalah ini akan terus berulang dan berulang, setakat sapu krim, bagi makan ubat, gatal-gatalnya tak hilang-hilang pun. Bila tanya doktor, sebab apa dan sampai bila, doktor jawab, biasalah ekzema ni terjadi di kalangan budak-budak, tak bahaya pun, jangan risau...Emak memberi petua agar disapukan air garam pada bahagian yang gatal-gatal tu terutama di bahagian lampin. Cara ini memang berkesan tetapi hanya untuk sementara. Esok, jadi lagi, fed up! fed up!

Berpandukan pengalaman yang dikongsikan oleh Kak N tentang bagaimana beliau merawat anaknya yang ekzema, saya pun cuba cara yang sama. Saya masukkan setengah sudu kecil ESP ke dalam botol susu Aisyah. Semenjak dari hari itu Aisyah tidak lagi menjerit2 di tengah malam. Hampir 3 minggu barulah kesan merah-merah yang menggelikan itu completely hilang. Sekarang ni, saya masih continue masukkan sedikit ESP ke dalam bancuhan susunya setiap malam beserta sedikit Mealshake sekali setiap hari. Ini bagi memastikan Aisyah tidak lagi diserang keradangan kulit yang teruk.
 
Sekarang ni, Aisyah bukan sahaja dapat tidur lena, malah lebih nyenyak dan kurang meragam bila bangun tidur. Dia kelihatan lebih montel dan lebih berselera menjamah makanan. Tapi masih menjadikan susu sebagai makanan utamanya. Tak pa lah, janji sihat. Bijak pun bijak.

Selain Meal Shake dan ESP, saya bagi Aisyah Omega 2 kali seminggu. Omega ni saya dah mula seawal umurnya setahun dulu. Aisyah memang sukakan Omega, dia kunyah je pastu telan.
Walaubagaimanapun ESP boleh dicuba oleh kanak-kanak bermula seawal usia setahun. Jika bayi anak yang di bawah setahun dan menyusu badan, anda bolehlah makan alfalfa untuk membantu mengurangkan eczema anak. Selain itu, amalkan mencampurkan setitik dua Basic H ke dalam air mandian bayi.

credit to fizanur

Jika anda berminat untuk mencuba, sila sms ke 0126926782 atau email ummusoffiya@gmail.com
 

Alfalfa melawan ekzema dan resdung

Pada yang menghadapi masalah resdung, ekzema, gegata, resdung atau sinus, kami cadangkan mengambil vitamin b complex, alfalfa dan vitamin c. Mengapa?

Antara khasiat vitamin2 ini yang sangat baik untuk melawan penyakit2 ini adalah

Vitamin C : ianya sebagai antioksidan yang baik. Ianya sangat penting untuk meningkatkan antibodi
B complex : lebih bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon
Alfalfa : mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri, ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung, allergic dan gegata.(Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai supplement mereka).

Kebetulan ibu2 yang membeli trial pack B sesetengahnya mempunyai anak yang mempunyai eczema dan ternyata sejak pengambilan supplement banyak membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Walaupun pada tujuan asal alfalfa diambil hanya sebagai milk booster namun sebab ianya diserap ke dalam susuibu maka si kecil turut mendapat manfaat alfalfa itu sendiri.

credit to k ann

Untuk oder boleh sms ke 0126926782 atau email ummusoffiya@gmail.com

APA ITU EKZEMA?



Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopik bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

APA YANG MENYEBABKAN EKZEMA?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.


APAKAH RAWATAN UNTUK EKZEMA?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.


ADAKAH PENGGUNAAN STEROID MEMBAHAYAKAN ANAK SAYA?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.


APAKAH RAWATAN LAIN YANG ADA?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.



RAWATAN ALTERNATIF APA LAGI YANG BOLEH DICUBA UNTUK EKZEMA?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.


APA YANG AKAN BERLAKU JIKA EKZEMA DIJANGKITI?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.

Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.



BOLEHKAH EKZEMA DIELAK SEJAK DARI AWAL?

Inilah apa yang kami tahu:

• Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.

• Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.

• Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

• Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

SELAIN ITU?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:

• Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.

• Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.

• Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.

• Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.

• Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.

• Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

Sumber : http://www.babycenter.com.my/malay/baby/health/ekzema/

Produk SHAKLEE yang disyorkan untuk pesakit EKZEMA adalah:

Basic H: sebagai mandian, cukup sekadar 1-2 titik dan dicampurkan dalam air mandian.

Herbal blend: sebagai sapuan nipis pada kesan kesan ekzema

Mealshake: dibuat minuman untuk menguatkan anti bodi dan menampung kekurangan nutrien lain.

credit to mysupervitamins.com

Kalsium (ostematrix) Shaklee-Melegakan Sakit Pinggang


Puan Hafsah mengalami sakit pinggang dan belakang, sakit apabila nak bangun dari duduk yang lama dan perlu mendukung anak lagi. Beliau pun dah jumpa magic seperti mana saya dah jumpa magic setelah mengamalkan Ostematrix Shaklee.

Mengapa Ostematrix Shaklee berkesan?
-sebab ia diformulakan supaya mudah diserap tubuh.

Sumber kalsium datang dari pelbagai tapi kemungkinan sukar diserap badan sebab tu walaupun kita mengamalkan minum susu mungkin keberkesanannya kurang dirasai. Mungkin juga dosnya tidak sampai dengan keperluan harian. 4 tablet Ostematrix Shaklee menyamai dengan keperluan kalsium seorang dewasa.

Kalsium juga berkemungkinan kurang berkesan dan digunakan badan apabila

-diambil dengan zat besi atau minuman yang diformulakan dengan zar besi seperti milo

-pengambilan lemak yang berlebihan. Ia menghindarkan badan menggunakan kalsium malah kemungkinan akan dibuang melalui air kencing

-tidak aktif atau kurang bersenam. Badan yang tidak aktif mendorong kehilangan bahan kalsium

- stress akan menyebabkan kurang penyerapan kalsium serta meningkatkan pembuangan.

-kurangnya pengambilan protein dan karbohidrat.

-tiada magnesium. Sedangkan magnesium diperlukan kalsium untuk berfungsi dengan efektif.

Ostematrix Shaklee adalah terbaik kerana terbukti berkesan dan diformulakan dengan magnesium dan mudah diserap badan.

Fungsi kalsium:
1. Membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat
2. Memungkinkan pembekuan dalam darah
3. Mengeluarkan hormon dan enzim badan
4. Mengawal muscle contraction
5. Menstabilkan dan membantu penyerapan oleh sel
6. Membantu pengeluaran tenaga

Kebaikkan Ostematrix Shaklee ni termasuklah:

1.Untuk tulang dan gigi yang kuat.
2.Mencegah kekejangan otot (cramp).
3.Membantu dalam pembekuan darah.
4.Menstabilkan denyutan jantung.
5.Mengurangkan migrain.
6.Membaiki stimulasi urat saraf.
7.Mengurangkan risiko osteoprosis
8.Mengurangkan gejala period pain-kembung perut

credit to mhibes
Kongsikan artikel ini jika ia membawa manfaat bersama.
Untuk order boleh email ke ummusoffiya@gmail.com atau sms ke 0126926782